Penulis: Ustaz Hafidz Abdurrahman
Mengkaji kitab Syarah al-Asbab al-‘Asyrah al-Mujibah li Mahabbatillah Kama Addaha al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah karya Syeikh Dr. Abdul Aziz Musthafa selalu membuat al-faqir tidak dapat menahan air mata.
Kerana cintalah kita berasa dekat dengan Allah dan RasulNya. Dengan melakukan apa sahaja yang diminta dengan sukarela. Cinta yang jujur, tulus, dan selamanya itulah yang membawa kita mencari kenikmatan dalam setiap langkah dan perbuatan kita.
Tanpa cinta, raga dan perbuatan kita tidak ubahnya seperti mayat, kerana cinta adalah nyawanya. Akan tetapi, cinta tanpa amal juga seperti roh tanpa raga, tidak nyata. Semu dan bak fatamorgana. Maka, amal menjadi pembuktian cinta kita kepada Allah dan RasulNya.
Makin dalam dan kuat cinta di dalam hati, makin kuat dan istiqamah amal kita. Amal yang membuktikan kejujuran, ketulusan, dan kemurnian cinta kita kepadaNya dan kepada kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.
Cinta dan amal yang akan mengantarkan kita bertemu denganNya, dengan kekasihNya, dihimpun dalam ikatan cinta dan amal keranaNya.
Walaupun mungkin amal kita tidak sebanding dengan amal mereka. Itulah mengapa Anas bin Malik seperti mendapat siraman ais, benar-benar merasakan kesejukan yang luar biasa ketika Nabi SAW bersabda,
فإنك مع من أحببت
“Kamu akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.”
Semoga dengan cinta ini kita dikumpulkan bersama Rasul di dalam syurgaNya, syurga Firdaus al-A’la.