CINTA NABI SAW.
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
Tidak terasa, begitu cepat masa berlalu. Kita telah pun memasuki bulan Rabiulawal. Bulan kelahiran Kekasih Allah SWT, Baginda Rasulullah Muhammad saw.
Sepantasnya pada bulan Rabiulawal ini kita lebih banyak bersalawat untuk baginda. Lebih-lebih lagi apabila Allah wst telah memerintahkan kita agar bersalawat kepada baginda Rasulullah saw. sebagaimana firman-Nya:
*إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا*
“Sungguh Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepada dirinya.” [TMQ al-Ahzab (33): 56]
Banyak bersalawat kepada Nabi Muhammad saw. sekaligus merupakan salah satu tanda kebaikan dari Allah SWT kepada kita. Demikian sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu al-Jauzi rahimahulLaah:
*عباد الله تعاهدوا الصلاة على حبيبنا محمد ﷺ لأن الله تعالى إذا أراد بعبده خيرا يسر لسانه للصلاة على محمد ﷺ* – (بستان الواعظين، 1/300)
“Duhai hamba-hamba Allah SWT, biasakanlah Anda sekalian bersalawat kepada kekasih kita, Nabi Muhammad saw. Hal ini kerana, jika Allah SWT menghendaki kebaikan pada diri hamba-Nya, Dia akan memudahkan lisan hamba-Nya itu untuk terbiasa bersalawat kepada Nabi Muhammad saw. (Ibnu al-Jauzi, Bustaan al-‘Aarifiin, 1/300).
Sebaliknya, orang yang jarang bersalawat kepada Nabi Muhammad saw., apatah lagi saat nama beliau disebut, dikategorikan sebagai orang yang bakhil. Demikian sebagaimana sabda beliau:
*البَخِيلُ كُلَّ البُخْلِ الَّذِي ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ*
“Orang yang benar-benar sangat bakhil adalah seseorang yang jika namaku disebut di sisinya, dia tidak bersalawat untukku.” (HR an-Nasa’i dan at-Tirmidzi).
Selain banyak bersalawat untuk baginda saw., selayaknya kita pun lebih meningkatkan lagi rasa cinta kita kepada baginda. Lebih-lebih lagi jika selama ini kita mendakwa kita mencintai Allah SWT dan al-Quran yang baginda bawa.
Berkaitan dengan hal itu Imam Ibnu Rajab rahimahulLaah berkata:
*من علامات حب الله: حب القرآن. ومن علامة حب القرآن: حب من أُنْزِل عليه القرآن؛ النبي ﷺ.* – (تفسير ابن رجب، ٤٣٨)
“Di antara tanda cinta kepada Allah SWT adalah mencintai al-Quran. Di antara tanda cinta pada al-Quran adalah mencintai manusia yang kepada dirinya al-Quran diturunkan, yakni Baginda Nabi Muhammad saw.” (Ibnu Rajab, Tafsiir Ibn Rajab, hlm. 348).
Sudah tentu cinta tidak cukup sekadar dengan pengakuan. Pengakuan cinta memerlukan bukti. Bukti bahawa kita mencintai Allah SWT, al-Quran dan Nabi Muhammad saw. adalah dengan selalu berusaha untuk takwa. Melaksanakan semua perintah Allah SWT, menjauhi semua larangan-Nya, mengamalkan semua isi Kitab-Nya (al-Quran) dan sentiasa meneladani Nabi (Muhammad saw.) dalam seluruh aspek kehidupannya.
Dengan semua itu semoga kita kelak di akhirat dimasukkan ke dalam syurga-Nya dan dijauhkan dari azab-Nya. Aamiin.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.
اللهُم صل و سلم و بارك على سيدنا و حبيبنا و نبينا محمد صلاة تغفر بها ذنوبنا وتفرج بها همومنا وتطهر بها قلوبنا وتستجاب بها دعواتنا.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَهلك الظَّالِمِيْنَ بِالظَّالِمِيْنَ وَأَخْرِجْنَا مِنْ بَيْنِهِمْ سَالِمِيْنَ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللهم اجعل لنا و للمسلمين نصيباً من الرحَمة و المَغفرة والفرج والرزق والهداية و النصرة والسعادة في الدنيا و الاخرة…آمين
#cintanabi #cintarasul #muslimtakwa