Penulis: Ustazah Rahmah
Kalendar Hijriah adalah kalender dalam Islam yang digagas oleh Khalifah Umar bin Khattab ra.. Perhitungan Tahun Hijriah dimulai dari hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekah ke Madinah pada 622 M.
Waktu itu, banyak usulan alternatif acuan awal penanggalan tahun Islam. Akhirnya disepakati usulan dari Ali bin Abi Talib ra., iaitu berdasarkan momentum hijrah Rasulullah ﷺ dari Mekah ke Yathrib (Madinah). Dalam satu tahun Hijriah ada 12 bulan dan nama bulan yang pertama dalam kalender Hijriah adalah Muharram . (Wikipedia).
Istilah “hijrah” diambil dari hijrah Rasulullah ﷺ dari Mekah ke Madinah untuk membentuk masyarakat Islam, iaitu yang menerapkan aturan Islam secara kaffah. Namun, selanjutnya, istilah “hijrah” ini berkembang pemakaiannya, seperti hari ini makna “hijrah” tidak lagi sesuai dengan makna hijrah Rasulullah ﷺ.
Sekarang, istilah “hijrah” hanya dimaknai sebagai perubahan dari hal-hal negatif berubah menjadi positif. Misalnya, fenomena hijrah makin marak, baik di kalangan artis, milenial, mahupun keluarga-keluarga muda. Ada yang hijrah secara individu, ada juga yang berkelompok atau komuniti.
Mereka hijrah dari suatu keadaan negatif menjadi positif; dari kemaksiatan menjadi hidup penuh dengan suasana keagamaan; dari hidup penuh hura-hura dalam dunia gemerlap dan tidak memperhatikan halal/haram yang penting happy, berubah menjadi selalu dalam tuntunan ajaran Islam. Sebahagian ada yang berhijrah dari tidak menutup aurat, menjadi bertudung, berjilbab, bahkan berpurdah. Ada juga yang mulanya masih bertransaksi ekonomi secara ribawi, berubah menjadi transaksi ekonomi yang halal.
Hijrah dari kemaksiatan berubah menjadi ketaatan atau bangkit melakukan perubahan merupakan suatu kenescayaan. Sebagai kaum muslim, dalam beraktiviti apa pun tentu ingin meneladani Nabi ﷺ terkait bagaimana perubahan perlu dilakukan, apakah cukup satu aspek saja atau perlu seluruh aspek kehidupan? Apakah perubahan cukup individu, komuniti atau perlu skala umat, atau seluruh umat Islam? Untuk mendapat jawapan bagi pertanyaan di atas, perhatikan pemaparan di bawah ini.
Perubahan Hakiki Skala Umat
Memang benar, individu dan kelompok komuniti hendaklah bangkit mengubah keadaan yang buruk menjadi baik. Namun, ini tidak cukup kerana masalah yang ada tidak hanya menimpa individu dan kelompok, tetapi sudah menimpa umat Islam.
Begitu juga masalah yang ada, tidak hanya satu aspek, melainkan berbagai aspek kehidupan umat Islam. Permasalahan besar dan utama itu adalah sebuah kehidupan yang jauh dari aturan Allah, jauh dari keberkahan hidup.
Allah Swt. berfirman dalam surah Ta-ha: 124, “Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
Menyikapi berbagai permasalahan hidup, umat Islam mestilah bangkit untuk mengubah keadaan. Namun, sebelum bergerak, umat hendaklah faham bahawa bangkit untuk mengubah keadaan adalah aktiviti ibadah.
Oleh sebab itu, perlulah memperhatikan tatacara melakukan perubahan sesuai Al-Quran dan Hadis. Dalam Kitab An-Nahdhah, kebangkitan umat Islam menurut istilah hadis adalah berubahnya umat Islam dari suatu keadaan menjadi keadaan yang terbaik (khairu ummah), (Hafidh Shalih, An-Nahdhah, Beirut: Daru al-Nahdlah al-Islamiyah, hlm. 13).
Dalam Al-Quran, kata “khairu ummah” terdapat dalam Surah Ali Imran: 110,
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, serta beriman kepada Allah.”
Ibnu Katsir menafsirkan surah Ali Imran: 110, “Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia kerana mengajak manusia keluar dari keyakinan-keyakinan yang salah dan mengajak memeluk Islam. ‘Khairu ummah’ juga bermakna khairunnas, iaitu yang memberi manfaat kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, serta beriman kepada Allah.”
