Penulis: Najmah Saiidah
Islam, sebagai din yang sempurna, telah mengatur kehidupan rumah tangga dengan sangat terperinci sehingga wujudnya ketenteraman dan kasih sayang di dalam keluarga.
Hanya sahaja, di tengah-tengah serangan sistem sekular kapitalis yang mencengkam keluarga muslim, kadangkala situasi ini tidak selalunya ideal. Pemahaman liberalisme sangat kuat sehingga mengancam keluarga Islam, sehingga mahu tidak mahu ibu bapa mesti berusaha lebih menyelamatkan pemahaman keluarganya daripada serangan pemahaman kebebasan ini.
Lebih daripada itu, tidak ada jaminan pemenuhan keperluan utama oleh negara, menjadikan keluarga muslim harus mencari sendiri dana untuk mencukupinya. Terkadang, pendapatan yang diperoleh ayah tidak mencukupi untuk memenuhi seluruh keperluan.
Lebih-lebih lagi, dalam keadaan sekarang, ada keadaan yang menyebabkan ayah kehilangan pekerjaan atau diberhentikan dan akhirnya isteri yang terpaksa sama-sama membantu suami agar seluruh keperluan keluarga dapat dipenuhi.
Sebenarnya, tanggungjawab menjaga keluarga tidak boleh dibiarkan sebelah pihak, ibu atau bapa sahaja, lebih-lebih lagi jika ayah dan ibu sama-sama terpaksa bekerja dan tidak mudah bagi pasangan untuk menyerahkan urusan rumah tangga, terutamanya penjagaan dan pendidikan anak-anak mereka kepada orang lain.
Keadaan seperti ini mungkin sedang kita alami; membahagikan masa dan tumpuan untuk bekerja, menjaga anak, serta mengurus rumah tangga bukanlah mudah. Oleh kerananya, kerjasama dan kesepaduan antara ayah, ibu, dan anak-anak dalam mengurus keluarga sangat diperlukan.
Di samping memiliki aturan terperinci tentang hukum-hukum keluarga, Islam juga mempunyai peraturan yang memastikan undang-undangnya ditegakkan dengan sempurna, baik oleh individu, masyarakat, mahupun negara.
Secara individu, setiap muslim mesti memiliki pemahaman yang benar terkait seluruh undang-undang Islam, termasuk undang-undang keluarga, dan wajib terikat dengannya sebagai konsekuensi iman.
Setiap anggota keluarga wajib memainkan peranan dan fungsinya dengan betul. Dapat kita bayangkan apa yang akan terjadi kalau seorang isteri sesuka hati pulang dan keluar dari rumah, suami berbuat apa sahaja? Kekacauan akan timbul. Lalu, bagaimanakah Islam membahagikan peranan ini?
Pembahagian Peranan dalam Rumah Tangga
Din Islam telah memberikan aturan khusus bagi suami dan isteri atau ayah dan ibu untuk mengemban tanggungjawab kepemimpinan dalam rumah tangga. Suami sebagai ketua dan pemimpin keluarga, sedangkan isteri sebagai pemimpin rumah suaminya sekaligus menjadi pemimpin bagi anak-anaknya.
Rasulullah SAW bersabda, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Umar, “Setiap kalian adalah pemimpin yang akan diminta dipertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir (ketua negara) adalah pemimpin rakyatnya, yang akan diminta dipertanggungjawaban atas kepemimpinannya; seorang lelaki adalah pemimpin rumah tangga, yang akan diminta dipertanggungjawaban atas kepemimpinannya; seorang perempuan adalah pemimpin atas rumah tangga suaminya dan anak-anaknya yang akan diminta dipertanggungjawaban atas kepemimpinannya; seorang pekerja adalah pemimpin atas harta tuannya, yang akan diminta dipertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Ingatlah setiap kalian adalah pemimpin yang akan diminta dipertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (HR Bukhari Muslim)
Peranan kepemimpinan dalam hadis ini sama sekali tidak menunjukkan adanya legitimasi atau superioriti darjat yang satu atas yang lain. Pemimpin negara tidak dianggap lebih mulia daripada rakyatnya. Seorang lelaki sebagai suami tidak pula dianggap lebih mulia dibandingkan dengan isteri dan anak-anaknya.
