Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ [وفي رواية]: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ [رواه البخاري ومسلم]
“Sesiapa saja yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala dan redha Allah, maka pasti diampuni dosanya yang telah lalu.” [dalam riwayat lain]: “Sesiapa saja yang melakukan qiyam [di malam hari] Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala dan redha Allah, maka pasti diampuni dosanya yang telah lalu.” [HR Bukhari dan Muslim]
Menjelaskan hadis ini, al-Hâfidz Ibn Hajar mengatakan dalam kitabnya, Fath al-Bâri:
اَلْمُراَدُ بِالإِيْمَانِ: الاِعْتِقَادُ بِفَرْضِيَّةِ صَوْمِهِ. وَبِالاِحْتِسَابِ: طَلَبُ الثَّوَابِ مِنَ اللهِ تَعَالَى. وَقَالَ اَلْخَطَّابِيْ: اِحْتِسَابًا أَيْ: عَزِيْمَةً، وَهُوَ أَنْ يَصُوْمَهُ عَلَى مَعْنَى الرَّغْبَةِ فِيْ ثَوَابِهِ طَيِّبَةَ نَفْسِهِ بِذَلِكَ غَيْرَ مُسْتَثْقِلٍ لِصِيَامِهِ وَلاَ مُسْتَطِيْلٍ لأَيَامِهِ. اهـ.
“Maksud dari lafadz, “Iman[an]” adalah meyakini kewajipan puasanya [Ramadhan]. Sedangkan maksud lafadz, “Ihtisab[an]” adalah mencari pahala dari Allah Subhanahu wa Taala. Al-Khatthabi berkata, “Ihtisab[an]” bermaksud “Azimah”, iaitu berpuasa dengan konotasi mengharapkan pahala-Nya, dengan jiwa yang bersih terhadapnya, tidak merasa berat menjalankan puasa dan memanjangkan hari.”
Sedangkan al-Manawi menjelaskan, dalam kitab Faidh al-Qadir:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَاناً: تَصْدِيْقاً بِثَوَابِ اللهِ أَوْ أَنَّهُ حَقٌّ، وَاحْتِسَاباً لأَمْرِ اللهِ بِهِ، طَالِباً الأَجْرَ أَوْ إِرَادَةَ وَجْهِ اللهِ، لاَ لِنَحْوِ رِيَاءَ، فَقَدْ يَفْعَلُ المُكَلَّفُ الشَّيْءَ مُعْتَقِدًا أَنَّهُ صَادِقٌ لَكِنَّهُ لَا يَفْعَلُهُ مُخْلِصاً بَلْ لِنَحْوِ خَوْفٍ أَوْ رِيَاءَ.
“Sesiapa saja yang puasa Ramadhan dengan “iman[an]”, iaitu membenarkan pahala Allah, bahawa pahala itu benar dan dengan “ihtisab[an]” semata kerana menunaikan perintah Allah, dengan mengharap pahala, atau berharap kepada Allah, bukan untuk tujuan riak [ditunjukkan kepada selain Allah]. Kerana, kadangkala seorang mukallaf melakukan sesuatu, dia yakin bahawa itu benar, tetapi dia tidak melakukannya dengan ikhlas, namun kerana takut atau riak.”
Imam an-Nawawi juga menjelaskan hadis di atas dengan menyatakan:
مَعْنَى إِيْمَاناً: تَصْدِيْقاً بِأَنَّهُ حَقٌّ مُقْتَصِدٌ فَضِيْلَتُهُ، وَمَعْنَى اِحْتِسَاباً، أَنَّهُ يُرِيْدُ اللهَ تَعَالَى لاَ يَقْصُدُ رُؤْيَةَ النَّاسِ وَلاَ غَيْرَ ذَلِكَ مِمَّا يُخَالِفُ الإِخْلاَصَ.
“Makna “Iman[an]” adalah membenarkan, bahawa itu memang benar, dengan nilai keutamaan. Sedangkan maksud “Ihtisab[an]” adalah dia menginginkan Allah Subhanahu wa Taala, bukan berharap dilihat oleh manusia dan bukan yang lain. Sesuatu yang menyalahi keikhlasan.”
Al-Hafidz Ibn Jauzi menambahkan:
قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا” أيْ تَصْدِيْقًا بِالمَعْبُوْدِ الآمِرِ لَهُ، وَعِلْمًا بِفَضِيْلَةِ الْقِيَامِ وَوُجُوْبِ الصِّيَامِ، وَخَوْفًا مِنْ عِقَابِ تَرْكِهِ، وَمُحْتَسِبًا جَزِيْلَ أَجْرِهِ، وَهَذِهِ صِفَةُ المُؤْمِنِ.
[كشف المشكل في حديث الصحيحين]
“Sabda Nabi saw : “Iman[an]” dan “Ihtisab[an]” maksudnya adalah membenarkan Zat Yang Disembah, Yang Maha Memberi Perintah kepadanya, dengan meyakini keutamaan qiyamulail dan kewajipan puasa. Takut terhadap azab-Nya ketika meninggalkannya, dan mengharapkan pahala-Nya yang melimpah ruah. Inilah sifat orang mukmin.” [Kasyf al-Musykil fi Hadis as-Shahihain].
Kesimpulan:
Daripada hadis ini dan sebagaimana penjelasan para ulama di atas, boleh disimpulkan bahawa:
- Sesiapa saja orang mukmin yang berpuasa dengan dorongan dan dasar keimanan kepada Allah, bahawa ini adalah perintah-Nya, meyakini bahawa ini hukumnya wajib, kemudian melaksanakannya dengan ikhlas semata-mata untuk-Nya, mengharapkan redha dan pahala-Nya, maka dosa yang telah dia lakukan sebelumnya, pasti akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Taala.