DALIL CINTA MAULID NABI SAW.
Oleh: Arief B. Iskandar
Sebahagian umat Islam memandang Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw. sebagai perkara bid’ah. Alasan mereka, Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw. telah menambah hari raya umat Islam yang hanya ada dua: Aidilfitri dan Aidiladha.
Membantah pendapat di atas, Al-‘Allamah Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasan rahimahullah menyatakan bahawa Maulid Nabi Muhammad saw. bukanlah hari raya. Maulid Nabi Muhammad saw. sesungguhnya jauh lebih agung dan lebih mulia daripada dua hari raya umat Islam, yakni Aidilfitri dan Aidiladha (Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Hawla al-Ihtifaal bi Dzikr al-Mawlid an-Nabawi asy-Syariifi, hlm. 10-11).
Hal ini kerana, kata beliau, “Andai tak ada kelahiran Nabi Muhammad saw., tentu tak akan pernah ada bi’tsah (pengutusan Muhammad saw. sebagai rasul kepada manusia); tidak akan turun al-Quran; tidak akan ada Peristiwa Israk Mikraj; tidak akan ada Hijrah: tidak akan ada kemenangan dalam Perang Badar; juga tak akan ada Penaklukan Kota Mekah. Sebab, semua itu berkaitan dengan kelahiran (maulid) Nabi Muhammad saw. Ertinya, Maulid Nabi Muhammad saw. adalah sumber segala kebaikan yang sangat besar.” (Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Hawla al-Ihtifaal bi Dzikr al-Mawlid an-Nabawi asy-Syariifi, hlm. 13).
Jika begitu, persoalannya: Adakah dalil yang membenarkan Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw.?
Terkait persoalan di atas, Al-‘Allamah Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasan rahimahullah mengemukakan beberapa dalil. Namun demikian, sebelum beliau memaparkan beberapa dalil tentang kebolehan Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw., beliau menyatakan 4 perkara. Tiga perkara di antaranya sbb:
أنا احتفل(بالمولد النبوي الشريف) لأني مسرور و فرح به صل الله عليه وسلم، و أنا مسرور و فرح به صل الله عليه وسلم لأني محب له صل الله عليه وسلم وأنا محب له صل الله عليه وسلم لأني مؤمن.
“Saya merayakan Maulid Nabi Muhammad saw. kerana saya gembira dan bahagia atas kelahiran beliau. Saya gembira dan bahagia atas kelahiran beliau kerana saya mencintai beliau. Saya mencintai beliau kerana saya seorang Mukmin” (Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Hawla al-Ihtifaal bi Dzikr al-Mawlid an-Nabawi asy-Syariifi, hlm. 13).
Beliau menambah:
أننا نعتنى بالاحتفال (بالمولد النبوي الشريف) الاجتماع لسماع سيرته والصلاة والسلام عليه وسماع المدائح التي تُقال في حقه، وإطعام الطعام وإدخال السرور على قلوب المحبين.
“Sesungguhnya yang saya maksud dengan Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw. adalah pertemuan besar kaum Muslim untuk mendengarkan Sirah (Perjalanan Hidup) Nabi Muhammad saw., mendengar ragam pujian kepada beliau yang memang layak untuk beliau; sekaligus (dalam pertemuan tersebut) ada jamuan makanan (untuk kaum Muslim) dan upaya untuk menggembirakan para pecinta beliau” (Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Hawla al-Ihtifaal bi Dzikr al-Mawlid an-Nabawi asy-Syariifi, hlm. 13-14).
Beliau juga menyatakan:
أن هذه الاجتماعات هي وسيلة كبرى للدعوة إلى الله ، وهي فرصة ذهبية لا تفوت ، بل يجب على الدعاة والعلماء أن يذّكروا الأمة بالنبي صلّىالله عليه وسلّم بأخلاقه وآدابه وأحواله وسيرته ومعاملته وعبادته…
“Sesungguhnya pertemuan-pertemuan seperti ini (dalam rangka Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw., pen.). adalah wasilah (sarana) yang sangat besar bagi dakwah (untuk mengajak umat manusia) kepada Allah SWT. Ini adalah kesempatan emas yang tak boleh dibiarkan luput begitu saja. Bahkan wajib bagi para da’i dan para ulama untuk senantiasa mengingatkan umat ini akan Baginda Nabi Muhammad saw.; terkait akhlak, adab dan perilaku beliau; juga perjalanan hidup (terutama perjuangan dakwah), muamalah dan ibadah beliau..”.(Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Hawla al-Ihtifaal bi Dzikr al-Mawlid an-Nabawi asy-Syariifi, hlm. 14-15).