Dari Dzarrah, Rasulullah ﷺ bersabda,
قام رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو على المنبر، فقال: يا رسول الله، أيّ الناس خير؟ فقال: “خَيْرُ النَّاسِ أقْرَؤهُمْ وأتقاهم للهِ، وآمَرُهُمْ بِالمعروفِ، وأنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَأَوْصَلُهُمْ لِلرَّحِمِ”
“Seorang lelaki menghadap Rasulullah yang sedang di atas mimbar, dia bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling baik?’ Beliau menjawab, ‘Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak mengajarkan (kebaikan) kepada manusia, yang paling bertakwa kepada Allah di antara manusia, menyuruh manusia kepada yang makruf, dan mencegah manusia dari yang mungkar dan menyambung tali silaturahmi.’.” (HR Ahmad dalam kitab Al-Musnad Juz VI, hlm. 432).
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa “khairunnas” adalah orang-orang yang berhijrah bersama Rasulullah ﷺ dari Mekah ke Madinah, dari Ibnu Abbas berkata,
{ كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ }
قال: هم الذين هاجروا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم من مكة إلى المدينة.
“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia.” Ibnu Abbas menjelaskan, “Mereka adalah orang-orang yang berhijrah bersama Rasulullah ﷺ dari Mekah ke Madinah.” (HR Ahmad, Nasa’i, dan Hakim. Imam Ahmad, Al-Musnad Juz I, hlm 319; An-Nasa’i, As-Sunan Al-Kubra, Hakim dalam Al-Mustadrak Juz II, hlm. 294. Hakim mengatakan hadis tersebut sahih berdasarkan syarat yang ditetapkan Muslim).
Adapun Imam Zamaksyari dalam Tafsir Al-Kasysyaf Juz I menafsirkan surah Ali Imran: 110, “Dalam ilmu Allah, kalian sebagai umat terbaik di antara umat sebelum kalian yang dilahirkan untuk manusia dengan sifat kalian menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Iaitu menjadikan iman kepada seluruh perkara yang diwajibkan beriman kepadanya, sebagai tuntutan beriman kepada Allah, kerana orang yang beriman kepada sebahagian dari Rasul, kitab, hari kebangkitan, hari perhitungan seksa, pahala, dll., maka tidak terhitung beriman kerana seakan-akan tidak beriman kepada Allah. Jadi, beriman mestilah kaffah, tidak boleh sebahagian.”
Firman Allah dalam surah An-Nisa’: 150—151,
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُواْ بَيۡنَ ٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَيَقُولُونَ نُؤۡمِنُ بِبَعۡضٖ وَنَكۡفُرُ بِبَعۡضٖ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُواْ بَيۡنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا ١٥٠ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ حَقّٗاۚ وَأَعۡتَدۡنَا لِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٗا مُّهِينٗا ١٥١
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan, ‘Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain),’ serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir). Merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu seksaan yang menghinakan.” (Imam Zamaksyari, Tafsir Al-Kasysyaf Juz I, hlm 311)
Hijrah Rasulullah ﷺ untuk Penerapan Islam Kaffah
Surah Al-Anfal: 72,
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلَّذِينَ ءَاوَواْ وَّنَصَرُوٓاْ أُوْلَٰٓئِكَ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain saling melindungi.”
Surah Al-Anfal: 72 berkaitan dengan hijrah, bahawa sebelum berhijrah, Rasulullah ﷺ berdakwah di Mekah. Awal dakwah di Mekah yang dilakukan Rasulullah ﷺ adalah membina masyarakat jahiliah Quraisy agar masuk Islam dan membentuk peribadi mereka sehingga menjadi kader-kader pejuang yang siap berjuang bersama Rasulullah ﷺ demi tatanan kehidupan baru sesuai ajaran Islam, iaitu diterapkannya syariat Islam kaffah. (Abu Muhammad bin Abdul Malik bin Hisyam, Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam Jilid I, Jakarta: Darul Falah, 2000).
Tempoh dakwah di Mekah ini dilakukan Rasulullah ﷺ secara sembunyi-sembunyi sehinggakan penentangan dari masyarakat belum seberapa. Setelah tempoh/fasa awal berhasil, pengikut Rasulullah ﷺ makin banyak dan terbentuklah kader-kader dakwah yang siap memikul tanggungjawab dakwah. Mereka siap mendakwahkan Islam, hingga masyarakat merasakan tidak memeluk Islam dan tidak diterapkannya Islam adalah sumber permasalahan utama.
