Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Sesungguhnya, perbezaan ijtihad pada hukum-hukum furuk (cabang), seperti masalah wudhuk, haji, pernikahan, dan lain-lain, bukan bererti perbezaan dalam sumber-sumber syariat yang asasi (mashadir al-tasyri’ al-asasiyyah/dalil). Sebab, seluruh fuqaha’ dan ulama usul dari kalangan umat Islam menetapkan pendapat mereka dari sumber yang sama, yakni wahyu (Al-Kitab [Al-Quran] dan Sunnah), serta yang dilegalisasi oleh wahyu, seperti qiyas dan ijmak sahabat.
Namun demikian, sebagaimana yang telah kami sebutkan, bahawa perbezaan pendapat (ikhtilaf) dalam memahami nas-nas syarak merupakan faktor yang mengakibatkan terjadinya perbezaan hukum yang di-istinbath dari nas-nas tersebut. Mazhab-mazhab fikih (Hanafiyah, Malikiyah, Syafieiyah, Hanbaliyah, Jaafariyah, dan Zaidiyah) telah memuat seluruh pemecahan terhadap persoalan-persoalan yang dihadapi dalam kehidupan umat Islam saat itu.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam