[Fokus & Analisis] Wanita Afghan Sentiasa dalam Sorotan Barat
Penulis: Arum Harjanti
“Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi warga Afghanistan, khususnya wanita dan anak perempuan, apabila harapan mereka musnah ketika Taliban mengambil alih negara ini satu tahun lalu.” Demikian petikan pernyataan Fawzia Koofi, aktivis dan politikus wanita Afghanistan yang juga bekas ahli parlimen dan Wakil Presiden Majlis Nasional Afghanistan, dalam diskusi di CSIS, Washington DC, 15/08/2022 lalu, mengenang kekuasaan Taliban selama setahun.[1]
Setahun sudah Taliban berkuasa di Afghanistan. Selama itu jugalah wanita Afghan menjadi sorotan dunia. Pengarah Eksekutif UN Women menyatakan bahawa sejak pengambilalihan Taliban atas Afghanistan setahun lampau, situasi wanita dan anak perempuan Afghanistan terus-menerus memburuk pada setiap aspek hak asasi mereka, dari standard hidup hingga status sosial dan politik.[2]
Apa sebenarnya yang berlaku terhadap wanita dan anak perempuan di Afghanistan? Mengapa Barat memberikan perhatian besar dan penilaian yang sangat buruk?
Sorotan atas Kebijakan Taliban terhadap Wanita
Pada 15/08/2022, Sima Bahous (Wakil Sekretaris Jeneral PBB dan Pengarah Eksekutif UN Women), menyatakan bahawa kebijakan ketidaksetaraan Taliban yang dibangun dengan cermat, telah membuatkan Afghanistan berbeza.
Menurutnya, Afghanistan adalah satu-satunya negara di dunia yang melarang anak-anak perempuan pergi ke sekolah menengah. Tidak ada wanita dalam kabinet Taliban, juga tidak ada kementerian wanita. Sebahagian besar wanita dilarang bekerja di luar rumah, diwajibkan untuk menutupi wajah mereka di kawasan umum, dan wajib mempunyai pendamping lelaki saat mereka keluar atau bermusafir. Selain itu, mereka terus menjadi sasaran berbagai bentuk keganasan berbasis gender. Kebijakan pemerintahan Taliban ini bahkan disebut sebagai tindakan sabotaj diri yang mengerikan bagi negara yang mengalami cabaran besar, termasuk dari bencana terkait iklim dan alam, hingga paparan terhadap hambatan ekonomi global yang saat ini terdapat seramai 25 juta orang Afghanistan berada dalam bahaya kemiskinan dan kelaparan.
Bahous juga menegaskan, tanpa penglibatan penuh wanita dan anak perempuan dalam semua aspek kehidupan umum, kecil kemungkinannya untuk mencapai perdamaian, stabiliti, dan pembangunan ekonomi yang tidak berkesudahan.[3]
UN Women mendapati bahawa Taliban tidak secara substansial mengubah pandangannya tentang hak-hak wanita dalam masa setahun pemerintahannya. Wanita dipinggirkan secara sistematik dari kehidupan umum dan akses politik serta diterhadkan penglibatan mereka dalam berbagai hal.
Anak perempuan Afghan mengalami nasib yang lebih buruk dibandingkan anak lelaki. Misalnya, anak perempuan dua kali ganda atau lebih yang tidur dalam keadaan lapar, lebih banyak yang tidak bersekolah, menunjukkan tanda-tanda depresi atau kemurungan, juga melalui pernikahan di awal usia. Wanita Afghan kehilangan hak untuk melakukan protes secara damai, pergerakan mereka juga dibatasi jika keluar tanpa ditemani wali lelaki (mahram).[4]
Sementara itu, pimpinan UN Population Fund (UNFPA), Dr. Natalia Kanem menyatakan bahawa dalam setahun ini, Afghanistan masih berada dalam krisis ekonomi dan kemanusiaan yang teruk.
UN Women bahkan menyatakan bahawa yang terjadi di Afghanistan adalah ‘alarm’ bagi dunia kerana menunjukkan betapa “kemajuan” puluhan tahun dalam kesetaraan gender dan hak-hak Wanita dapat dihapuskan dalam tempoh hanya beberapa bulan.[6]
UNICEF sendiri menyatakan bahawa pembatasan sekolah akan menyebabkan negara kehilangan 2.5% produk domestik bruto (PDB) tahunan. Sebaliknya, ekonomi Afghanistan akan memperoleh sekurangnya $5.4 bilion jika tiga juta anak perempuan menamatkan sesi persekolahan peringkat menengah dan terlibat dalam sektor ekonomi.[5]
Double Standard Barat
Hakikatnya, Taliban sudah menyatakan akan menjalankan pemerintahan berdasarkan Islam (sesuai tafsiran mereka). Namun, Barat mengecam “model pemerintahan” Taliban kerana dianggap tidak demokratik. Barat juga menuntut Taliban untuk menghormati hak-hak wanita sesuai kaca mata Barat, bahkan menjadikannya sebagai syarat pengakuan atas pemerintahan Taliban di Afghanistan. Wajar jika hingga saat ini, belum ada satu negara pun di dunia yang mengakui pemerintahan Taliban kerana dunia menggunakan tolok ukur Barat. Sayangnya, negeri-negeri muslim turut mengikut telunjuk Barat dalam menilai Afghanistan.
Tuntutan Barat dan kebijakan Taliban sudah pasti sangat bertentangan, dengan asas yang tidak sama, pasti terdapat perbezaan yang sangat mendasar yang tidak mungkin akan ada titik temu.
Dalam sebuah wawancara dengan Fox News Digital, ketika ditanya terkait hak-hak wanita dan berbagai isu lainnya, juru bicara Taliban Suhail Shaheen menyampaikan, “Kami adalah masyarakat yang berbeza, masyarakat Islam, jadi kami tidak boleh disamakan dengan masyarakat Eropah.” Dia melanjutkan, “Kami memerlukan waktu untuk membina segalanya, untuk menyelaraskan dengan hukum Islam kami, norma-norma masyarakat ini, dan kami berharap dengan berlalunya waktu untuk menyelesaikan semua masalah yang ada.”[7]
Oleh sebab itu, tuntutan agar Taliban mengikuti arahan Barat sebenarnya adalah bentuk intervensi Barat terhadap Taliban. Demikian halnya tuntutan Barat agar Taliban menerapkan kesetaraan gender sebagai kebijakan dalam mengatur wanita, juga merupakan bentuk pemaksaan.
Tindakan Barat ini sesungguhnya merupakan gambaran kebencian terhadap Islam (islamofobia). Padahal, PBB sudah melancarkan Hari Anti-Islamofobia pada 15/03/2022 lalu dan menyeru dunia untuk menghentikan islamofobia. Akan tetapi, faktanya, seruan tersebut tidak mendapat sambutan atau tidak serupa bikin. Hingga hari ini, kita masih menyaksikan secara nyata permusuhan terhadap Islam.
Di sisi lain, hak memilih model pengaturan rakyat—termasuk wanita—hakikatnya adalah hak negara masing-masing. Hal ini diakui dalam sistem demokrasi yang mengakui adanya perbezaan pendapat. Namun, nyatanya, hal itu tidak berlaku untuk Islam. Walhasil, kecaman terhadap Taliban yang mengatur wanita Afghan sesuai dengan Islam tidak lain hanyalah double standard Barat atas prinsipnya sendiri.
Demikian halnya terkait krisis ekonomi dan kemanusiaan di Afghanistan, Barat selalu menyalahkan Taliban. Pada faktanya, aset pemerintah Afghanistan yang berada di luar negeri bernilai bilion dolar AS, dibekukan setelah Taliban mengambil alih negara itu pada Ogos tahun lalu. Afghanistan juga didapati memiliki harta terpelihara (reserved) lebih dari 9 bilion dolar AS, termasuk lebih dari 7 bilion dolar AS yang disimpan di AS. Bakinya, sebahagian besar di Jerman, Uni Emirat Arab, dan Swiss.[8]
Wajah Sebenar Kapitalisme
Ini jelas satu bentuk kezaliman. Kezaliman dunia makin nyata ketika dunia seakan “membiarkan” kemiskinan hingga krisis makanan menimpa jutaan rakyat Afghanistan, termasuk wanita dan anak-anak. Memang benar, Bank Dunia telah menyalurkan bantuan dana melalui organisasi internasional. Namun, bantuan tersebut tidaklah memadai untuk menyelesaikan krisis yang makin parah di Afghanistan. Inilah wajah keprihatinan yang terselit kepentingan politik. Sangat khuatir menyaksikan wajah dunia yang terbelah, sebahagiannya menikmati kemewahan berlebihan, di sisi lain, rakyat Afghanistan—juga di beberapa belahan dunia lain—mengalami krisis makanan berpanjangan. Sehingga ada yang terpaksa menjual organ, menjual anak, bahkan menjual dirinya. Beginilah wajah sebenar peradaban kapitalisme yang menjadikan manfaat sebagai tujuan sehingga rasa kemanusiaan pun terkoyak.
