[Nafsiyah] Fitnah Harta dan Masyarakat yang Binasa
Penulis: Fika Komara
Nabi ﷺ bersabda, “Demi Allah, sebenarnya bukanlah kemiskinan yang aku takutkan akan membahayakan kalian. Akan tetapi, yang kutakutkan adalah apabila dunia telah dibentangkan pada kalian, sebagaimana telah dibentangkan pula bagi orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun akhirnya berlumba-lumba untuk meraih dunia sebagaimana orang-orang terdahulu berlumba untuk mendapatkannya. Akhirnya kalian pun akan binasa, sebagaimana mereka binasa.” (HR Bukhari dan Muslim)
Hadis ini memberi peringatan pada jiwa-jiwa kita yang merindu kemenangan Islam, bahawa harta boleh menjadi fitnah malah menjadi jalan kemusnahan bagi umat. Seorang ulama juga mengatakan ciri masyarakat yang hampir mati ialah masyarakat yang memberi tumpuan kepada keuntungan sesuatu benda dan kekayaan.
“Suatu masyarakat akan menghampiri dengan kematian, apabila pemikiran dan individu bergerak hanya menumpukan pada suatu paksi keuntungan sesuatu benda.” (Dr. Majid Irsan al Kilani, Pakar pendidikan dan sejarah Islam).
Wahai diri dan para daie, kehidupan umat jelas akan hancur dan hampir mati dengan kerosakan sosial yang bermaharajalela ketika kehidupannya tertumpu pada harta benda, berbangga dengan kekayaan dan pencapaian masing-masing, sama seperti kemusnahan masyarakat kapitalis yang mengidolakan keuntungan sesuatu benda sahaja.
Begitu juga kehidupan para daie, jika sudah terpesona dengan dunia, maka dakwah mereka mungkin terhenti dan konflik dalaman akan meletus, kerana sifat seorang daie dalam diri itu telah tergadai oleh fitnah harta. Na’udzubillah tsumma na’udzubillah.
#Nafsiyah #fitnahdunia #fitnah