Justeru, mulalah Rasulullah ﷺ menyampaikan agama Islam secara terang-terangan. Rasulullah ﷺ menyeru masyarakat Quraisy agar memeluk agama Islam. Beliau ﷺ mengumumkan bahawa beliau adalah Nabi yang diutus Allah. Rasulullah ﷺ bersama dengan para sahabat telah siap mengajak masyarakat kafir Quraisy untuk meninggalkan berhala-berhala dan meninggalkan kehidupan tercela yang lain.
Dari sinilah, Rasululullah ﷺ dan para sahabat mendapat penentangan, seksaan, dan serangan. Namun, hal ini tidak menjadikan semangat dakwah mengendur, bahkan makin giat mencari perlindungan dan pertolongan, serta mencari daerah baru yang kondusif untuk dakwah dan diterapkannya syariat Islam secara kaffah.
Berbagai usaha telah ditempuh, Rasulullah ﷺ tetap istiqamah di jalan dakwah sesuai tuntunan Allah. Akhirnya dakwah beliau membuahkan hasil, Kabilah Aus dan Khazraj di Madinah sedia memberikan perlindungan dan pertolongan terhadap dakwah.
Dua kabilah (negara pada masa itu) siap menyerahkan kekuasaannya kepada Rasulullah ﷺ dan kelompok dakwahnya. Kekuasaan inilah yang diperlukan untuk menerapkan syariat Islam kaffah di dalam negeri, serta menyebarluaskan Islam dengan jalan dakwah dan jihad ke luar negeri (keluar Daulah Islamiah di Madinah). (Prof. Dr. M. Rawwas Qol’ahji, Sirah Nabawiyah, Bangil Jatim: Al Izzah, 2004).
Sesampai di Madinah, sambutannya luar biasa. Orang-orang Madinah (orang-orang Ansar) siap menanggung biaya hidup beliau, menyediakan tempat tinggal dan melindungi, serta siap menyerahkan kekuasaan untuk diterapkan hukum Islam.
Inilah tujuan hijrah, iaitu untuk menolong agama Allah, Rasul-Nya, dan untuk menegakkan agama-Nya. (Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, surah Al-Anfal: 72).
Dalam Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, digambarkan betapa pengorbanan yang besar dilakukan oleh orang-orang Muhajirin dan Ansar, serta betapa indahnya persaudaraan keduanya. Mereka dipersaudarakan oleh Rasulullah ﷺ dua orang-dua orang bagaikan dua jari.
Golongan dari orang-orang yang beriman (Muhajirin) adalah mereka yang meninggalkan rumah-rumah dan harta benda mereka. Mereka berhijrah untuk menolong agama Allah, Rasul-Nya, dan untuk menegakkan agama-Nya. Mereka berkorban dengan harta benda dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka sampai kepada orang-orang Ansar, iaitu kaum muslim penduduk Madinah. Oleh kerana itu, mereka menolong saudara mereka, kaum Muhajirin, di rumah-rumah mereka dan bersama membelanjakan harta mereka.
Mereka menolong Allah dan Rasul-Nya, berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah, serta memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin). Mereka satu sama lain saling melindungi dan memiliki sehingga Rasulullah ﷺ mempersaudarakan mereka dua orang-dua orang.
“Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikit pun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Saat Allah menyebut orang-orang mukmin di dunia dan akhirat, maka Allah mengkhabarkan tentang orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar bahawa merekalah mukmin sejati. Sesungguhnya Allah akan membalas mereka dengan ampunan dan dihapuskannya dosa mereka, diberi rezeki yang mulia, iaitu halal, baik, dan banyak yang tidak terputus dan terhenti di dunia. Sedangkan iman dan amal soleh menyertai mereka di akhirat, di jannah-Nya.” (Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, surah Al-Anfal: 72)
Khatimah
Dengan demikian, boleh kita simpulkan bahawa menyikapi berbagai permasalahan dan keterpurukan umat Islam, umat tidak boleh diam, hendaklah mengubahnya dan membangkitkan umat pada skala keumatan, bukan sekadar skala individu atau kelompok.
Bangkit untuk mengubah keadaan adalah aktiviti ibadah. Oleh kerana itu, hendaklah sesuai dengan ajaran Islam, yakni sesuai dengan metod perubahan yang dicontohkan Rasulullah ﷺ, iaitu beliau mengubah masyarakat kufur menjadi masyarakat Islam.
Rasulullah ﷺ berdakwah di Mekah dan di Madinah. Setelah dakwah di Madinah berhasil, beliau bersama dengan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk menerapkan Islam secara kaffah. Demikian pemaparan hijrah yang Rasulullah ﷺ dan para sahabat lakukan dari Mekah ke Madinah.