[Nafsiyah] Mintalah Syurga Firdaus
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda,
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ
“Di syurga itu ada seratus tingkat. Allah menyediakannya untuk para mujahid di jalan Allah. Jarak antara keduanya seperti antara langit dan bumi. Oleh itu, jika kalian meminta kepada Allah, mintalah Firdaus, kerana sesungguh dia adalah syurga yang pertengahan dan tertinggi. Di atasnya terdapat Arsy Sang Maha Pengasih, dan daripadanya terdapat sumber sungai-sungai syurga.” (HR Bukhari 2790 & Ibnu Hibban 4611)
Dalam hadis lain dari Ubadah bin Shamit, Rasulullah ﷺ bersabda,
الْجَنَّةُ مِئَةُ دَرَجَةٍ ، مَا بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ مِنْهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ. الْفِرْدَوْسُ أَعْلاَهَا دَرَجَةً وَمِنْهَا تُفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ الأَرْبَعَةُ ، وَمِنْ فَوْقِهَا يَكُونُ الْعَرْشُ ، وَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ
“Syurga terdiri dari 100 tingkat, antara satu tingkat ke satu tingkat sejauh 100 tahun perjalanan. Firdaus adalah tingkat syurga yang paling tinggi. Darinya mengalir empat sungai syurga dan Firdaus berada di atas empat sungai tersebut. Di atas Firdaus terletak Arsy. Jika kalian meminta kepada Allah, mintalah Syurga Firdaus.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad juz 5 hal 321 no. 23118)
Siapa yang tidak mahu menjadi penghuni Syurga Firdaus? Syurga yang disifatkan sebagai yang tertinggi dan paling tengah di antara langit yang Allah ciptakan.
Keindahannya di luar akal fikiran kita. Beratap Arasy Allah Yang Maha Indah. Sesiapa yang dikehendaki-Nya, akan berpeluang untuk melihat wajah-Nya.
Di dalamnya juga terdapat hulu sungai-sungai syurga. Yang mengalir sebegitu mengairi taman-taman syurga, sekaligus menjadi keselesaan kepada penghuninya dengan pelbagai warna dan rasa.
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memotivasikan kita, supaya ketika kita berdoa jangan hanya meminta syurga. Tetapi baginda mendorong kita untuk bercita-cita dan cuba menjadi salah seorang penghuninya.
Ini bermakna, baginda berpesan kepada kita bahawa apabila kita beramal, jangan beramal sekadarnya atau merasa cukup dengan amal biasa.
Hal ini kerana Syurga Firdaus sememangnya tidak murah. Walaupun dengan amal jariah kita yang biasa, tidak ada jaminan untuk membawa kita ke syurga yang paling bawah.
Jadi, di samping berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan yang diredhai Allah, berusaha menjaga syariat dan ikhlas berjuang di jalanNya, kita juga terus berdoa agar Allah redha mengangkat darjat kita. Kerana hanya dengan keredhaan dan rahmatNya, pintu Syurga Firdaus akan dibukakan untuk kita. Semoga kelak kita akan menjadi penghuninya syurga Allah.
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/09/14/11384/
#Nafsiyah #doa #syurga #firdaus