Rasulullah (saw) bersabda:
«كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمْ الْأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ»، قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: «فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ» “
“Dahulu Bani Israil diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, nabi yang lain menggantikanya. Sesungguhnya tidak ada nabi sesudahku, dan akan ada para khalifah, yang banyak.” Para Sahabat bertanya: Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau bersabda, “Penuhilah baiat yang pertama, yang pertama saja, dan berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urusi.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Beliau juga bersabda: «الإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ وَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ»
“Iman (Khalifah) adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab atas gembalaannya (rakyatnya).” (HR. Bukhari)
Politik, dalam definisi syarie, adalah memeilihara urusan umat di dalam dan luar negeri, dan atas nama negara dan umat. Negaralah yang melakukan pengurusan ini secara praktikal, dan kepada umatlah negara dimintai pertanggungjawaban. Tetapi konsep politik sebagai pemeliharaan (urusan kehidupan) ini ternyata telah hilang dari kehidupan umat Islam setelah kehancuran Khilafah. Hal ini kerana orang-orang yang mengambil alih kepemimpinan atas kita adalah pelayan negara-negara kolonial, yang melaksanakan projek-projek mereka, bagi mendapatkan berbagai kepentingan mereka.
Mereka juga memandang pemerintahan sebagai sarana penjarahan serta mencapai keuntungan dan kesenangan peribadi, bukan amanah dan kewajipan yang wajib mereka pertanggungjawaban, sebagaimana yang difahami oleh Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, yang takut Allah Swt akan meminta pertanggungjawaban darinya jika seekor keldai tersandung kerana dia tidak meratakan jalan. Kesengsaraan, kesulitan, dan pemeliharaan buruk yang menimpa kaum perempuan ini juga telah menimpa seluruh umat di bawah sistem/rejim pemeras. Pemeliharaan yang buruk ini dirasakan di semua aspek kehidupan dan kita tidak dapat membahas seluruhnya di sini. Kita akan berbicara tentang akibat dari ketiadaan negara yang mengatur umat dengan Islam selama satu abad, yang memelihara urusan mereka, dan memberi mereka kehidupan yang sesuai.
Kita akan membatasi diskusi ini menjadi tiga poin, yang disebutkan oleh Rasulullah (saw) bahawa jika seseorang memiliki ketiganya seakan-akan memiliki seluruh dunia, sebagai perumpamaan akan nilai pentingnya. «مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِناً فِي سِرْبِهِ، مُعَافًى فِي جَسَدِهِ، عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ، فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا» “Barangsiapa di antara kalian mendapatkan rasa aman di rumahnya (pada diri, keluarga dan masyarakatnya), diberikan kesihatan badan, dan memiliki makanan asas pada hari itu di rumahnya, maka seakan-akan dunia telah terkumpul pada dirinya.” (HR. Tirmidzi).
Memberikan kehidupan yang sesuai bagi rakyat dengan menyediakan keperluan asas setiap individu seperti tempat tinggal, makanan, dan pakaian merupakan salah satu tugas negara dalam rangka memelihara urusan rakyatnya. Di dalam Fasal 125 Rancangan Undang-Undang Dasar Khilafah yang disusun oleh Hizbut Tahrir menyatakan: “Seluruh keperluan asas setiap individu masyarakat wajib dijamin pemenuhannya per individu secara sempurna. Juga wajib dijamin kemungkinan setiap individu untuk dapat memenuhi keperluan sekunder semaksima mungkin.”
Akan tetapi, kondisi ini tidak berlaku di bawah rejim-rejim pemeras berasas cukai yang mencuri harta kita dan makanan untuk keluarga kita, serta mengingatkan kita akan pemberian mereka yang hanya bak gula-gula.
Tidak puas dengan itu, mereka juga menarik subsidi bahan makanan asas dan berbagai komoditi, seperti roti di Mesir, Sudan, dan negara-negara lain, sehingga menambah beban atas orang-orang yang kesulitan mendapatkan makanan seharian sekaligus meningkatkan jumlah orang miskin dan kelaparan.
