Berbuat baik pada sesama manusia merupakan perkara yang Allah Swt. perintahkan bagi setiap hamba-Nya. Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (HR Bukhari)
Indikator baiknya seseorang ialah orang-orang terdekat (saudara dan keluarganya) mengatakan baik tentangnya. Hal yang aneh jika bersikap baik pada orang yang jauh, sementara sikapnya pada orang yang terdekat tidak baik. Begitu juga ianya aneh jika dia bersabar dengan orang yang jauh, tetapi tidak bersabar dengan orang terdekatnya, iaitu keluarga.
Kalau ada manusia yang dibenci kerana adab atau akhlaknya, sungguh itu adalah musibah. Kalau ada manusia yang dibenci kerana kebenaran, itu adalah anugerah.
Kita boleh contohi generasi pertama yang selalu memperhatikan adab/akhlak berbanding ilmu. Mereka memahami bahawa tidak akan ada faedahnya jika adab/akhlak baik tidak menyertai kitab-kitab yang mereka pelajari.
Adab/akhlak sangat terkait dengan celaka atau selamatnya manusia di akhirat. Dalam ajaran Islam, adab/akhlak juga memiliki bahagian penting selayaknya satu sayap bagi seekor burung.
Oleh sebab itu, sejatinya kita perlu memiliki akhlak terlebih dahulu saat berinteraksi dengan manusia, barulah kita boleh meninggalkan jejak-jejak kebaikan di tengah manusia.
Perlahan tetapi pasti, kita terus memproses diri menuju ketakwaan. Tentunya dengan niat dan cara yang Islam ajarkan, niat semata kerana-Nya, dan caranya sesuai syarak.
Kita perlu melakukannya secara konsisten dan memenuhi waktu hidup kita dengan berbagai perkara kebaikan, seperti beramar makruf nahi mungkar, berdakwah bersama jemaah Islam, bersedekah, menolong saudara atau keluarga yang memerlukan pertolongan, menahan diri untuk mengucapkan kata-kata kasar dan menyakiti saudara sesama muslim, menutup aib saudara sesama muslim, dan lain-lain.
Kita tentu berharap setiap kebaikan yang kita lakukan dapat meninggalkan jejak-jejak kebaikan dan manfaat untuk banyak orang sebagai bekal menghadapi kehidupan setelah kematian. Keutamaan meninggalkan jejak kebaikan itu sangat besar. Seseorang tidak akan diingat saat menutup mata selain jejak kebaikannya.
Agama Islam pertama kali diterima oleh sebahagian Sahabat di Kota Madinah kerana Rasulullah saw. berjaya menempa jejak kebaikan di hati para Sahabat. Saat para Sahabat sudah jatuh cinta dengan kebaikan akhlak Rasul, mereka menerima apa pun yang beliau sampaikan dan segala konsekuensi ketika mengikuti beliau.
Kita patut khuatir, jika selama ini kita rajin mengikut majlis taklim atau berada dalam jemaah Islam ternyata malah meninggalkan jejak keburukan pada orang lain. Sehingga orang lari dari kebenaran salah satunya kerana kecewa saat seseorang tidak memiliki akhlak baik.
Dengan demikian, setiap muslim yang telah memahami hukum syarak yang berada dalam barisan jemaah dakwah Islam, semestinya menjadi contoh baik di tengah masyarakat.
Ini kerana ia memahami dengan baik sabda Rasulullah saw., “Sebaik-baik kalian adalah yang diharapkan kebaikannya dan dirasakan aman dari keburukannya. Dan seburuk-buruk kalian adalah yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak dirasakan aman dari keburukannya.” (HR At-Tirmidzi)
Masyarakat pun akan senang menyambut seruan dakwah dari para pejuang Islam jika benar-benar mencerminkan adab/akhlak sebagai buah dari ketaatannya pada hukum syarak.
Walhasil, ketika seorang pejuang Islam wafat, dia akan banyak meninggalkan jejak kebaikan di tengah masyarakat dan menjadi pemberat amal solehnya di akhirat kelak.
Semoga kita menjadi salah satu bahagian dari orang-orang yang senang melakukan kebaikan, serta mampu meninggalkan jejak kebaikan setelah kematian. Amin. Wallahualam.
Sumber:https://muslimahnews.net/2022/07/19/8958/