Penulis: Najmah Saiidah
Alhamdulillah wa syukru lillaah, biidznillah saat ini kita telah memasuki Ramadhan, bulan mulia penuh keberkahan, limpahan pahala, dan ampunan. Rasulullah saw. bersabda, “Telah datang Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu. Saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat, dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.” (HR Ahmad)
Dalam hadis lainnya, Rasulullah saw. bersabda, “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan 10 kebaikan yang semisal hingga 700 lipat. Allah Taala berfirman, “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan, iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabb-nya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)
Hadis-hadis ini menjelaskan bahawa Ramadhan adalah kesempatan yang Allah berikan kepada kita untuk memperbanyak amal kebaikan kerana bernilai pahala. Rasulullah dan para sahabat tidak hanya memperbanyak ibadah mahdhah, tetapi juga melaksanakan semua amal kebaikan, seperti menuntut ilmu, bersedekah, melakukan dakwah di tengah umat, dan sebagainya. Bahkan, Rasulullah dan para sahabat berjihad ketika Ramadhan, di antaranya Perang Badar al-Kubra dan Penaklukan Mekah dalam bulan puasa! MasyaAllah.
Waspada dari Puasa yang Sia-Sia
Demikianlah istimewa dan pentingnya Ramadhan, begitu banyak pahala yang Allah limpahkan untuk kita semua dalam bulan mulia ini. Banyak pula aktiviti kebaikan yang boleh kita lakukan. Tentu saja, maknanya kita hendaklah mempersiapkan dengan baik sehingga boleh menjalaninya sesuai tuntunan syarak dan tidak terjebak ke dalam puasa yang sia-sia.
Rasulullah telah memperingatkan melalui sabdanya, “Berapa banyak orang berpuasa, hasil yang diperoleh dari puasanya hanyalah lapar dan hausnya, dan banyak orang yang melakukan salat malam (Tarawih), tetapi sebenarnya hanya begadang saja.” (HR Ath Thabrani)
Dalam hadis lain Rasulullah saw. bersabda,
وَالْعَطْش الْجُوْع إِلَّا صِيَامِهِ مِنْ لَهُ لَيْسَ صَائِمٍ مِنْ كَمْ
“Betapa banyak orang yang berpuasa, tetapi dia tidak mendapatkan sesuatu dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR An-Nasa’i)
Para ulama menjelaskan tentang hadis-hadis ini bahawa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapatkan pahala kecuali dari menahan lapar dan dahaga semata.
Peringatan Rasulullah ini sepatutnya menyedarkan kita agar tidak terjebak ke dalam rutin, trend tahunan iaitu sekadar menahan lapar dan haus, dengan aksesori-aksesori yang hampa maknanya. Tentu saja kita hendaklah memahami perbuatan apa yang mesti kita jauhi ketika Ramadhan dan yang perlu kita tingkatkan.
Perbuatan yang Mesti Dihindari
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah Swt. berfirman, “Setiap amal anak Adam untuknya, kecuali puasa. Sesungguhnya itu untuk-Ku dan Aku yang akan mengganjarinya. Puasa itu adalah perisai. Jika datang hari puasa, janganlah seseorang di antara kalian berkata rafats dan jangan memaki. Jika ada orang yang mencacinya atau sehingga memancingnya berkelahi, hendaklah dia berkata, ‘Aku sedang berpuasa’. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih wangi daripada wangi misk. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan: jika dia berbuka dia berbahagia; jika bertemu Tuhannya, ia berbahagia kerana puasanya.” (HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasai, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Hadis qudsi tersebut mengingatkan agar menjaga puasa kita dari hal-hal yang boleh membawa kepada puasa yang sia-sia, diantaranya adalah berikut:
- Berkata dusta (az-zuur).