Dengan kondisi seperti ini, berapa banyak ibu yang sengsara? Ketika pencari nafkahnya tidak ada, dia bekerja untuk menghidupi diri sendiri dan anak-anaknya; dan meskipun pencari nafkahnya ada, dia terpaksa membantunya kerana ketidakmampuan untuk memenuhi keperluan asas mereka; akibat kondisi ekonomi yang menyusahkan di negara-negara Muslim! Berapa banyak perempuan dan anak-anak di negara-negara Muslim yang terjangkit berbagai penyakit akibat kekurangan gizi, seperti Sudan dan Yaman? Berapa banyak pula negara Muslim yang kelaparan meskipun kekayaan mereka berlimpah, seperti Somalia?! Bukankah perempuan dan anak-anak di Somalia, Syria, Yaman, dan negara-negara Muslim lainnya ini mati kelaparan?! Berapa banyak keluarga yang tidak mendapatkan tempat tinggal yang layak untuk melindungi diri mereka dari musim panas yang menyengat dan musim sejuk yang menusuk tulang, sehingga sebahagian dari mereka terpaksa tinggal di kuburan, seperti di Mesir?! Lihatlah khemah-khemah pelarian Syria dan foto-foto anak-anak mereka mati kesejukan yang menyakitkan hati. Semua ini sudah cukup menjadi gambaran situasi yang tengah terjadi. Laa haula wa laa quwwata illa billaah al-‘aliy al-‘adziim…
Pemeliharaan urusan rakyat juga mencakup perhatian pada aspek kesihatan, dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang percuma, menyediakan berbagai fasiliti kesihatan seperti klinik, hospital, dan makmal kesihatan, serta melengkapinya dengan alat-alat dan mesin yang canggih, ubat-ubatan, dan pegawai perubatan yang mencukupi. Negara yang wajib memprioritikan pemenuhan keperluan dan fasiliti kesihatan kerana diperlukan umat Islam untuk proses penyembuhan dan rawatan ketika sakit, sesuai dengan sabda Rasul (saw): «الإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ وَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ» “Imam (Khalifah) penggembala (pemelihara) dan dia bertanggung jawab atas gembalaannya (rakyatnya).” (HR. Bukhari dari Abdullah bin Umar)
Ini adalah dalil umum tentang tanggung jawab negara atas kesihatan dan perawatan medik, sehingga termasuk dalam pemeliharaan yang wajib dilaksanakan oleh negara. (Fasal 125 Rancangan Undang-Undang Dasar Khilafah oleh Hizb ut Tahrir). Namun, di bawah rejim pemeras, rawatan menjadi sangat mahal dan tidak tersedia untuk semua orang. Banyak perkhidmatan kuratif dan ubat-ubatan tidak tersedia di klinik dan hospital milik pemerintah. Negara-negara pemeras saat ini bahkan terfikir untuk mengenakan cukai kepada para pesakit melebihi biaya rawatan yang hampir tidak mampu umat bayar! Persatuan Doktor di Palestin mengungkapkan kecenderungan pemerintah Palestin untuk mengenakan cukai kepada para pesakit! Belum lagi dengan kekurangan fasiliti kesihatan dan ubat serta kurangnya pegawai kesihatan. Bukankah bayi-bayi dan ibu hamil yang meninggal di hospital di Tunisia, Mesir, dan negara-negara Muslim lainnya adalah kerana kelalaian dan perawatan kesihatan yang buruk?!
Di antara urusan-urusan rakyat juga adalah pemeliharaan negara atas keamanan dan keselamatan rakyatnya di dalam negeri dari segala sesuatu yang mengancam mereka seperti serangan terhadap diri mereka dan kekayaan mereka, perlindungan atas mereka dari musuh-musuh dari luar negeri, dan ganti rugi dari orang-orang yang menganiaya mereka. Aspek keamanan merupakan salah satu tugas utama negara, bahkan negara kehilangan entitinya jika tidak mampu menjaga keamanannya. Hal ini kerana syarat bagi Negara Islam adalah kemampuan untuk menjaga keamanan dengan pasukannya. Inilah sebabnya Rasulullah (saw), ketika memberitahu kaum Muslim tentang tujuan hijrah mereka, menyebutkan keamanan sebagai hal yang pertama. Beliau berkata kepada para sahabatnya di Mekah sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dalam biografinya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberikan saudara-saudara untuk kalian di negeri yang aman.”
Demikian pula, ketika kaum Ansar bertemu Rasulullah, (saw), dan sahabat Abu Bakar (ra), hal pertama yang mereka katakan kepada mereka, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan jalur sahih dari Anas bin Malik. “Sekitar lima ratus orang Ansar telah menyambut kedatangan Nabi dan Abu Bakar, seraya berkata: ‘Keduanya telah datang dengan aman dan ditaati.’”
Memberikan rasa aman kepada rakyat adalah salah satu tugas utama negara. (Fasal 125 Rancangan Undang-Undang Dasar Khilafah oleh Hizb ut Tahrir).
Sementara itu, di bawah rejim-rejim pemeras, perempuan hidup di bawah rejim polisi yang mengancamnya dan mereka terus-menerus mencemaskan keselamatan dirinya, anak-anaknya, keluarganya, hartanya. Penjara-penjara di bawah rejim ini dipenuhi dengan perempuan-perempuan tidak bersalah, seperti halnya di penjara Mesir dan penjara Syria, kerana mereka menentang kezaliman dan korupsi. Selain itu, rejim-rejim boneka ini bersekutu dengan para penjajah di dalam peperangan mereka melawan negeri-negeri Muslim. Hal inilah yang melahirkan keganasan bagi perempuan dan anak-anak, selain kehancuran yang mereka tinggalkan, hilangnya nyawa dan harta benda, dan terusirnya banyak keluarga dari negara mereka sendiri, seperti perang Arab Saudi di Yaman yang bukanlah perang menghadapi dan memerangi musuh atau membela orang-orang yang tertindas.
Sudah waktunya bagi kita untuk mencabut rejim-rejim yang ada di negara-negara Muslim saat ini, dan menggantinya dengan sebuah negara yang memerintah orang-orang dengan Islam dan memelihara urusan mereka dengan sistem yang diturunkan Tuhan semesta alam karena Dia Yang Maha Mengetahui. ﴿أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ﴾ “Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?.” [TMQ Surah Al-Mulk: 14]. Walhasil, kehidupan yang layak dan nyaman yang akan tercapai, insya Allah.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Bara’ah Manasrah