Solat tarawih adalah termasuk qiyamullail atau solat malam. Walau bagaimanapun solat sunat ini hanya dikhususkan dan dilakukan pada bulan Ramadhan. Berbeza dengan solat sunat tahajjud, solat tarawih tidak disyariatkan untuk tidur terlebih dahulu. Dengan kata lain, usai solat Isyak, ia boleh terus dilaksanakan oleh umat Islam baik lelaki mahupun perempuan. Secara sendirian mahupun berjemaah. Para ulama juga sepakat bahawa solat tarawih hukumnya sunnah. Manakala menurut ulama Hanafiyah, Hanabilah, dan Malikiyyah, hukum solat tarawih adalah sunnah mu’akkad (sangat dianjurkan). Pensyariatan solat tarawih dapat dilihat dalam beberapa hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, diantaranya:
وَعَنْهَا ، قَالَتْ : مَا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – يَزِيْدُ – فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ – عَلَى إحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً : يُصَلِّي أرْبَعاً فَلاَ تَسْألْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ، ثُمَّ يُصَلِّي أرْبَعاً فَلاَ تَسْألْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاثاً. فَقُلتُ: يَا رسولَ اللهِ ، أتَنَامُ قَبْلَ أنْ تُوتِرَ؟ فَقَالَ: (( يَا عَائِشَة، إنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلاَ يَنَامُ قَلْبِي مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Aisyah r.a berkata, “Rasulullah SAW tidak pernah menambah (baik dalam bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan lainnya) dari sebelas rakaat. Beliau solat empat rakaat, maka janganlah engkau tanyakan tentang bagus dan panjangnya rakaat tersebut. Kemudian beliau solat empat rakaat, maka janganlah engkau tanyakan bagusnya dan panjangnya rakaat tersebut. Lalu beliau solat tiga rakaat. Maka aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, apakah engkau tidur sebelum engkau melakukan witir?’ Beliau menjawab, ‘Wahai Aisyah, sesungguhnnya mataku tidur tetapi hatiku tidak.’” [Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari, no. 1147 dan Muslim, no. 738]
Dalam hadis yang lain:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ “ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ”، وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah S.A.W sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah: Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan”. [HR Al-Bukhari (1129]
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W pada malam hari pertama bulan Ramadhan baginda keluar menuju ke masjid pada waktu malam dan mendirikan solat. Kemudian orang ramai yang berada di sekitar turut serta mengikuti solat malam Rasulullah S.A.W. Demikian juga pada malam yang kedua, Cuma bilangan jemaah yang solat bersama baginda semakin ramai. Manakala malam yang berikutnya, bilangan jemaah semakin ramai sehingga memenuhi masjid. Maka pada malam yang berikutnya, Nabi S.A.W tidak keluar ke masjid dan ramai orang pada ketika itu yang menanti kehadiran baginda. Sebaik sahaja waktu subuh, selepas sahaja solat baginda berpaling seraya mengatakan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.
Syeikh Syams Al-Haq Al-‘Azhim Abadi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Baginda takut solat tarawih akan difardhukan ke atas mereka. Ini kerana boleh jadi berlakunya kefardhuan atas perbuatan qiyam Ramadhan secara berjamaah disebabkan ia dilakukan secara berterusan. (Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud (4/180)).
kak_mai, [16/4/2022 9:01 AM]
[Forwarded from ht_k.liya]
Selain itu, Imam Syafie, majoriti ulama Syafi’iyah, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, dan sebahagian ulama Malikiyah berpendapat bahawa solat tarawih lebih afdhal (utama) dilaksanakan secara berjemaah sebagaimana dilakukan oleh ‘Umar bin Al-Khatthab dan para sahabat r.anhum.
Justeru itu, wajarlah kita berlumba-lumba melaksanakan sunnah Rasul yang istimewa di bulan Ramadhan ini, yang peluangnya cuma hadir setahun sekali. Inilah antara amal soleh yang boleh kita laksanakan untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan kita. Namun perlu diingatkan, laksanakanlah ia dengan penuh keimanan mengharapkan pahala dari Allah swt, penuh kekusyukan dan keikhlasan. Mudah-mudahan amalan solat tarawih kita dapat menggugurkan dosa-dosa kita dan diterima sebagai amal soleh.
Sumber kutipan hadis dan penjelasannya:
1. Muftiwp
2. Syarah Riyadhus Shalihin