Kepemimpinan adalah tanggungjawab dan amanah yang dibebankan oleh Allah SWT untuk dilaksanakan, seterusnya dipertanggungjawabkan sebagai sebuah amal ibadah.
Islam menetapkan peranan dan fungsi suami adalah menjadi pemimpin rumah tangga yang memiliki kewajiban untuk menafkahi dan melindungi seluruh anggota keluarganya. Ia adalah nakhoda yang akan mengendalikan ke mana bahtera akan diarahkan, dan kepemimpinan tersebut telah Allah amanahkan ke pundak suami.
[ الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ … [النساء : 34
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.” [TMQ An-Nisa (4) 34]
Sebagai pemimpin keluarga, suami berkewajiban memberi nafkah yang layak kepada isteri dan anak-anaknya. Ketentuan ini tampak dalam firman Allah SWT,
“Kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf.”
[TMQ Al-Baqarah (2): 233]
Suami yang baik dalam perspektif Islam adalah orang yang sungguh-sungguh dalam bekerja demi memenuhi keperluan nafkah keluarganya secara makruf. Ia tidak akan lari daripada tanggungjawab ini, apatah lagi dengan menyerahkan beban nafkah kepada isteri atau anak-anaknya.
Sungguh besar balasan yang Allah berikan pada suami yang berusaha bekerja demi memenuhi kewajiban nafkah keluarga.
Rasulullah pernah menyalami tangan Sa’ad bin Muadz ra. Ketika itu kedua tangan Sa’ad tampak kasar. Nabi SAW lalu bertanya kepadanya, Sa’ad menjawab, “Saya selalu mengayunkan penyodok dan kapak untuk mencari nafkah keluargaku.” Kemudian Rasulullah saw. menciumi tangan Sa’ad seraya bersabda, “Inilah dua telapak tangan yang disukai Allah.” (As-Sarkhasi dalam Al-Mabsuth).
Selain itu, Allah memerintahkan kepada suami agar bergaul secara makruf dengan isterinya, sebagaimana dalam firmanNya,
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوف
“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf.”
[TMQ Al-Baqarah (2): 228]
Berkaitan dengan ayat di atas, Ibnu Abbas berkata, “Para isteri berhak atas persahabatan dan pergaulan yang baik daripada suami mereka, sebagaimana mereka wajib taat (kepada suaminya) dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”
Selain itu, Islam pun memberi kewajiban,peranan dan fungsi mulia bagi isteri. Ia berkewajiban untuk mentaati suaminya. Di samping kewajiban, taat pada suami juga merupakan peribadi seorang isteri solehh. Allah SAWT menegaskan hal tersebut dalam firmanNya,
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّه
“Maka perempuan-perempuan yang solehah itu adalah mereka yang taat dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada.” [TMQ An-Nisa (4): 34]
Sedangkan perempuan sebagai ketua rumah tangga kepada suami dan anak-anak mereka adalah ibu dan pengurus rumah suaminya (ummun wa rabbah al-bayt). Kepemimpinan yang utama adalah menjaga, mengasuh, dan mendidik anak-anaknya agar kelak menjadi orang yang mulia di hadapan Allah. Di samping itu, ia berperanan membina, mengatur, dan menyelesaikan urusan rumah tangga agar memberikan ketenangan dan keselesaan bagi anggota-anggota keluarga yang lain.
Dengan peranannya ini, beliau telah memberikan sumbangan besar kepada negara dan masyarakatnya. Beliau telah mendidik dan memelihara generasi umat agar tumbuh menjadi individu-individu yang soleh dan musoleh di tengah-tengah masyarakatnya.
