Penulis: Ahmad Mahmud
Persoalannya sekarang adalah, “Apakah setiap tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ataupun yang dikatakan oleh beliau sepanjang perjalanan dakwahnya di Mekah dipandang sebagai wahyu dari Allah Swt. kepada diri beliau sehingga wajib untuk diikuti? Ataukah di sana ada beberapa tindakan atau ucapan yang bukan wahyu sehingga tidak termasuk ke dalam wilayah yang wajib diteladani?”
Jawapan atas pertanyaan tersebut membawa kita pada pembahasan tentang metod (thariqah), strategi (uslub), dan sarana (wasilah) dakwah.
Persoalan lain yang timbul adalah, “Adakah benar bahawa hukum tentang metod dakwah—yang merupakan kumpulan hukum-hukum syariat, bukan kumpulan strategi dakwah—perlu tunduk pada eksperimen atau percubaan kerana setelah eksperimen atau percubaan akan dihasilkan suatu jeda waktu yang kita nilai layak; jika tidak, bererti keliru?”
Kami berpendapat bahawa Allah Swt. telah menuntut kaum muslim untuk mengikuti sekaligus meneladani Rasulullah ﷺ dalam seluruh ucapan dan tindakannya.
Allah Swt. berfirman,
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3 إِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى (4
“Apa yang diucapkannya tidaklah berasal dari hawa nafsunya; itu tidak lain wahyu Allah yang telah diturunkan kepadanya.” [TMQ An-Najm (53): 3-4]
وَمَاۤ اٰتٰٮكُمُ الرَّسُوۡلُ فَخُذُوْهُ وَمَا نَهٰٮكُمۡ عَنۡهُ فَانْتَهُوۡا ۚ
“Apa saja yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepada kalian, terimalah, dan apa saja yang dilarangnya atas kalian, tinggalkanlah.” [TMQ Al-Hasyr (59): 7]
Lafaz “ma” (apa saja) pada ayat di atas adalah umum. Oleh kerana itu, tidak ada sesuatu pun yang disampaikan kepada kita oleh Rasulullah ﷺ yang boleh keluar dari wilayah yang wajib diikuti dan diteladani melainkan wajib ada dalil syariat yang mengkhususkan keumumannya.
Di antara sebahagian dalil yang mengecualikan kewajipan untuk mengikuti sebahagian ucapan dan tindakan Rasulullah ﷺ adalah sebagai berikut:
- Hadis Rasulullah ﷺ yang menyatakan,
أنتم أعلم بأمر دنيا كم
“Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” (HR Muslim)
Urusan dunia dalam hal ini adalah seperti pertanian, industri, berbagai inovasi dalam teknologi, kajian perubatan, terkait teknik, dan lain-lain. Semua ini tidak termasuk ke dalam wilayah wahyu.
Melalui sabdanya di atas, Rasulullah ﷺ telah memberikan petunjuk kepada kita bahawa di dalam berbagai urusan seperti ini beliau adalah seorang manusia biasa sebagaimana yang lainnya, dan tidak ada bezanya dari aspek kemanusiaannya. Demikianlah sebagaimana beliau menyatakan hal ini berkaitan dengan peristiwa penyerbukan pohon kurma.
- Adanya beberapa perbuatan yang memang merupakan kekhususan bagi beliau ﷺ sehingga apa pun tidak diperkenankan untuk melakukannya. Di antara perkara yang khusus berlaku bagi beliau adalah seperti kewajipan menunaikan Solat Duha, kebolehan melakukan puasa wisal, dan kebolehan untuk menikahi wanita lebih dari empat orang. Beberapa perkara seperti ini dikhususkan bagi Rasulullah ﷺ sehingga tidak boleh ada upaya untuk mengikuti, apalagi meneladaninya.
- Adanya beberapa perbuatan yang secara umum dilakukan oleh manusia yang memang didasarkan pada watak dan tabiat kemanusiaannya (af’al jibliyyah). Contohnya adalah seperti berdiri, duduk, berjalan, makan, minum, dan lain-lain. Oleh kerana itu, dari perspektif kebolehan untuk melakukan perbuatan itu sendiri, tidak ada bezanya antara apa yang Rasulullah ﷺ lakukan dan yang umatnya lakukan.
- Adanya kenyataan bahawa tatkala Rasulullah ﷺ secara praktik memberlakukan hukum-hukum syariat, beliau mengambil beberapa hal yang bersifat teknikal yang berbeza-beza, juga menggunakan berbagai jenis sarana (wasilah) yang dianggap sesuai. Dengan demikian, syariat adalah hukum-hukum Allah yang wajib untuk diterapkan. Sebaliknya, cara atau teknik yang digunakan, termasuk menggunakan berbagai jenis sarana yang dipandang sesuai untuk menerapkan hukum-hukum syariat itu secara praktik, diserahkan kepada Rasulullah ﷺ selaku peribadi, yakni sebagai satu cara yang dipandang baik dan satu sarana yang tidak akan mengantarkan pada hal yang diharamkan.
