INGAT UMUR!
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
MENGAPA banyak orang tetap gemar berbuat maksiat? Tetap tidak mahu taat? Tetap enggan untuk segera bertaubat kepada Allah SWT?
Salah satu jawapannya: kerana mereka sering lupa bahawa umur mereka setiap saat berkurang dan bakal habis.
Berkaitan dengan umur manusia, Rasulullah saw. bersabda:
*أعمار أمتي ما بين الستين إلى السبعين وأقلهم من تجاوز ذلك* (رواه ابن ماجه)
“Umur umatku rata-rata mencapai 60-70 tahun. Sangat sedikit dari mereka yang melangkaui umur tersebut.” (HR Ibnu Majah).
Kerana itulah, menurut Imam an-Nawawi, dulu penduduk Madinah, jika mereka sudah memasuki usia 40 tahun, mereka fokus untuk beribadah dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Banyak bertaubat dan makin giat memperbanyakkan bekal untuk kehidupan akhirat. Hal senada diungkapkan oleh Imam al-Qurthubi di dalam Al-Jaami’ Li Ahkaam al-Qur’aan, dengan menukil kenyataan Imam Malik bin Anas.
Alhasil, ayuh selalu mengingati umur kita. Apalagi yang sudah mendekati usia senja. Jangan sampai kita terus-menerus diperhambakan oleh dunia. Terus-menerus mengejar harta, jawatan dan kekuasaan. Apatah lagi untuk sebab itu, kita tidak mempedulikan halal dan haram.
Ingatlah senantiasa. Hidup tak akan lama. Jangan sampai kita terlena. Saat ajal tiba, tentu harta, jawatan dan kekuasaan tak akan kita bawa. Hanya amal-amal soleh yang akan menjadi sandaran kita, untuk menyelamatkan diri kita, dari dahsyatnya seksa neraka.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib