Penulis: Muhammad Ismail
Rezeki tidak sinonim dengan pemilikan sebab rezeki adalah pemberian. Dalam bahasa Arab, “razaqa” bermaksud a’tha, iaitu memberikan sesuatu. Sedangkan yang dinamakan pemilikan adalah penguasaan terhadap sesuatu dengan cara-cara tertentu untuk memperoleh harta yang diperbolehkan syarak.
Rezeki dapat berupa rezeki halal ataupun haram, tetapi keduanya dinamakan rezeki juga. Contohnya, harta yang diperoleh seorang pekerja sebagai upah kerjanya. Begitu pula harta yang diperoleh seorang penjudi daripada perjudian yang dilakukannya. Semuanya adalah harta yang diberikan Allah SWT kepada kedua orang itu, tatkala mereka memeras tenaganya dalam mengusahakan suatu pekerjaan yang biasanya dapat mendatangkan rezeki.
Ramai orang yang menyangka bahawa mereka sendirilah yang memberikan rezeki untuk dirinya. Sebagai contoh, seorang pegawai yang menerima gaji tertentu kerana telah menghabiskan tenaganya, menyangka bahawa ialah yang mendatangkan rezeki kepada dirinya sendiri. Tatkala orang itu mendapatkan kenaikan gaji kerana bekerja lebih keras atau kerana memang berusaha memperoleh kenaikan gaji, dia pun menyangka bahawa dirinyalah yang mendatangkan rezeki itu (berupa kenaikan gaji).
Seorang pedagang yang memperoleh keuntungan daripada usahanya menyangka pula bahawa dialah yang mendatangkan rezeki bagi dirinya sendiri. Demikian juga dengan seorang doktor yang mengubati pesakit lalu menerima bayaran, menyangka bahawa dia memberikan rezeki kepada dirinya sendiri, dan lain sebagainya.
Ramai orang menyangka demikian kerana mereka belum memahami hakikat “keadaan” (usaha) yang dapat mendatangkan padanya rezeki. Mereka menyangka usahanya itu sebagai sebab (datangnya rezeki).
Seorang muslim meyakini dengan pasti bahawasanya rezeki itu berasal dari sisi Allah SWT, bukan berasal dari manusia. bahawasanya setiap keadaan (usaha) yang biasanya mendatangkan rezeki tidak lain adalah keadaan tertentu yang berpeluang menghasilkan rezeki. Akan tetapi, ia bukan merupakan sebab datangnya rezeki.
Apabila usaha dianggap sebagai sebab, setiap usaha pasti akan menghasilkan rezeki. Padahal, kenyataannya tidak demikian. Kadang-kadang “keadaan” (usaha) itu ada diusahakan, tetapi rezeki tidak datang. Ini menunjukkan bahawa usaha bukan merupakan sebab, melainkan hanya berupa “cara/usaha” untuk memperoleh rezeki.
Di samping itu, tidak mungkin kita menganggap bahawa “keadaan/usaha” yang biasanya dapat mendatangkan rezeki, adalah sebab untuk mendatang rezeki. Demikian juga tidak boleh dikatakan bahawa orang yang mengupayakan suatu usaha, ialah yang mendatangkan rezeki pada dirinya sendiri melalui usaha tersebut sebab pengertian ini bertentangan dengan nas-nas Al-Quran yang qathie, baik ditinjau dari dalalahnya (penunjukannya maknanya) dan tsubutnya (sumbernya).
Apabila setiap sesuatu (pengertian) bertentangan dengan nas yang qathie, baik dalalahnya mahupun sumbernya, maka mesti dipilih nas yang qathie, kemudian mengambilnya dan menolak selainnya.
Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan dengan keterangan yang jelas dan nyata serta tidak dapat menerima takwil lain bahawasanya rezeki adalah semata-mata dari sisi Allah SWT, bukan berasal dari manusia.
Semua yang dijelaskan tadi memberi kepastian kepada kita bahawasanya segala yang kita lihat adalah dalam berupa cara atau cara yang dapat mendatangkan rezeki, maka hal itu semata-mata adalah berupa “cara (usaha/keadaan)” yang dapat mendatangkan rezeki.
Allah SWT berfirman,
وَكُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلًۭا طَيِّبًۭا ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ
“(Dan) makanlah dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu.” [TMQ Al-Maidah (5): 88]
ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ….
“Allahlah yang menciptakan kamu, kemudian memberikan rezeki.” [TMQ Ar-Ruum (30): 40]
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ….
“Nafkahkanlah sebahagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu.” [TMQ Yaasiin (36): 47]
إِنَّ ٱللَّهَ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ…
“Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya.” [TMQ Ali Imran (3): 37]
…ٱللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ..
“Allahlah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu.” [TMQ Al-Ankabuut (29): 60]
…نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ…
“Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.”[TMQ Taha (20): 132]
…نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ…
“Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” [TMQ Al-An’aam (6): 151]
…نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ…
“Kamilah yang akan memberi rezeki pada mereka dan kepadamu.” [TMQ Al-Israa’(17): 31]
…وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ…
“Benar-benar Allah akan memberi rezeki kepada mereka.” [TMQ Al-Hajj: 58)
ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ…
“Allah meluaskan rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya.” [TMQ Ar-Ra’d (13): 26]
…فَٱبْتَغُوا۟ عِندَ ٱللَّهِ ٱلرِّزْقَ…
“Maka mintalah rezeki itu dari sisi Allah.”[TMQ Al-Ankabuut (29): 17]
وَمَا مِن دَآبَّةٍۢ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا…
“(Dan) tidak ada satu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya.”[TMQ Huud (11): 6]
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلْقُوَّةِ ٱلْمَتِينُ
“Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki.” [TMQ Adz-Dzariyat (51): 58]
Ayat-ayat tersebut di atas, begitu pula ayat-ayat lain yang sangat banyak jumlahnya, penunjukan maknanya bersifat qathie, tidak terkandung dalamnya kecuali makna yang satu dan tidak mempunyai takwil yang lain, bahawasanya rezeki semata-mata berasal dari sisi Allah, bukan dari yang lain.
Meskipun demikian Allah SWT. telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk berusaha melakukan pelbagai macam pekerjaan setelah diberikan (oleh Allah) pada diri mereka kesanggupan untuk memilih dan melaksanakan cara/usaha yang biasanya mendatangkan rezeki.
Merekalah yang mesti mengusahakan segala bentuk cara/usaha yang dapat menghasilkan rezeki dengan ikhtiar mereka, akan tetapi bukan mereka yang mendatangkan rezeki, sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat di atas.
Bahkan, hanya Allahlah yang memberikan rezeki kepada mereka dalam pelbagai keadaan/cara, tanpa memandang apakah rezeki itu halal ataukah haram dan tanpa melihat apakah cara/usaha itu termasuk suatu hal yang dibolehkan, diharamkan, atau diwajibkan oleh Allah. Begitu juga tanpa memandang apakah dengan usaha/cara itu dapat menghasilkan rezeki atau tidak.
Walaupun begitu, Islam telah menjelaskan tatacara bagi seorang muslim yang diperbolehkan dan yang dilarang dalam mengusahakan cara yang dapat mendatangkan rezeki.
Dalam hal ini, Islam menjelaskan sebab-sebab pemilikan, bukan sebab-sebab yang dapat mendatangkan rezeki dan membatasi pemilikan dengan sebab-sebab yang telah ditentukan.
Tidak boleh seorang pun berhak memiliki suatu rezeki kecuali dengan sebab-sebab yang telah ditentukan syarak kerana hal itu merupakan rezeki yang halal. Selain itu, ada rezeki yang haram, walaupun semuanya (rezeki yang halal maupun haram) berasal dari sisi Allah SWT.
Sumber: Muhammad Ismail, Al-Fikru Al-Islamiyu (Bunga Rampai Pemikiran Islam)