Penulis: Muhammad Ismail
Penting untuk diperhatikan pertama kalinya adalah bahawasanya kesedaran yang dihasilkan tersebut memiliki ciri yang istimewa, iaitu berupa pandangan yang universal terhadap kemaslahatan manusia ditinjau dari sudut pandang Islam. Demikian juga, umat Islam perlu memiliki keyakinan bahawa upaya menyelamatkan seluruh dunia, dengan selain Islam, adalah sesuatu yang mustahil.
Mereka mesti sedar, walaupun secara global, bahawa upaya mewujudkan Islam di tengah-tengah percaturan kehidupan masyarakat, tanpa adanya Daulah Islamiyah, hanya berupa angan-angan kosong. Di kalangan orang yang telah tumbuh dan terbuka kesedaran politiknya, perlu ada kejelasan pada diri mereka bahawa upaya merealisasikan Daulah Islamiyah tanpa adanya umat Islam adalah anggapan kosong, dan bahawasanya usaha umat untuk mewujudkan Daulah Islamiyah tanpa kesedaran politik hanyalah sekadar khayalan dan lamunan.
Kesedaran politik akan tampak pada diri umat, tatkala telah terlihat bahawa pandangan mereka terhadap dunia ini berasal dari sudut pandang Islam. Namun demikian, bagi seorang individu, kesedaran politik ini tidak tampak kecuali jika telah tumbuh dan terbuka kesedaran tersebut dalam dirinya. Oleh kerana itu, amat sulit untuk mengetahui bahawa seseorang telah memiliki kesedaran politik, jika kesedaran itu belum tampak pada dirinya secara nyata.
Bagi orang yang memiliki kesedaran politik tidak mungkin terpengaruh oleh kata-kata yang hebat dan berlebih-lebihan, julukan dan nama besar. Dia senantiasa akan berhati-hati agar fikirannya tidak termakan propaganda dan publikasi media massa.
Seorang yang memiliki kesedaran politik senantiasa menjaga diri untuk tidak tersesat oleh fakta-fakta atau tersesat dalam mencari hakikat tujuan yang dia usahakan untuk meraihnya. Ciri khas yang dimiliki oleh orang yang memiliki kesedaran politik adalah sifat hati-hati dalam menerima berita-berita atau pendapat tertentu, agar dia tidak dikacaukan, walaupun oleh sesuatu yang dianggap remeh. Dengan kata lain, dia akan mengambil segala sesuatu dengan penuh kesedaran, dan senantiasa berfikir tentang hakikat kenyataan sesuatu serta kedudukannya di antara tujuan yang sedang dia usahakan.
Hendaklah orang-orang yang telah memiliki kesedaran politik berhati-hati untuk menyerahkan kecenderungannya terhadap pendapat atau berita-berita tertentu. Kecenderungan terhadap sesuatu yang diperoleh parti, atau suatu gerakan, ataupun ideaologi tertentu kadangkala dapat mendorongnya untuk menafsirkan suatu pendapat atau berita dan kadang-kadang dapat memutarbalikkan fakta dengan menambah sesuatu yang dapat dipandang oleh seseorang sebagai hal yang benar, padahal tidak, atau dipandang sebagai hal yang dibuat-buat, padahal benar.
Oleh kerana itu, orang yang memiliki kesedaran politik hendaklah menyedari setiap ucapan yang dilontarkan atau setiap usaha/tindakan yang dilakukan oleh orang lain. Akan tetapi, tidaklah cukup hanya dirinya yang mengetahui hal itu. Sebab orang yang telah mempunyai kesedaran politik adalah orang yang dapat memahami sesuatu dan menjelaskannya kepada setiap manusia, hingga hal itu dapat dijadikan sebagai bahan perbincangan dan diskusi di tengah-tengah masyarakat. Kemudian berusaha mewujudkan kesedaran itu pada diri umat secara keseluruhan, sehingga umat terbiasa tidak “menelan mentah-mentah” kata-kata begitu saja, tetapi mereka terbiasa meneliti atau mengevaluasi setiap pendapat mahupun berita.
Seseorang tidak dapat dikatakan memiliki kesedaran politik, jika dia mengatakan sesuatu dan bertindak berlawanan dengan apa yang dia katakan; atau dia memiliki pendapat tertentu, tetapi tidak berusaha menerapkannya. Sesungguhnya orang yang menganut suatu ideaologi atau suatu idea tertentu yang memiliki kesedaran politik terhadapnya, maka kesedaran itu akan tampak dalam aktiviti perbuatannya, bukan dalam bentuk pidato, tulisan, atau diskusi-diskusi. Selama pemikiran-pemikiran yang dimilikinya belum menjelma dalam aktiviti perbuatannya dan akibatnya, maka sudah selayaknya dia mahupun orang lain meragukan adanya kesedaran politik tersebut atau paling tidak adanya kesedaran yang benar dalam dirinya.
Orang yang sudah mempunyai kesedaran politik, baik berupa individu, kelompok/gerakan, atau masyarakat, tidak akan terbukti kesedarannya kecuali dengan merealisasikannya dalam bentuk perbuatan yang nyata. Di samping itu, belum tampak kejujurannya, kecuali dengan melakukan persembahan dan pengorbanan.
Inilah ciri-ciri orang yang benar-benar memiliki kesedaran politik yang benar. Sebab erti dari kesedaran adalah mengamati dan memperhatikan. Sedangkan yang dimaksud sebagai kesedaran yang bercirikan politik adalah memelihara dan mengatur urusan diri dan umat berlandaskan kesedarannya itu.
Oleh kerana itu, orang-orang yang telah memiliki kesedaran politik, pasti akan berhadapan dengan berbagai masalah dalam interaksinya secara langsung dengan realiti, manusia, dan problematik kehidupan. Tidak ada perbezaan apakah hal ini berkenaan dengan keadaan lokal ataupun keadaan internasional. Ketika mereka berhadapan dengan semua itu, maka akan tampaklah kemampuannya untuk menjadikan risalah yang dipikulnya, atau sudut pandang tertentu yang khas terhadap dunia sebagai asasnya atau pemutus, dan merupakan tujuan yang diusahakan untuk meraihnya.
Dalam hal ini, tidak ada perbezaan antara individu dengan umat. Usaha umat untuk berbuat sesuai dengan sudut pandang yang khas dan tertentu yang digunakannya untuk memandang dunia ini, adalah sama dengan usaha yang dilakukan individu, dua-duanya mesti ada.
Demikian pula, umat mahupun individu harus menjadikan sudut pandang tersebut sebagai akidah, sama halnya dengan berhadapannya mereka dengan berbagai masalah kehidupan yang merupakan suatu kewajipan, baik untuk umat mahupun individu. Semua itu dilakukan sehingga dapat dibenarkan adanya kesedaran politik dalam diri umat.
Oleh kerana itu, dalam diri umat, sebagai satu kesatuan, wajib terhunjam tiga hal:
Pertama: Adanya perhatian terhadap kepentingan umat dengan perhatian yang sempurna, dan merupakan tindakan yang muncul dengan sendirinya. Sehingga seorang muslim memohon dalam doanya, “Ya Allah, berikanlah rahmat (kurnia)-Mu kepada umat Islam.” sebagaimana dia berdoa untuk dirinya sendiri, “Ya Allah, berikanlah rahmat (kurnia)-Mu kepadaku.”
Kepeduliannya terhadap umat akan tampak dalam perkataannya seperti,
“Apakah tentera Islam mendapat kemenangan?” sebelum dia menanyakan keadaan anaknya yang ada di antara tentera itu (selamat atau syahid).
Kedua: Adanya kesatuan pandangan dan kedisiplinan terhadap hal-hal yang wajib dilawan atau dimusnahkan, juga terhadap hal-hal yang wajib dibangun dan ditumbuhkembangkan, baik berupa pemikiran, kegiatan/aktiviti, atau sosok peribadi manusia.
Ketiga: Dijadikannya ketaatan sebagai suatu watak, dan sikap penolakan terhadap suatu perintah suatu perbuatan keji yang menjijikkan dan dibenci. Tunduk kepada musuh bukanlah suatu ketaatan. Demikian juga menghadapi penyimpangan (yang dilakukan penguasa), bukanlah suatu pembangkangan. Tetapi ketaatan adalah melaksanakan perintah orang yang berhak untuk ditaati dengan penuh ketundukan, keredhaan, dan ketenteraman. Sedangkan penentangan (keingkaran) adalah bertentangan dari semua itu.
Sumber: Muhammad Ismail, Al-Fikru Al-Islamiyu (Bunga Rampai Pemikiran Islam)