Serangan terhadap Syariat Islam
Kecaman terhadap aturan Taliban atas warga negara wanitanya (berupa mengenakan burka, adanya mahram yang menemani wanita saat dalam perjalanan, pemisahan lelaki dan wanita di sarana pendidikan, hingga aturan wanita berada di rumah) sebenarnya adalah bentuk serangan Barat terhadap syariat Islam.
Semua aturan yang diterapkan Taliban terhadap wanita Afghan yang disebut sebagai ‘dalam batas-batas Islam’ jelas dianggap Barat sebagai aturan yang mendiskriminasikan wanita. Barat menilai Taliban radikal kerana kebijakannya bertentangan dengan Islam moderat yang dikempenkan Barat. RAND Corporation telah mencadangkan untuk membangun jaringan Islam moderat untuk memerangi radikalisme Islam. Kesetaraan gender juga ditetapkan sebagai salah satu ciri untuk membangun muslim moderat. RAND Corporation menilai wanita adalah pihak yang paling dipinggirkan oleh fundamentalis Islam dan pihak yang paling rugi dalam penerapan syariat Islam yang kaku di berbagai tempat di dunia Islam. Oleh sebab itu, promosi kesetaraan gender merupakan komponen penting untuk membentuk muslim moderat di setiap tempat, termasuk di Afghanistan. Lebih-lebih lagi ianya diyakini terdapat hubungkait yang jelas antara status dan keterlibatan wanita, dengan kedudukan demokrasi dan kestabilan politik dalam sesebuah masyarakat.[9]
Inilah alasan Barat yang sentiasa menyorot wanita Afghan di bawah pemerintahan Taliban. Barat tidak akan pernah berhenti menilai buruk atas semua kebijakan Taliban yang berdasarkan Islam, hingga Taliban tunduk pada tuntutan Barat.
Kemuliaan Wanita Hanya dalam Naungan Khilafah
Sungguh, serangan Barat tidak akan berkesudahan terhadap Taliban. Barat akan terus menyerang kaum muslim di belahan bumi mana pun yang ingin menerapkan Islam sebagai sebuah sistem kehidupan. Allah Taala juga sudah mengingatkan dalam surah Al-Baqarah ayat 120 bahawa musuh Islam akan sentiasa berusaha untuk mengalahkan Islam hingga kaum muslim menerapkan peradaban Barat dan meninggalkan Islam.
Dengan demikian, kaum muslim hendaklah berjuang agar Khilafah tegak di seluruh muka bumi ini, bukan hanya di wilayah tertentu sebagaimana dilakukan Taliban dengan bentuk Imarah Islam Afghanistan (Islamic Emirate of Afghanistan). Hanya Khilafah yang akan menjadi perisai kaum muslim dalam menjalankan semua aturan Allah secara kaffah dengan aman dan nyaman. Sungguh, Islam memiliki aturan yang memuliakan dan melindungi wanita. Jaminan perlindungan Islam terhadap wanita telah diakui oleh banyak sejarawan Barat. Lothrop Stoddard, seorang sejarawan, wartawan, dan ilmuwan politik AS, dalam buku The New World of Islam (2008) menjelaskan bahawa Islam datang dengan ajaran yang memberi perlindungan terhadap wanita dan seluruh umat di dunia.
William Durrant, sejarawan AS, penulis The Story of Civilization, bahkan menuliskan, “Islam mengangkat kedudukan wanita di dunia Arab; membanteras budaya jahiliah membunuh anak perempuan; menyetarakan antara lelaki dan wanita dalam perkara hukum dan kepemilikan harta; memberikan kebebasan bagi wanita untuk melakukan segala pekerjaan yang halal, menjaga harta miliknya, berhak mendapatkan harta warisan, dan memanfaatkan hartanya sesuai keinginannya; memberantas kebiasaan Arab pada masa jahiliah yang mewariskan perempuan dari ayah kepada anak sebagaimana harta; memberi bahagian untuk wanita dalam harta warisan separuh dari bahagian lelaki; dan melarang menikahkannya tanpa kehendaknya.”
Jelaslah, penerapan Islam kaffah akan menjamin terpenuhinya hak-hak wanita, jaminan yang tidak mungkin diberikan oleh peradaban Barat yang justeru mengeksploitasi wanita atas nama kesetaraan gender.
Hanya Khilafah yang layak menjadi harapan semua wanita, baik di Afghanistan mahupun negeri muslim lainnya. Wallahualam bissawab.
[4] https://www.globalcitizen.org/en/content/afghanistan-womens-rights-1-year-taliban-rule/
[5] https://news.un.org/en/story/2022/08/1124662
[6] https://twitter.com/UN_Women/status/
[9] Building Moderate Muslim Network, RAND Corporation, 2007
#wanita #afghanistan #islamofobia #khilafahpenjaminwanita #khilafahPelindungWanita