Saudariku, tentu kita merasa marah dan jijik melihat pelaku kemaksiatan terang-terangan melakukannya di hadapan umum. Bahkan, dengan penuh kebanggaan mereka menceritakan aib mereka melalui media sosial. Pelaku homoseksual bercerita tentang kisah cintanya sejak awal pertemuan hingga saat mendapat restu keluarga. Astaghfirullah!
Golongan homoseksual ini “banjir” dengan pelbagai tawaran untuk ditemuramah di berbagai platform media. Ibarat artis terkenal yang sedang diburu untuk diberi ruang menyampaikan kisah percintaannya. Sungguh sangat menjijikkan. Namun, mereka merasa bangga dan terharu kerana “perjuangan” mereka kini membuahkan hasil.
Populariti mereka dianggap sebagai tanda seolah-olah masyarakat mendukung mereka. Sedangkan mereka telah melakukan sesuatu yang paling dibenci dan dilaknat Allah!
Saudariku, perlu kita ketahui bahawa tidak ada air yang paling najis selain air lelaki yang tumpah sebelum berlakunya akad nikah. Tidak ada rahim yang paling kotor kecuali rahim wanita yang dibasahi oleh air mani lelaki sebelum akad ijab kabul. Inilah gambaran bagi pelaku zina.
Hukuman hudud yang paling berat adalah pada pelaku liwat dan juga zina. Kenikmatan yang paling Allah benci adalah kenikmatan yang didapatkan seseorang ketika dia berzina. Dosa yang paling nikmat adalah dosa zina. Kerana itu, seluruh tubuhnya yang merasakan nikmati dari penzinaan, Allah siapkan hukuman rejam buat para penzina dan hukuman dijatuhkan dari bangunan tinggi lalu dibaling dengan batu buat pelaku liwat.
Para ulama memposisikan zina sebagai masalah yang amat besar sehingga Imam Syafi’e mengatakan, “Siapapun yang berzina tetapi tidak bertaubat ketika pulang, laknat Allah akan turun pada keluarga tersebut, bahkan kepada tikus yang berada di rumahnya.”
Jadi, apa akibat bagi mereka yang bangga atas perbuatan maksiat (zina dan homoseksual) yang dilakukan? Syeikh Nawawi al-Bantani dalam kitabnya yang berjudul Nashaihul ‘Ibsd menjelaskan, “Barangsiapa yang berbuat dosa dan dia tertawa atas merasa bangga atas dosa yang ia lakukan, kelak Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dalam keadaan menangis. Kerana dia sepatutnya menyesal dan beristighfar pada Allah SWT atas dosanya itu. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah SWT dan dia menangis kerana malu dan takut kepada Allah atas kelalaiannya dalam ketaatan itu, kelak Allah aka memasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tertawa atau sangat bahagia kerana dia telah memperolehi apa yang dia inginkan iaitu ampunan dari Allah SWT.”
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa.”
Persoalannya, masihkah mahu memberi ruang buat pelaku zina dan liwat? Patutkah berbangga atas kenikmatan yang paling Allah benci iaitu kenikmatan saat seseorang berzina? Zina dan liwat adalah salah satu bentuk penentangan terhadap hukum Allah dan boleh mempercepatkan turunnya azab Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah perbuatan zina dan riba itu telah tampak secara terang-terangan di suatu kaum kecuali mereka telah menghalalkan azab Allah bagi mereka sendiri.” (HR Ahmad)
Sepatutnya, perbuatan dosa yang dilakukan itu perlu disertai dengan penyesalan dan mengharap ampunan dari Allah SWT. Bukannya malah mencanang-canang dan menganggap perkara itu hebat.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang beriman itu melihat dosa-dosanya seperti ketika duduk di bawah gunung, dia takut jika gunung tersebut jatuh menimpanya. Adapun orang yang fajir, saat melihat dosa-dosanya, ia merasakan seperti seekor lalat yang singgah (terbang) di depan hidungnya.” (HR Bukhari)
Semoga Allah mempercepatkan tegaknya Islam di muka bumi kerana pelaku zina dan liwat semakin berani selama berada dalam sistem sekular bernama demokrasi kapitalis. Malahan, mereka mendapat sokongan serta tepukan gemuruh dari manusia sekular yang bertuhankan materi. Wallahualam.
Sumber : https://muslimahnews.net/2022/05/15/6280/