Dengan begitulah boleh dikatakan bahawa kepemimpinan perempuan ini berperanan melahirkan pemimpin-pemimpin yang adil, jujur, dan dipercayai di tengah-tengah umat.
Adapun dalam kedudukannya sebagai pengurus rumah, perempuan berfungsi sebagai pasangan utama ketua rumah tangga iaitu suami. Hubungan keduanya dalam rumah tangga dibangun atas dasar persahabatan dan kasih sayang dengan persahabatan yang sempurna. Semua ini berkaitan dengan peranan dan fungsi suami isteri dalam rumah tangga.
Berbahagi Peranan dalam Urusan Rumah Tangga
Sesungguhnya Islam telah mengaturnya dengan sangat terperinci. Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani dalam kitab Nizhamul Ijtima’iy menjelaskan bahawa seorang isteri wajib melayani suaminya, seperti menanak nasi, memasak, membersihkan rumah, menyediakan minuman jika suami memintanya, menyiapkan makanan untuk dimakan, serta melayani suaminya dalam seluruh perkara yang wajib dilakukannya di dalam rumah.
Sebaliknya, suami wajib menyediakan apa sahaja yang diperlukan oleh isterinya yang berasal dari luar rumah, seperti menyediakan air, apa sahaja yang diperlukan untuk membersihkan kotoran, dan keperluan-keperluan lainnya.
Ringkasnya, semua aktiviti yang dilakukan di dalam rumah menjadi kewajiban isteri, sebaliknya semua aktiviti yang dilakukan di luar rumah menjadi tanggungjawab suami.
Ini sebagaimana hadis berkaitan dengan kisah Ali dan Fatimah ra. “Rasulullah SAW telah memutuskan atas puteri baginda, Fatimah, wajib mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di dalam rumah dan atas Ali wajib mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan di luar rumah.”
Apabila adanya pembahagian peranan ini, tidak semestinya suami tidak boleh membantu isterinya untuk mengerjakan tugas di dalam rumah, atau sebaliknya.
Sekali lagi, kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan. Tidak terlarang bagi suami menyqpu lantai, menyapu, mencuci pakaian, bahkan memasak. Demikian halnya seorang isteri berbelanja ke pasar untuk keperluan memasak. Semuanya bernilai pahala.
Contoh yang cukup terkenal adalah keluarga Ali bin Abi Thalib. Mereka selalu bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam mengurus keperluan rumah tangga. Fatimah membuat tepung gandum dan memutar gilingan dengan tangan sendiri. Beliau membuat roti, menyapu lantai, dan mencuci. Hampir tidak ada pekerjaan rumah tangga yang tidak ditanganinya sendiri.
Pada suatu hari, Rasulullah datang menjenguk Fatimah ra., tepat pada ketika itu beliau bersama suaminya sedang menggiling tepung. Beliau terus bertanya, “Siapakah di antara kalian berdua yang akan kugantikan?” “Fatimah!” Jawab Ali. Fatimah lalu berhenti diganti oleh ayahandanya menggiling tepung bersama Ali ra..
Khatimah
Demikianlah pengaturan Islam dalam kehidupan keluarga dan gambaran kehidupan keluarga Rasulullah SAW dan para sahabat. Islam telah mengatur dengan sangat terperinci tentang peranan masing-masing dalam anggota keluarga.
Islam juga memberikan peluang untuk saling berkongsi peranan, saling membantu satu sama lainnya tanpa mengabaikan tugas dan peranan utamanya.
Kehidupan keluarga yang ideal hanya akan terwujud ketika Islam diterapkan secara kaffah dalam naungan Khilafah Islamiah. Keluarga yang kukuh hanya akan terwujud melalui metod yang sesuai tuntunan syariat Islam dan dukungan sistem politik Islam. Wallahualam bissawab.
Berbagi Peran dalam Rumah Tangga, Bagaimana Tuntunan Islam?