Al-Muhkam dan Al-Mutasyabih
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Allah SWT berfirman,
هُوَ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتٰبَ مِنْهُ اٰيٰتٌ مُّحْكَمٰتٌ هُنَّ اُمُّ الْكِتٰبِ وَاُخَرُ مُتَشٰبِهٰتٌ
“Dialah yang menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) yang di dalamnya ada yang muhkamat sebagai ummul kitab dan selebihnya sebagai mutasyabihat.” [TMQ Ali Imran (3): 7]
Ayat-ayat muhkam yang terdapat dalam al-Quran adalah satu atau lebih ayat yang pendengar tidak merasakan kesamaran dalam memaknai ayat tersebut dan tidak mengandungi pengertian kecuali satu pengertian sahaja. Sepertimana firman Allah, “Qul huwa allaahu ahad.” (QS Al-Ikhlas [112]: 1), dan contohnya, “Wa ahalla allaahu al bay’a wa harrama ar ribaa.”(QS Al-Baqarah [2]: 275)
Sedangkan, ayat al-mutasyabih adalah apabila seorang pendengar masih merasakan adanya kesamaran maknanya dan memiliki beberapa makna yang masih boleh untuk ditarjiih (dipilih) salah satu maknanya.
Al-Mutasyabih bukanlah ayat yang tidak boleh difahami maknanya. Ini kerana di dalam al-Quran tidak satu pun ayat yang tidak mempunyai makna, atau tidak boleh difahami maknanya. Ertinya, apa yang ada di dalam al-Quran keseluruhannya mempunyai makna dan membolehkan untuk difahami oleh manusia. Maha Suci Allah daripada menyeru manusia dengan apa-apa yang sulit bagi mereka untuk memahaminya.
Allah SWT berfirman,
هٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ
“Ini adalah penjelas (bayan) bagi manusia.” [QS Ali Imran (3): 138].
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam
#FikrulIslam
#Al-Quran
#al-Muhkam
#al-Mutasyabih
#MemahamiAyatalQuran
#PetunjukBagiManusia