Inilah perbuatan yang membuat puasa seorang muslim boleh jadi sia-sia dan merasakan lapar dan dahaga semata. Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda, “Barang siapa yang tidak meninggalkan az-zuur (perkataan dusta) dan malah mengamalkannya, Allah tidak memerlukan darinya rasa lapar dan haus yang ia tahan.” (HR Bukhari)
Apa yang dimaksud dengan az-zuur? As-Suyuthi mengatakan bahawa az-zuur adalah berkata dusta dan memfitnah (buhtan), sedangkan mengamalkannya bermakna melakukan perbuatan keji—yang merupakan konsekuensinya—yang telah Allah larang. (Syarah Sunan Ibnu Majah, Maktabah Syamilah)
- Berkata laghwu (sia-sia) dan rafats (kata-kata kotor).
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda, “Puasa bukanlah menahan makan dan minum saja, tetapi puasa adalah menahan diri dari perkataan laghwu dan rafats. Apabila ada seseorang mencelamu atau berbuat gangguan padamu, katakanlah padanya, ‘Aku sedang puasa, aku sedang puasa.’” (HR Ibnu Majah dan Hakim)
Dalam Fathul Bari dijelaskan makna laghwu dan rafats. Tentang laghwu, Al-Akhfasy mengatakan, “Laghwu adalah perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak berfaedah.”
Prof. Buya Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menyebut “aI-aaghwi” dari kata “laghaa” ertinya perbuatan atau kata-kata yang tidak ada faedahnya, tidak ada gunanya, tidak ada nilainya, misalnya senda-gurau atau main-main yang tidak ada hujung pangkalnya.
Sedangkan rafats, Ibnu Hajar mengatakan, “Istilah rafats digunakan dalam pengertian ‘kiasan untuk hubungan badan’ dan semua perkataan keji (melontarkan kata-kata lucah atau kotor).”
- Gibah.
Dalam hadis riwayat ‘Ubaid ra., Rasulullah saw. dikisahkan pernah memerintahkan orang-orang berpuasa selama sehari. Mereka pun berpuasa. Ada dua perempuan yang terlihat sangat menderita kerana lapar dan dahaga pada petang harinya. Lantas, keduanya mengutus seseorang menghadap Rasulullah saw.. Mereka ingin diizinkan berbuka puasa.
Rasulullah kemudian memberikan sebuah mangkuk kepada utusan itu untuk diberikan kepada kedua perempuan tadi. Beliau memerintahkan agar kedua perempuan itu memuntahkan isi perutnya ke dalam mangkuk tersebut.
Keduanya pun memuntahkan darah dan daging segar ke dalam mangkuk tersebut. Orang-orang takjub menyaksikannya. Rasulullah bersabda, “Kedua perempuan ini berpuasa terhadap makanan yang Allah halalkan, tetapi mereka melakukan perbuatan yang Allah haramkan. Mereka duduk bersantai sambil menggunjingkan orang lain. Itulah ‘daging-daging’ mereka yang dipergunjingkan.”
Hadis lainnya, Rasulullah saw. bersabda (HR Ad-Dailami),
الكاذِبةُ واليمِينُ بِالشّهوةِ،والنّظرُ والكذِبُ، النّمِيمةُ،و الغِيبةُ، : الصّائِم يُفطِرن خمسٌ
“Lima hal yang boleh membatalkan pahala orang berpuasa: membicarakan orang lain, mengadu domba, berbohong, melihat dengan syahwat, dan sumpah palsu.”
- Banyak bermaksiat.
Berpuasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi hendaknya juga menjauhi perbuatan haram (maksiat). Sebuah atsar riwayat Ibnu Abi Syaibah menjelaskan, “Berkata Jabir bin ‘Abdillah, ‘Seandainya kamu berpuasa, hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu, dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram, serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah pada hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.” (Latha’if al Ma’arif, Asy-Syamilah)
Ibnu Rajab al-Hambali menyampaikan nasihatnya, “Ketahuilah, amalan taqarrub (mendekatkan diri) pada Allah Taala dengan meninggalkan berbagai syahwat—yang sebenarnya mubah ketika di luar waktu puasa, seperti makan atau berhubungan badan dengan isteri—tidak akan sempurna hingga seseorang mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang Dia larang, iaitu dusta, perbuatan zalim; serta permusuhan di antara manusia dalam masalah darah, harta, dan kehormatan.”
