Penulis: Ahmad Mahmud
Kita berhenti sejenak di hadapan salah satu hukum yang penting yang masih terkait dengan metod dakwah, yakni mencari pertolongan/perlindungan (thalab an-nushrah). Kita mesti mengkaji kembali masalah ini dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
Dari pengkajian tersebut, kita kemudian dapat membuat kesimpulan tentang apa yang mesti kita lakukan, khususnya bagi siapa saja yang sedang beraktiviti untuk menegakkan Daulah Islamiyah, tetapi memandang sebelah mata terhadap urgensi dari thalab an-nushrah ini. Hal ini kerana, tidak jarang, upaya mencari pertolongan/perlindungan ini dipandang seolah-olah merupakan perkara cabang yang tidak layak untuk dipertimbangkan, atau seolah-olah sanadnya dha’if sehingga tidak perlu diambil dan diamalkan.
Banyak pihak yang tidak mahu walaupun sekadar memikirkannya. Sebaliknya, mereka berupaya mendiskreditkan hukum tentang masalah ini dan menyerang siapa saja yang melakukannya. Padahal, seluruh sirah yang ada menyebutkan hukum tentang masalah ini, betapa pun ada beberapa perbezaan kecil yang tidak dibahas secara rinci. Hal ini kerana, para penulis sirah tidak berhubungan langsung dengan salah satu jemaah atau gerakan yang ada pada saat ini.
Namun demikian, mereka telah menyebutkan masalah ini. Al-Quran sendiri telah menyebut orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan menolong (TMQ Al-Anfal: 72) serta menyebut mereka sebagai kaum Anshar (TMQ At-Taubah: 100-117). Ini tentu saja merupakan sifat yang mengandungi pujian yang dimaksudkan untuk menonjolkan apa yang telah mereka lakukan (yakni memberikan pertolongan-pen).
Siapa pun yang mencermati sirah Rasulullah saw. akan mendapati bahawa beliau telah berupaya mencari pertolongan dari kalangan elit/tokoh Arab yang memang memiliki kekuatan (kuasa). Meskipun beliau sering mendapatkan penolakan yang sangat buruk yang ditimpakan kepada dirinya oleh kabilah demi kabilah yang ada, beliau tetap mencari pertolongan secara terus-menerus tanpa pernah berputus asa.
Ibnu Sa’ad, di dalam Thabaqat-nya, telah menyebutkan bahawa tidak kurang dari 15 kabilah dan para pengikutnya yang pernah didatangi oleh Rasulullah saw.. Kenyataan ini, jika memang mempunyai suatu isyarat, menunjukkan secara jelas pada adanya kenyataan bahawa mencari pertolongan merupakan salah satu perintah dari Allah kepada Nabi Muhammad yang mesti beliau lakukan.
Al-Quran acapkali menyebut orang-orang yang menyambut baik permintaan tolong Rasul sebagai kaum Anshar. Ini merupakan dalil lain yang memperkuat kenyataan adanya aktiviti mencari pertolongan. Al-Quran bahkan memuji mereka di banyak tempat dan menerima taubat mereka. Kedudukan mereka, secara langsung, ditempatkan setelah kaum Muhajirin.
Berbagai ungkapan yang di dalamnya mengandungi makna mencari pertolongan menunjukkan bahawa aktiviti ini merupakan bahagian dari hukum syariat. Rasulullah saw., misalnya, pernah bersabda (yang ertinya), “Wahai Bani Fulan, sesungguhnya aku adalah Rasulullah yang diutus kepada kalian. Dia memerintah kalian agar kalian hanya menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun….; juga agar kalian beriman padaku, membenarkanku, dan melindungiku hingga aku menjelaskan apa saja yang aku bawa dari Allah ketika Dia mengutusku.” (Sirah Ibnu Hisyam)
Di dalam sabda Rasulullah saw. ini jelas terkandung makna bahawa upaya mencari pertolongan/perlindungan merupakan bahagian dari perintah Allah dan Rasul-Nya sehingga merupakan bahagian dari hukum syarak. Bagi merealisasikan upaya ini, diperlukan beberapa strategi (uslub) yang relevan. Bukan sebaliknya, menjadikan upaya mencari pertolongan sekadar sebagai salah satu strategi (uslub) saja.
Seterusnya, beberapa dialog dan diskusi yang berlangsung antara Rasulullah dan pihak yang dimintai pertolongan, juga antara beliau dengan beberapa orang yang membaiatnya pada Baiat Aqabah Kedua, secara jelas, menunjukkan bahawa Rasulullah saw. melakukan aktiviti ini. Tujuannya adalah dalam rangka mengantarkan pada upaya menegakkan agama ini; sekaligus menegakkan institusi yang akan menjaga, menerapkan, dan menyebarluaskannya. Oleh kerana itu, bagaimana mungkin kita menyampingkan hukum tentang kewajipan adanya upaya mencari pertolongan (thalab an-nushrah), sementara kekuasaan yang mungkin diraih melalui metod ini boleh mendorong transformasi dakwah dan perpindahan ke fasa tegaknya institusi negara yang mampu menerapkan Islam sekaligus menyebarluaskannya?
Orang-orang kafir sendiri begitu memahami bahawa di sebalik aktiviti mencari pertolongan, ada proses pembaiatan dan kemenangan bagi agama Islam. Seorang utusan Bani Amir bin Sha’sha’ah, misalnya, memahami bahawa upaya mencari pertolongan yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya sangat berkaitan dengan masalah kekuasaan.
Orang-orang kafir Mekah bahkan murka ketika mengetahui adanya proses pembaiatan yang dikenali dengan Baiat Aqabah Kedua. Mereka mengatakan, “Wahai orang-orang Khazraj, telah sampai berita kepada kami bahawa kalian telah mendatangi kawan kami, lalu kalian mengeluarkannya dari lingkungan kami, dan sekaligus membaiatnya dalam rangka memerangi kami.”
Pada saat terjadi Baiat Aqabah Kedua, Barra berkata, “Oleh kerana itu, terimalah baiat kami, ya Rasulullah. Kami, demi Allah, adalah orang-orang yang biasa berperang dan pakar menggunakan senjata; kami mewarisinya dari para ahlinya.”
Abu al-Haytsam bin at-Tihan kemudian menyela, “Ya Rasulullah, sesungguhnya di antara kami dan orang-orang Yahudi ada perjanjian, tetapi kami akan memutuskannya. Lalu, apakah nanti, setelah kami memutuskan perjanjian itu, dan kemudian Allah memenangkan Anda, Anda akan kembali kepada kaum Anda sembari membiarkan Kami?”
‘Abbas bin ‘Ubadah juga berkata, “Jika Anda menghendaki, kami boleh saja memerangi penduduk Mina esok hari dengan senjata kami.”
Sementara itu, menanggapi Abu al-Haytsam, Rasulullah saw. berkata, “Bahkan, darah dibalas dengan darah, dan penghancuran dengan penghancuran. Aku akan memerangi siapa saja yang memerangi kalian; aku pun akan menyelamatkan siapa saja yang memberikan keselamatan kepada kalian.”
‘Aisyah sendiri bertutur mengenai Rasulullah, bahawa jiwa beliau merasa bahagia kerana Allah telah menjadikan bagi dirinya pelindung.
Demikian pula yang dikatakan oleh Ibnu Hisyam mengenai Rasulullah saw. dalam kaitannya dengan upaya mencari pertolongan. Dia berkata, “Manakala Allah Swt. berkehendak untuk memuliakan nabi-Nya dan menolong agama-Nya, Allah memberinya pertolongan melalui tangan orang-orang Anshar.”
Semua penjelasan di atas memberikan bukti yang sangat jelas mengenai betapa pentingnya hukum di seputar upaya mencari pertolongan. Penjelasan di atas juga sekaligus menafikan pengertian lain yang menunjukkan bahawa orang yang telah diseru untuk masuk Islam kemudian menyambutnya boleh dikatakan telah menolong agama Islam. Alasannya, di sana ada berbagai ungkapan seperti baiat; memenangkan agama; pertolongan; perang memerangi orang-orang; memerangi mereka dengan pedang-pedang kami; kami akan memutuskan secara sepenuhnya hubungan dengan orang-orang Arab; mereka akan melindunginya sebagaimana mereka melindungi isteri-isteri, anak-anak, dan keluarga mereka.
Semua ungkapan tersebut telah menjadikan pemahaman di seputar upaya mencari pertolongan sebagai model aktiviti yang juga dituntut oleh Rasulullah saw.. Maksud dari upaya ini adalah mencari perlindungan, meskipun dengan menggunakan kekuatan dalam rangka menyampaikan risalah agama Islam, juga menuntut upaya penegakan institusi negara yang akan menjaga dan mendakwahkan Islam serta menerapkan semua hukum-hukumnya, sekaligus menyebarluaskan risalahnya ke seluruh dunia.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam