Dari Aisyah ra., Rasulullah saw. bersabda,
تَحَرَّوْا ليلة القدرِ في الوِتْرِ، من العشرِ الأواخرِ من رمضانَ
“Carilah oleh kalian keutamaan Lailatulqadar (malam kemuliaan) pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.”
Hadis ini sahih. Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Sahih-nya (2017), Muslim dalam kitab Sahih-nya pula (1169), dan para imam hadis lainnya; dari hadis Aisyah ra..
Penjelasan Hadis
“Malam kemuliaan” dikenal dengan Lailatulqadar, iaitu satu malam yang penuh dengan kemuliaan, keagungan, dan tanda-tanda kebesaran Allah Taala kerana malam itu merupakan permulaan diturunkannya Al-Quran. Hal ini ditunjukkan oleh Firman Allah Taala,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. (2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (3) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (4) Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabb-nya untuk mengatur segala urusan. (5) Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” [TMQ Al-Qadr (97): 1-5]
Allah berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi…” [TMQ Ad-Dukhaan (44): 3]
Imam Ibnu Katsir rahimahullah (774 H) berkata, “(Malam yang diberkahi) itulah Lailatulqadar, (yang terjadi) pada Ramadhan.”
Sebagaimana firman Allah Taala,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran…” [TMQ Al-Baqarah (2): 185]
Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma dan yang lainnya berkata, “Allah telah menurunkan Al-Quran dari lauhulmahfuz ke Baitul ‘Izzah (di langit dunia) secara langsung (sekaligus), kemudian menurunkannya kepada Rasulullah secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa-peristiwa (yang terjadi semasa hidupnya) selama dua puluh tiga tahun.” (Tafsir Al-Quran al-‘Azhim (8/441))
Dengan demikian, jelaslah alasan mengapa Rasulullah saw. memerintahkan umatnya agar sungguh-sungguh mencari keutamaan malam Lailatulqadar ini. Terlebih lagi, pada hadis yang lain beliau menjelaskan,
أتاكُم رَمضانُ شَهرٌ مبارَك ، فرَضَ اللَّهُ عزَّ وجَلَّ عليكُم صيامَه ، تُفَتَّحُ فيهِ أبوابُ السَّماءِ ، وتغَلَّقُ فيهِ أبوابُ الجحيمِ ، وتُغَلُّ فيهِ مَرَدَةُ الشَّياطينِ ، للَّهِ فيهِ ليلةٌ خيرٌ من ألفِ شَهرٍ ، مَن حُرِمَ خيرَها فقد حُرِمَ
“Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan yang diberkahi, Allah Taala wajibkan kalian untuk berpuasa padanya, dibukakan padanya pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka Jahim, dan dibelenggu syaitan-syaitan yang membangkang. Pada bulan tersebut, Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (seseorang beribadah selama itu). Barang siapa terhalang dari kebaikannya, sungguh dia orang yang terhalang (dari seluruh kebaikan).”
(Sahih. Hadis yang mulia dengan lafaz seperti ini diriwayatkan oleh An-Nasa-i (2106) dan Ahmad (12/59) dari hadis Abu Hurairah ra.. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Majah (1644) dari hadis Anas bin Malik ra.. Lihat Sahih al-Jami’ (55) dan Sahih at-Targhib wat Tarhib (1/241 nomor 999 dan 1000). Sebagian lafaz dan makna hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Bukhari (1899 dan 3277), dan Muslim (2/758 nombor 1079)).
Imam ath-Thabari rahimahullah (310 H) dan Imam Ibnu Katsir rahimahullah (774 H) berkata, “Sufyan ats-Tsauri berkata, telah sampai kepadaku perkataan Mujahid (tentang firman Allah),
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.“ [TMQ Al-Qadr (97): 3]
Beliau berkata, amal (soleh), puasa, dan solat pada malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (seseorang melakukan ibadah)” (Lihat Tafsir ath-Thabari (30/314) dan Tafsir al-Quranil Azhim (8/443)).
Adapun maksud para ulama tafsir bahawa ibadah pada malam Lailatulqadar lebih utama dari ibadah selama seribu bulan adalah (seribu bulan) yang di dalamnya tidak terdapat Lailatulqadar. (Lihat Tafsir ath-Thabari (30/314-315), al-Jami’ li Ahkamil Quran (20/121), Tafsir al-Quranil Azhim (8/443), ad-Durrul Mantsur (8/568), dan Taisirul Karimir Rahman fi Tafsiri Kalamil Mannan (2/1185)).
Imam al-Albani rahimahullah (1420 H) berkata, “Dan di antara masa, ada yang telah Allah jadikan seluruh amalan baik padanya lebih utama (dari waktu-waktu selainnya), seperti pada sepuluh Zulhijjah dan malam Lailatulqadar yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu seluruh amalan pada malam itu lebih utama (lebih baik) dari amalan selama seribu bulan tanpa Lailatulqadar di dalamnya.” (Lihat ats-Tsamrul Mustathab (2/576)).
Bahkan, malam tersebut diliputi kesejahteraan dan keselamatan, sebagaimana firman-Nya,
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” [TMQ Al-Qadr (97): 5]
Maksudnya adalah pada malam Lailatulqadar penuh dengan seluruh kebaikan dan keberkahan, selamat dari segala kejahatan dan keburukan apa pun, syaitan-syaitan tidak mampu berbuat kerosakan dan kejahatan sampai terbit fajar di pagi harinya.
Ini adalah perkataan sebahagian besar ulama seperti Mujahid (104 H), Nafi’ (117 H), Qatadah (± 113 H), Ibnu Zaid, Abdurrahman bin Abi Laila (83 H), dan lain-lainnya. (Lihat Tafsir ath-Thabari (30/315), al-Jami’ li Ahkamil Quran (20/124), Tafsir al-Quranil Azhim (8/444), ad-Durrul Mantsur (8/568), dan Taisirul Karimir Rahman fi Tafsiri Kalamil Mannan (2/1185)).
Adapun yang dikatakan oleh Asy Sya’bi rahimahullah (± 101 H) adalah pada malam itu para malaikat memberikan ucapan salam kepada para penghuni masjid-masjid (yang beribadah di dalamnya) sampai terbit fajar. (Lihat al-Jami’ li Ahkamil Quran (20/124), dan Tafsir al-Quranil Azhim (8/444)).
Besarnya keutamaan Lailatulqadar juga ditunjukkan oleh fakta bahawa Allah Swt. merahsiakan keberadaannya. Mengapa? Tidak lain, sebagaimana dinyatakan oleh Imam an-Nasafi, agar kaum muslim bersungguh-sungguh mencari keutamaan malam tersebut di seluruh malam-malam Ramadhan. (Abdurrahman ash-Shafudi, Najhah al-Majâlis wa Muntakhab an-Nafâ’is, 1/162).
Hal senada ditegaskan Imam al-Ghazali. Kata beliau, “Boleh jadi maksud Allah merahsiakan keberadaan Lailatulqadar adalah untuk meningkatkan kesungguhan manusia dalam mencarinya.” (Al-Ghazali, Ihya’ Ulûm ad-Dîn, 3/121).
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/04/17/4662/