Apakah Sah Puasanya?
Sebahagian ulama menyebut puasa yang sia-sia sebagai sejelek-jeleknya puasa, iaitu berpuasa, tetapi hanya menahan lapar dan dahaga, sedangkan perbuatan maksiat masih terus dilakukannya. Terkait sah atau tidaknya, tidak satu pun ulama menyatakan puasanya batal. Di antara mereka menyatakan bahawa seseorang yang gemar bermaksiat ketika Ramadhan, seperti berkata dusta, memfitnah, ataupun bentuk maksiat lainnya yang bukan pembatal puasa, puasanya tetap sah, tetapi dia tidak mendapatkan ganjaran yang sempurna di sisi Allah Taala.
Syeikh ‘Ali al-Qari dalam Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Mashabih berkata, “Orang yang berpuasa seperti ini sama keadaannya dengan orang yang berhaji, iaitu pahala pokoknya (ashlu) tidak batal, tetapi dia tidak memperoleh kesempurnaan pahala. Orang semacam ini akan mendapatkan ganjaran puasa sekaligus dosa akibat maksiat yang dia lakukan.”
Sedangkan Ibnu Rajab mengatakan, “Tingkatan (tahap) puasa yang paling rendah adalah meninggalkan minum dan makan saja.”
Selanjutnya dia mengatakan, “Mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang mubah tidaklah akan sempurna sampai seseorang menyempurnakannya dengan meninggalkan perbuatan haram. Barang siapa yang melakukan yang haram (seperti berdusta) lalu dia mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan yang mubah (seperti makan) ketika Ramadhan, maka puasa orang semacam ini tetap dianggap sah menurut pendapat jumhur ulama. Alasannya kerana amalan itu batal jika seseorang melakukan perbuatan yang dilarang kerana sebab khusus; dan tidaklah batal jika melakukan perbuatan yang dilarang yang bukan kerana sebab khusus. Inilah pendapat majoriti ulama.” (Latha’if al-Ma’arif, 1/168, Asy-Syamilah)
Ibnu Hajar dalam Al-Fath juga mengatakan mengenai hadis tentang perkataan az-zuur (dusta) dan mengamalkannya, “Majoriti ulama membawa makna larangan ini pada makna pengharaman, sedangkan batalnya hanya dikhususkan dengan makan, minum, dan jimak (berhubungan suami isteri).”
Khatimah
Telah kita fahami bersama, Ramadhan adalah bulan berlimpahnya pahala. Setiap amal kebaikan bernilai pahala, bahkan memberi seteguk minuman kepada orang berpuasa, pahalanya sama seperti orang berpuasa.
Oleh kerananya, ini merupakan kesempatan kita untuk memperbanyak amal kebaikan. Semoga Allah memberi kelapangan sehingga kita dapat menunaikan kewajipan dengan sebaik-baiknya. Amin.
Saudaraku, mari kita berusaha keras agar tidak terjebak pada puasa yang sia-sia, yakni sekadar mendapatkan lapar dan dahaga. Marilah kita menjauhi berbagai hal yang dapat mengurangkan kesempurnaan pahala puasa. Sungguh, sangat merugi orang yang mengabaikan pahala yang begitu melimpah ruah ketika Ramadhan. Mari kita maksimakan amal kebaikan pada bulan mulia ini, tingkatkan instensiti ibadah, perbanyak menuntut ilmu, tingkatkan kepedulian, berdakwah kepada Islam, serta terus gelorakan semangat perjuangan menegakkan syariat Islam, terutama di saat dan selepas Ramadhan nanti. Wallahualam bissawab.