Hasad adalah salah satu penyakit hati yang seringkali tidak disedari ada dalam diri kita. Hasad, iri, atau dengki merupakan istilah yang hampir sama, yakni menginginkan hilangnya nikmat dari orang lain. Hasad seperti ini tercela.
Sementara iri kerana keutamaan orang lain, ingin mencontohnya, serta tidak ingin nikmat pada orang tersebut hilang, maka hasad seperti ini disebut ghibthah dan diperbolehkan. Ibnu Taimiyah mengatakan penyakit hasad atau iri adalah penyakit yang menjangkiti setiap orang. Kita perlu berhati-hati.
“Sesungguhnya hasad adalah di antara penyakit hati. Inilah penyakit manusia pada umumnya. Tidak ada yang boleh lepas darinya kecuali sedikit sekali. Oleh kerana itu ada yang mengatakan, ‘Setiap jasad tidak boleh terlepas dari hasad (iri). Namun orang yang berpenyakit (hati) akan menampakkannya. Sedangkan orang yang mulia (hatinya) akan menyembunyikannya.’” Inilah yang pernah dikatakan oleh Ibnu Taimiyah.
Kemudian, ada seseorang yang bertanya kepada Al Hasan Al Bashri, “Apakah orang beriman itu hasad (iri)?” dia menjawab, “Tidakkah engkau perhatikan bagaimana kisah Nabi Yusuf dan saudara-saudaranya?” Jadi selama hasad itu tidak ditampakkan pada tangan dan lisan, hal itu tidak membahayakan.
Barang siapa yang mendapati pada dirinya penyakit ini, semestinya dia menghiasi dirinya dengan takwa dan sabar. Hendaknya dia membenci sifat hasad tersebut pada dirinya. (Majmu’ Al Fatawa, Ibnu Taimiyah, Darul Wafa, hal. 124-125).
Lalu bagaimana hasad sesama penuntut ilmu?
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin ra. rahimahullah menasihati kita semua, “Hasad adalah akhlak yang buruk. Sangat disayangkan hasad paling banyak, justeru terjadi di antara para ulama dan penuntut ilmu. Hasad boleh terjadi juga di antara sesama para peniaga. Hasad juga terjadi pada setiap kerjaya yang lain antara sesamanya. Akan tetapi sangat disayangkan hasad yang terjadi di antara sesama ulama dan sesama penuntut ilmu lebih parah. Padahal sepatutnya para ahli ilmu adalah orang yang jauh dari sikap hasad dan mereka semestinya adalah orang yang paling dekat dengan sifat-sifat akhlak mulia.” (Kitaabul ‘Ilmi).
Oleh sebab itu, jika kita melihat Allah memberikan nikmat kepada orang lain maka janganlah kita membenci nikmat tersebut melainkan mendoakannya, “Ya Allah, tambahkanlah kepadanya kurnia-Mu dan anugerahkan untukku yang lebih baik dari itu.”
Hasad sama sekali tidak akan mengubah keadaan, bahkan pada sifat itu terdapat berbagai kerosakan dan bahaya. Terkait dengan ghibthah (iri) yang dibolehkan dalam Islam yakni iri terhadap mereka yang memiliki banyak harta dan diinfakkan di jalan Allah. Kemudian iri dengan mereka yang memiliki banyak ilmu dan mengamalkannya. Lalu dia menjadikan orang-orang tersebut sebagai role model (rujukan) dalam kehidupan. Dia ingin memiliki keutamaan yang sama tanpa berharap hilangnya keutamaan tersebut pada orang lain.
“Tidak boleh hasad (ghibthah) kecuali pada dua orang, iaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikan; dan orang yang Allah beri kurnia ilmu (Al-Quran dan sunah), dia menunaikan dan mengajarkannya.”
Ghibthah dalam Islam semata-mata sebagai inspirasi dan motivasi untuk melejitkan diri menjadi lebih baik. Memiliki role model dalam beramal menjadikan seorang muslim semangat dalam beramal dan melakukan berbagai keutamaan. Role model yang ada dalam Islam sangat banyak, contohnya, Rasulullah saw., para sahabat, para shahabiyah, ulama salafussoleh, serta para ulama yang telah melahirkan berbagai karya dan berjuang melalui berbagai pergerakan untuk kebangkitan Islam.
Semoga kita memiliki ghibthah pada ulama atau penuntut ilmu untuk menjadikan mereka sebagai role model bukan hasad kerana menginginkan hilangnya keutamaan yang mereka miliki kerana takut tersaingi. Astagfirullahalazim. Allahul Mus’taan.
Sumber:https://muslimahnews.net/2022/05/28/6719/