Kejayaan Sebenar Pemuda Terletak Pada Keredhaan Allah Dan Pengorbanannya Kepada Umat
Penulis: Prof. Ruwal Ibrahim
Ketika pemuda mencapai sesuatu kejayaan, mereka bersorak gembira dengan meninggikan suara (adat orang Arab menyatakan kegembiraan, peny.), memukul gendang, dan kanak-kanak menyanyi untuk menunjukkan kegembiraan atas kejayaan itu.
Walau bagaimanapun, apabila kejayaan itu berkaitan dengan Peperiksaan Tawjihi (Peperiksaan Sijil Pendidikan Menengah Awam di Jordan dan Palestin, peny.), penduduk-sama ada yang sedang tidur ataupun yang terjaga-akan mengalami nasib malang dengan bingitnya bunyi gemuruh letupan bunga api yang menakutkan.
Gema letupan dan asap memenuhi siling rumah mereka yang berjaya melepasi peperiksaan pada siang hari, serta bunyi gemuruh dan kilatan cahaya pada malam harinya. Ditambah pula kos yang dibazirkan untuk harga mercun atau peluru yang kadangkala mercun dan peluru itu bahkan terkena pada orang yang menyalakannya atau orang lain yang mengalami kemalangan serius sehingga dapat menghilangkan beberapa anggota badan dan menyebabkan kebakaran di beberapa kawasan perumahan.
Daripada situ, dapat dianggarkan bahawa akibat kerugian dari semua itu sudah tentu sangat besar.
Tradisi yang rosak ini muncul dan berkembang daripada idea “menembak peluru ke udara” pada saat-saat gembira atau sebaliknya. Semua kemalangan maut yang mengiringi tradisi ini mengubah neraca peristiwa, daripada gembira kepada malapetaka, yang akhirnya mendorong banyak negara untuk meluluskan undang-undang yang melarang keras perbuatan ini dan menghukum sesiapa yang melakukannya jika mereka tidak mempunyai perlindungan undang-undang.
Orang yang berfikir dengan teliti akan mendapati sumber kebiasaan ini datang daripada pelaku yang tidak dapat mengawal keinginan mereka untuk menyatakan kegembiraan apabila mereka berjaya.
Semua itu tidak menjadi masalah jika masih dalam batas syariat dan tidak keterlaluan sehingga memudaratkan orang lain. Mereka juga memerhatikan bahawa hilangnya kefahaman tentang kegembiraan sebenar di sisi umat Islam hari ini adalah disebabkan oleh hilangnya negara Islam yang menerangkan kepada umat tentang kegembiraan, puncanya, dan jenisnya.
Allah SWT telah mencipta alam semesta, manusia, kehidupan, serta semua galaksi yang dianggarkan berjumlah berjuta-juta, iaitu setiap galaksi adalah ruang yang sangat besar yang di dalamnya terdapat pelbagai bintang, planet, bulan, komet, dan benda angkasa yang lain. Tiada siapa yang tahu bilangannya melainkan Allah. Galaksi mempunyai bentuk dan jenis yang berbeza, masing-masing beroperasi mengikut sistem ketepatan yang mengawalnya tanpa sisihan sedikit pun.
Manusia adalah punca masalah dalam kehidupan. Masalahnya pelbagai, banyak, dan sentiasa ada sesuatu yang baru. Antaranya ialah masalah pemikiran dan perasaan; atau masalah yang berkaitan dengan perbuatan, wasilah, atau perkara.
Allah menciptakan manusia dengan potensi kehidupan dalam bentuk keperluan fizikal dan naluri yang mempengaruhi tindakan seseorang, juga menjadikan kedua-duanya (keperluan fizikal dan naluri) mempunyai ciri-ciri dalam bentuk perasaan.
Apabila manusia menyedari bahawa dia adalah punca masalah dalam kehidupan, adalah penting baginya untuk mengetahui fakta tentang dirinya supaya dia memahami perkara yang boleh membawa kegembiraan kepadanya.
Kebahagiaan datang dalam erti kata kegembiraan dan keseronokan, berlawanan dengan kesengsaraan. Kegembiraan adalah naluri, ia wujud dalam diri manusia tanpa mengira agama, kepercayaan, dan pemikiran.
Kegembiraan apabila berjaya melepasi Peperiksaan Tawjihi; kegembiraan apabila memenangi pertandingan; kegembiraan menerima anugerah, hadiah, atau wang; kegembiraan menjadi bapa atau ibu; kegembiraan menduduki kedudukan yang tinggi, dan seumpamanya, adalah kegembiraan naluriah.
Kegembiraan yang berkaitan dengan pandangan hidup adalah seperti kegembiraan seorang muslim dalam melaksanakan ibadah, seperti solat fardhu, puasa, solat malam, zakat, dan sedekah; kegembiraan dengan tertegaknya Daulah Khilafah Rasyidah; kegembiraan umat Islam dengan penaklukan negara dan menjadikannya negara Islam; juga kegembiraan mujahid dengan syahid di jalan Allah.
Kebahagiaan atau kegembiraan menurut Islam dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT, “Katakanlah, dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”
Ibnu Kathir berkata, “Maksudnya, dengan petunjuk dan agama yang benar, hendaklah mereka bergembira dengan apa yang datang dari Allah kerana sesungguhnya ia adalah perkara yang paling utama bagi mereka untuk bergembira dengannya. ‘Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan’ bererti segala yang menjadi harta dunia dan yang ada di dalamnya berupa keindahan akan rosak dan pasti hilang.”
Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abi Hatim dalam mentafsirkan ayat ini, beliau menyebut bahawa daripada Baqiah, iaitu Ibnu al-Walid, daripada Safwan bin Amr, “Aku mendengar Ayfa’ bin Abd al-Kala’i berkata, ‘Apabila datangnya harta kharaj dari Iraq kepada Khalifah Umar RA, Khalifah keluar dengan seorang pembantunya. Kemudian Khalifah Umar menghitung-hitung ternakan dari hasil kharaj itu, dan beliau mendapati bilangannya jauh lebih banyak daripada yang beliau jangkakan. Maka Umar RA. berkata, ‘Segala puji bagi Allah.’ Sedangkan pembantunya berkata, ‘Demi Allah, ini adalah berkat kurnia dan rahmat Allah.’ Maka Khalifah Umar memotongnya, ‘Kamu berdusta. Ini bukan maksud firman-Nya, ‘Katakanlah, dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Ia lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.’ Semua harta ini berasal dari apa yang mereka kumpulkan.’”
Ibnu Taimiyah RA berkata, “Sesungguhnya darjat hati yang paling tinggi ialah kenikmatan yang sempurna terhadap apa sahaja yang datang dari Rasulullah SAW, dia bergembira dan bersuka cita atasnya. Sebagaimana firman Allah SWT, ‘Dan orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad).‘”
Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat gembira apabila mendengar kalimat-kalimat yang menunjukkan kesediaan menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah sungguh gembira atas pengorbanan dan dedikasi mereka kepada hal tersebut, iaitu ketika Nabi dan kaum Muslimin pergi ke medan Perang Badar; ketika kaum Ansar berjanji kepada Rasulullah SAW bahawa mereka akan melindungi Rasul di Madinah lebih daripada melindungi isteri dan anak-anak mereka; atau apabila mereka mendengar salah seorang pemimpin mereka, Miqdad bin Aswad mengucapkan perkataan yang mulia, “Kami tidak berkata kepadamu seperti Bani Israil yang berkata kepada Musa AS, ‘Pergilah bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Sesungguhnya kami duduk di sini hanya menunggu.’ Tetapi kami akan berperang di sebelah kanan dan kirimu, di hadapan dan di belakangmu. Seandainya kamu membawa kami menyeberangi laut, kami akan menyeberangi laut tersebut.” Ketika itu Rasulullah SAW bergembira dengan kegembiraan yang sebenarnya.
Pada suatu hari, Abu Bakar pergi ke Kaabah dan berkhutbah menyeru orang musyrik untuk mendengar Rasulullah SAW. Dalam seruan pertama, beliau mengajak mereka ke jalan Allah. Selepas beliau bercakap, orang-orang kafir terus menyerang dan memukulnya sehingga hampir membunuhnya. Apabila beliau tersedar, beliau bertanya dan memastikan keberadaan Rasulullah SAW. Apabila disampaikan kepadanya bahawa Rasulullah dalam keadaan baik, beliau sangat gembira.
Abdullah bin Umar bin Khattab RA berkata, “Tiada sesuatu yang lebih menggembirakan aku dalam Islam melainkan tidak ada sedikit pun al-ahwa’ (nafsu) yang masuk ke dalam hatiku.”
Ibnu Qayyim berkata dalam kitab Madarij As-Saalikin, “Aku pergi menemui seorang sahabat yang sedang memperoleh kegembiraan sehingga membuatnya menangis. Maka aku bertanya tentang hal itu (kegembiraan yang dirasainya). Dia menjawab, ‘Aku mengingat-ingat segala apa yang Allah kurniakan kepadaku dari segala ketetapan dan ilmu yang diberikan-Nya, menjauhi diriku dari menyamai suatu kaum dan peraturan-peraturan batil mereka, dan membenarkan menggunakan akal yang suci dan fitrah yang sihat untuk apa-apa yang dibawa oleh Rasul. Ini sangat menggembirakanku sehingga aku menangis kerananya.’”
Dari sini dapat dilihat bahawa perlu ada pemerhatian berulang-ulang tentang erti kegembiraan dan perlu diteliti kembali erti kebahagiaan yang sebenarnya, yang mana kebahagiaan itu sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh syarak, iaitu mampu meningkatkan keimanan dan tidak membawa kepada kegembiraan yang melampaui batas.
Sementara itu, pemuda kita kini sedang berjuang bersama umat menentang pembaratan dan serangan bertubi-tubi terhadap agama dan kemaslahatan umat. Wajib bagi mereka untuk memperbaiki kompas mereka ke arah keredhaan Allah dan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk membangkitkan sebaik-baik umat dari kemerosotan yang telah berpanjangan.
Mereka sebenarnya adalah tonggak dan elemen perubahan. Oleh itu, kurangkan senda gurau kamu, wahai para pemuda! Kerana sebenarnya, sudah tiba masanya untuk serius. Siapa lagi yang termasuk umat yang terbaik untuk umat kamu jika bukan diri kamu sendiri?
Wahai para pemuda, sesungguhnya orang-orang kafir Barat – dengan penuh kedengkian dan dengan segala kemampuan dan peralatan mereka – memerangi kamu dengan pelbagai jenis serangan, perang dingin dan panas. Mereka mahu memperlahankan lahirnya Khilafah Rasyidiyah yang pasti akan tegak dalam masa terdekat (dengan izin Allah), walaupun mereka tidak mampu menghalangnya.
Oleh itu, siapakah yang akan ada untuk dakwah dan Khilafah selain kamu? Tidakkah kerinduan kamu membara untuk merasai kegembiraan pada hari laungan takbir menjulang di atas bangunan Vatican? Bukankah kerinduanmu untuk menikmati rasa gembira bercampur dengan kemuliaan, kehormatan, dan keluhuran ketika kamu membebaskan Masjid Al-Aqsa dari kekejian Yahudi? Demi Allah, kamu lebih berhak mendapatnya dan kamulah orang-orangnya!
“Untuk (kemenangan) seperti ini, hendaklah beramal yang mampu beramal.” [TMQ As-Saffat (37): 61]
Wahai Pemuda, inilah masanya untuk umat bangkit, masanya untuk agama kamu berdiri, juga masanya untuk Khilafah Rasyidah kedua—mengikut metod kenabian—terlahir semula. Jadilah kamu orang yang memainkan peranan dalam mewujudkannya dan ambillah peluang yang bersejarah ini!
Sumber artikel: Media Muslim Timur Tengah
Diterjemah dari Surat Khabar Ar-Rayah edisi 403, terbit pada hari Rabu, 12 Muharram 1444 H/10 Ogos 2022 M