Berkaitan dengan keempat poin di atas, dapat ditemukan beberapa contoh. Allah Swt. berfirman sebagai berikut,
فَاصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ
“Nyatakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu.” [TMQ Al-Hijr (15): 94]
Ayat di atas merupakan hukum syariat yang wajib untuk direalisasikan. Akan tetapi, dalam tataran praktikal, syariat tidak menentukan cara tertentu untuk merealisasikannya. Ertinya, Rasulullah ﷺ mesti menyatakan apa yang Allah perintahkan dalam rangka memenuhi perintah-Nya yang tidak boleh ditolak. Namun, berkaitan dengan cara merealisasikannya, Rasulullah ﷺ tidaklah terikat dengan cara tertentu sehingga jemaah dakwah pun tidak terikat dengan meneladani tindakan beliau menyangkut cara ini di dalam menegakkan Daulah Islamiyah.
Oleh kerananya, jika Rasulullah ﷺ pernah berhenti di Safa, menyeru sahabat untuk makan, atau keluar bersama-sama kaum muslim dengan membuat barisan dua saf sambil tawaf di sekitar Kaabah, semua hal yang bersifat teknik (uslub) tersebut terkait dengan implementasi hukum-hukum syariat.
Ertinya, semua itu hanya aktiviti cabang yang memang masih berkaitan dengan hukum asalnya, yakni menyatakan seruan dakwah secara terang-terangan. Hukum asalnya adalah mubah sehingga jemaah atau gerakan dakwah dibiarkan menentukan sendiri, kecuali apa yang memang telah ditentukan oleh syariat.
Contoh lain adalah firman Allah Swt.,
وَاَعِدُّوۡا لَهُمۡ مَّا اسۡتَطَعۡتُمۡ مِّنۡ قُوَّةٍ وَّمِنۡ رِّبَاطِ الۡخَـيۡلِ تُرۡهِبُوۡنَ بِهٖ عَدُوَّ اللّٰهِ وَعَدُوَّكُمۡ
“Persiapkanlah oleh kalian kekuatan apa saja yang kalian mampu dan kuda-kuda yang ditambatkan dalam rangka melakukan “irhab” terhadap musuh Allah dan musuh kalian.” [TMQ al-Anfal (8): 60]
Kata “a’iddu” merupakan syariat yang wajib dilaksanakan dan haram untuk diketepikan. Yang dituntut dari hukum tersebut adalah persiapan yang boleh merealisasikan tujuan, yakni menggentarkan (irhab). Sementara itu, sarana berupa penambatan kuda (ribath al-khayl) bukan merupakan kewajipan. Ertinya, setiap wasilah atau sarana yang boleh mengantarkan pada upaya menakuti musuh wajib untuk diadakan.
Sementara itu, berbagai sarana yang boleh digunakan untuk merealisasikan jihad sentiasa berkembang. Jadi, yang dituntut tentu saja adalah berbagai sarana yang mendukung terealisasinya hukum syariat tersebut, yakni terwujudnya irhab atas musuh.
Saat ini, berbagai sarana yang boleh digunakan untuk perang atau jihad dan melakukan irhab terhadap musuh-musuh Allah dan orang-orang munafik adalah seperti pesawat tempur, berbagai jenis senjata, dan lain-lain.
Atas dasar itu, yang termasuk syariat yang telah ditetapkan oleh Allah dan difirmankan secara langsung adalah hukum asalnya. Sementara itu, uslub-nya adalah hukum cabang yang terkait dengan upaya merealisasikan hukum asal. Hukum ini bersifat mubah dan kita dibiarkan untuk menentukannya.
Sedangkan wasilah/sarana adalah alat yang boleh digunakan untuk merealisasikan hukum syariat. Secara azali, hukum wasilah adalah mubah dan kita pun dibiarkan untuk menentukannya sendiri.
Dengan demikian, segala perkara yang bersumber dari Rasulullah ﷺ, baik yang dipraktikkan di Mekah atau Madinah, berkaitan dengan akidah atau sistem aturan, berkaitan dengan metod perjalanan dakwah ataupun penerapan hukum-hukum syariat, dipandang sebagai wahyu yang masuk ke dalam wilayah yang mesti diteladani, kecuali beberapa kekecualian yang telah disebutkan di atas dan yang semisalnya.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam