Banyak yang ragu untuk berkata benar. Hanya kerana masih memperhatikan penilaian dan redha manusia. Imam Ahmad bin Hanbal telah meninggalkan pesan yang amat dalam,
.
تركت رضى الناس حتى قدرت أن أتكلم بالحق.
“Aku tinggalkan redha manusia, hingga aku mampu untuk berbicara menyampaikan kebenaran.” [Siyar A’lam an-Nubala’, 11/34]
Hari ini, banyak yang ragu-ragu bahkan takut untuk jujur mengatakan bahawa Islam adalah sistem kehidupan. Kita tidak perlu ideologi, sistem pemerintahan, ekonomi dan sosial lain selain Islam. Namun umat semakin keliru, tokoh mana yang perlu diikuti, kerana sebahagian mereka menyembunyikan kebenaran itu. Katanya, sistem pemerintahan Islam adalah harga yang masih boleh dirunding.
Imam Al Ghazali pernah menyampaikan suatu resepi penting,
اعلم أن من عرف الحق بالرجال حار في متاهات الضلال فاعرف الحق تعرف أهله إن كنت سالكاً طريق الحق وإن قنعت بالتقليد والنظر إلى ما اشتهر من درجات الفضل بين الناس فلا تغفل عن الصحابة وعلو منصبهم فقد أجمع الذين عرضت بذكرهم على تقدمهم وأنهم لا يدرك في الدين شأوهم ولا يشق غبارهم ولم يكن تقدمهم بالكلام والفقه بل بعلم الآخرة وسلوك طريقها
“Ketahuilah bahawa siapa yang mengukur kebenaran dengan tokoh, dia akan tersesat dalam lembah kekeliruan. Maka kenalilah kebenaran, pasti kamu akan tahu siapa pemiliknya, jika kamu benar-benar ingin meniti jalan kebenaran.
Tapi jika kamu hanya puas dengan ikut-ikutan dan melihat trend ketokohan manusia, maka jangan lupa tentang sahabat dan ketinggian darjat mereka yang tidak tertandingi. Semua itu diperoleh bukan melalui jalur kalam atau fikih, melainkan melalui jalur ilmu akhirat dan meniti jalannya.” [Ihya Ulumiddin, 1/173].
Cukuplah bagi kita -para pengemban kebenaran- hadis Nabi berikut sebagai motivasi,
لاَ يَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ.
“Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku yang membela (kebenaran) hingga ketetapan Allah datang kepada mereka dan mereka dalam keadaan menang.” [HR. Bukhari].
Yuana Ryan Tresna