Soalan:
Di dalam “At-Tahrîk as-Siyâsi” dinyatakan bahawa al-kifâh as-siyâsi (perjuangan politik) adalah uslûb dan bukan tharîqah. Jika masalahnya demikian, iaitu al-kifâh as-siyâsi dan ash-shirâ’u al-fikri (perjuangan intelektual) adalah uslûb dan bukan merupakan tharîqah, lalu apakah ini bererti bahawa period tafâ’ul (interaksi dengan masyarakat) adalah bahagian dari tharîqah, sedangkan apa yang berlangsung di dalam period ini dalam bentuk aktiviti politik dan intelektual (fikriyah) merupakan uslûb? Pasalnya, banyak terdapat ayat di dalam Al-Quran yang menjelaskan adanya al-kifâh as-siyâsi dan ash-shirâ’u al-fikri melawan para pemimpin kufur Quraisy.
Jawapan oleh: Syeikh ‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
Benar bahawa tafâ’ul (interaksi dengan masyarakat) merupakan bahagian dari tharîqah. Penting disebutkan bahawa perjuangan politik dan intelektual juga merupakan bahagian dari tharîqah. Period tafâ’ul mewajibkan hal itu dan tidak sempurna kecuali dengan kedua aktiviti itu. Bahkan, bukan merupakan tafâ’ul tanpa aktiviti politik dan intelektual.
Al-kifâh as-siyâsi dan ash-shirâ’u al-fikri merupakan cabaran yang jelas melalui aktiviti politik dan intelektual. Cabaran ini adalah uslûb. Kadang-kadang hal itu harus dilakukan di sini dan tidak harus di sana.
Supaya saya dapat mendekatkan masalah ini, edaran leaflet kadang dilakukan dengan uslûb kifâhi (heroik) sehingga leaflet itu diedarkan dengan cabaran yang jelas. Kadang leaflet diedarkan secara biasa saja.
Jadi, ash-shirâ’ dan al-kifâh memiliki konotasi cabaran yang jelas disertai konsekuensi-konsekuensi cabaran ini. Ini adalah uslûb.
Adapun yang disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim adalah kondisi-kondisi terbatas yang ditujukan kepada para pemimpin kekufuran disebabkan adanya tambahan dalam hal keburukan, bukan semata kekufuran. Mereka memerangi Islam dan kaum muslim dengan keras walaupun dalil-dalil telah mengatakan kebenaran. Lalu disebutkanlah serangan-serangan sengit dan kuat mereka di dalam ayat-ayat tersebut. Meskipun demikian, seandainya Anda meneliti dengan lebih dalam, nescaya Anda temukan semuanya itu terbatas, padahal jumlah orang kafir itu banyak.
Rasulullah saw. menggunakan uslûb yang berbeza-z dalam hal kekuatannya terhadap orang-orang kafir. Misalnya, ketika salah seorang pemimpin Quraisy (Utbah) mendatangi beliau, beliau menawarkan kepadanya Islam dengan hujah yang meyakinkan dan hikmah yang tinggi, dengan uslûb yang tenang dan berpengaruh. Hasilnya, orang itu kembali ke Quraisy dengan tenang, tidak seperti saat dia pergi. Ini seperti yang digambarkan oleh para pemimpin Quraisy yang mengirimnya, khususnya dia memuji ucapan yang dia dengar dari Rasul saw..
Pada saat yang lain, ketika salah seorang pemimpin Quraisy (Wa’il) bertemu dengan Rasul saw., dan pemimpin kafir itu membawa remah-remah tulang di tangannya. Kemudian dia menunjukkan remah-remah tulang itu kepada Rasul saw. dan bertanya, “Apakah Tuhanmu mampu mengembalikan ini menjadi hidup?” Rasul saw. menjawab, “Benar. Dia dapat membangkitkannya dalam keadaan hidup,” kemudian Rasul saw. menambahkan, “dan memasukkan engkau ke Neraka Jahannam.
Di sini Rasul saw. tidak menjawab pertanyaannya saja, tetapi juga menambahnya dengan jawapan yang keras.
Begitulah, uslûb itu makin kuat atau makin lemah bergantung pada pihak yang dihadapi.
Saya akan menjelaskan deskripsi itu lebih banyak. Bacalah ayat berikut:
اِذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ بِآيَاتِي وَلاَ تَنِيَا فِي ذِكْرِي (42) اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولاَ لَهُ قَوْلاً لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
“Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku. Lalu berbicaralah kamu berdua kepada dia dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut.” [TMQ Thaha (20): 42—43].
Tampak jelas di dalam ayat ini bahawa yang dituntut adalah diskusi intelektual yang tenang dan lunak.
Sekarang, bacalah ayat ini dalam topik yang sama, juga dengan subjek sama iaitu Nabi Musa as. dengan Firaun. Akan tetapi, ada sikap yang berbeza setelah Musa menawarkan kepada Firaun bukti dan perdebatan. Meski demikian, Firaun tetap ingkar dan makin melampaui batas. Ketika itu maka ucapan Musa as. tidak lagi lunak, tetapi keras dengan menyifati dia dengan kata matsbur[an] (binasa):
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى تِسْعَ ءَايَاتٍ بَيِّنَاتٍ فَاسْأَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ إِذْ جَاءَهُمْ فَقَالَ لَهُ فِرْعَوْنُ إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَامُوسَى مَسْحُورًا 101 قَالَ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنْزَلَ هَؤُلاَءِ إِلاَّ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ بَصَائِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَافِرْعَوْنُ مَثْبُورًا
“Sungguh Kami telah memberikan kepada Musa sembilan buah mukjizat yang nyata. Tanyakanlah kepada Bani Israil tatkala Musa datang kepada mereka. Lalu Firaun berkata kepadanya, “Sungguh aku sangka kamu, hai Musa, seorang yang terkena sihir.” Musa menjawab, “Sungguh kamu telah mengetahui bahawa tiada yang menurunkan mukjizat-mukjizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata. Sungguh aku mengira kamu, hai Firaun, seorang yang akan binasa.” [TMQ Al-Isra’ (17): 101-102].
Jadi, diskusi yang lunak pada awalnya adalah untuk memaparkan berbagai perdebatan dan bukti. Akan tetapi, setelah Musa as. mengedepankan berbagai perdebatan dan bukti yang qath’ie dengan jelas, namun Firaun tetap ingkar dan membangkang, maka pada saat itu diskusi menjadi keras.
Saya berharap masalah tersebut telah menjadi jelas.
Oleh karena itu, Anda mendapati kita menyatakan di dalam buku kita tentang berbagai aktiviti politik pada period tafâ’ul: … Di dalam aktiviti-aktiviti politik ini tampak menonjol adanya ash-shira’ al-fikri dan al-kifah as-siyasi…
Jadi, ash-shirâ’ (pergolakan) dan al-kifâh (perjuangan) biasanya tampak menonjol di dalam period ini kerana benturan dengan para pemimpin kufur sehingga uslûb ini sesuai dengan mereka. Akan tetapi, dengan orang-orang kafir lainnya atau pada waktu lainnya kadang aktiviti politik dan intelektual mengharuskan uslûb yang lain lagi.
Saya ulangi, aktiviti politik dan intelektual adalah bahagian dari tharîqah. Period tafâ’ul menuntut dan mengharuskan keduanya. Hanya peningkatan aktiviti politik dan intelektual saja, iaitu al-kifâh dan ash-shirâ’ yang merupakan uslûb dan digunakan pada waktu dan tempat yang sesuai.
(14 Safar 1429 H/20 Februari 2008 M)
Sumber: al-wa’ie.id