Jika itu alasannya, pertanyaan berikutnya: Siapakah yang pertama kali merayakan Maulid Nabi Muhammad saw.? Jawapannya, masih menurut Al-‘Allamah Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahulLaah:
إن أول المحتفلين بالمولد هو صاحب المولد و هو النبي صل الله عليه و سلم كما جاء في حديث صحيح رواه مسلم: *لما سئل عن صيام يوم الإثنين، قال: ذاك يوم ولدت فيه.* فهذا أصح و أصرح نص في مشروعية الإحتفال بالمولد النبي الشريف.
“Sesungguhnya yang pertama kali mengadakan Perayaan Maulid adalah Pemilik Maulid itu sendiri, yakni Baginda Nabi Muhammad saw. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim: Saat Nabi Muhammad saw. ditanya tentang shaum setiap Hari Isnin, beliau menjawab, “Hal itu kerana Hari Isnin adalah hari yang di dalamnya aku dilahirkan.” (HR Muslim). Hadis ini adalah nas yang paling sahih dan paling jelas tentang pensyariatan kebolehan Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw. (Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasan, Hawla al-Ihtifaal bi Dzikr al-Mawlid an-Nabawi asy-Syariifi, hlm. 16).
Bagi menguatkan pendapatnya, Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani lalu menukil penjelasan Imam al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi rahimahullah sbb:
Saya melihat Imamul Qurra’, Al-Hafizh Syamsuddin al-Jazari, berkata dalam kitab beliau yang bertajuk, Urf at-Ta’riif bi al-Mawlid asy-Syariifi, dengan teks sebagai berikut:
Telah diperlihatkan Abu Lahab setelah meninggalnya di dalam mimpi. Dikatakan kepadanya, “Bagaimana keadaanmu?” Dia menjawab, “(Aku) ada di dalam neraka. Hanya saja, diringankan atas diriku siksaan setiap malam Isnin. Hal ini kerana aku memerdekakan Tsuwaibah ketika dia menyampaikan khabar gembira kepadaku tentang kelahiran Muhammad dan kerana dia telah menyusuinya.”
Jika Abu Lahab yang kafir ini–yang telah dicela oleh al-Quran ditetapkan sebagai ahli neraka–diringankan siksaannya dengan sebab kegembiraannya kerana kelahiran Nabi Muhammad saw., maka apatah lagi keadaan seorang Muslim dari kalangan umat beliau yang bertauhid, yang bergembira dengan kelahiran beliau dan mengerahkan seluruh kemampuannya dalam mencintai beliau?! Saya bersumpah, tidak ada balasan dari Allah Yang Maha Pemurah kecuali Dia akan memasukkan dirinya ke dalam syurga.” (Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Hawla al-Ihtifaal bi Dzikr al-Mawlid an-Nabawi asy-Syariifi, hlm. 18).
Alhasil, cukuplah dalil (bukti) cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad saw. menjadi alasan tentang kebolehan Perayaan Maulid Nabi Muhammad saw., sekaligus menjadi alasan mengapa kita bergembira dan berbahagia merayakan maulid (kelahiran) beliau.
WalLaahu a’lam bi ash-shawwaab._
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.
*صلوا على النبي:*
الَلَّهُِــمََ صٌَـــلَِّ وََِّسَـــلَّـِمَْ عٌَلَـَے َّسَيِِّـــدِِنِْا مَُحٌَمََّــدٍِ وَِعٌَلَـَےآلَِ َّسَيِِّــــدِِنِْا مَُحٌَمََّـــدٍِ واصحابه الَطَّيِِّّبِيِّــنِ الَطّّاهِرِيِّن عدد ماذكره الذاكرين وعدد ماغفل عنه الغافلين
اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تحسن بها الاخلاق وتيسر بها الارزاق وتدفع بها المشاق وتملؤ منها الآفاق وعلى آله وصحبه وسلم صلاة دائمة الى يوم التلاق واسترنا بين يديك يا عزيز يا خلاق.
آمين…
#maulidnabi #cintanabi