[Nafsiyah] Para Pengemban Dakwah Islam Ideologi Adalah ‘Uyunul Ummah (Mata Umat)
Penulis: Adi Victoria
Ideologi yang sekarang berkuasa di muka bumi ini ialah fahaman kapitalisme yang dilakukan oleh negara-negara Barat yang kafir. Ideologi yang rosak dan merosakkan kerana ia berasal dari buah fikiran manusia yang bersifat lemah, terbatas, dan serba kekurangan, sehingga penerapan fahaman kapitalisme menyebabkan kerosakan kepada seluruh umat manusia termasuk umat Islam.
Sedangkan dalam sebuah hadis menyebut, إسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Islam itu mulia/tinggi tidak ada agama yang lebih tinggi darinya.” (HR Bukhari)
Namun, hakikat yang kita lihat hari ini jelaslah umat Islam belum menjadi umat yang mulia. Umat Islam menjadi mangsa penerapan fahaman kapitalisme, tetapi ramai yang tidak sedar mereka telah menjadi mangsa, malah menjadi pelaksana setiap dasar fahaman kapitalisme.
Di sinilah peranan pengemban dakwah Islam yang berideologi menyedarkan umat supaya faham iaitu dengan membina kesedaran politik. Dengan kesedaran politik ini, maka umat ini akan bangkit. Kebangkitan umat ini akan menjadi loceng kematian Barat dan ideologi kapitalisnya.
Ini memerlukan kesungguhan dalam perjuangan. Alhamdulillah, kesungguhan dalam perjuangan ini telah dimulakan oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullah. Beliau telah membuat pelan induk dan peta jalan yang jelas untuk melaksanakan dakwah Islam ideologi.
Beliau telah menetapkan fikrah dan thariqah dakwah yang jelas. Apa yang diperjuangkannya dan bagaimana kaedah untuk memperjuangkannya, telah diterangkan dengan sangat jelas olehnya dalam kitab-kitab yang ditulisnya.
Oleh itu, sewajarnya kita sentiasa bersyukur sekiranya kita telah berada di atas jalan dakwah ini. Suatu kenikmatan dalam berdakwah.
Sesungguhnya para pengemban dakwah Islam adalah ideologi seperti عيون الأمة ‘uyunul ummah iaitu seperti mata umat. Melalui mereka, para pengemban dakwah Islam ideologi manusia dapat melihat dengan jelas, kemudian sedar dan memahami apa yang sebenarnya berlaku di muka bumi ini.
Semoga amal dakwah ini menjadi amal soleh sebagai penambah timbangan amal soleh kita kelak di hari kiamat. Amin.
#Nafsiyah #uyunulummah #dakwahislamkaffah