Kisah Anas bin Malik dan Keteladanan Rasulullah SAW
Menurut Anas bin Malik yang sudah bertahun – tahun melayani Nabi Muhammad SAW, bahawasanya beliau tidak pernah mendapati terdapat kata-kata kesat yang keluar dari mulut majikannya. Bahkan, bermasam muka pun tidak pernah ditunjukkan jauh sekali memukulnya. Nabi Muhammad SAW melayan pembantunya, Anas dengan begitu lemah lembut.
Aishah menjadi saksi.
Menurut Aishah, Rasulullah SAW tidak pernah mengangkat tangannya (bagi tujuan kekerasan) kecuali berjihad di jalan Allah SWT. “Baginda juga tidak pernah memukul pembantunya dan perempuan,” menurut Aishah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.
Kisah sukacita pembantu Nabi Muhammad SAW pun diteruskan. Menurut Anas, ketika Anas tidak mampu melaksanakan kerja yang diarahkan kepadanya, Nabi Muhammad SAW memahami dan menerimanya. Abangnya pernah memarahi Anas dan diketahui oleh Nabi Muhammad SAW. Lalu, baginda akan segera membelanya. “Biarkan dia. Sekiranya dia mampu, sudah tentu akan dilaksanakannya” berkata suami kepada Khadijah RA seperti yang dipetik dari buku Manajemen Cinta sang Nabi karya Sopian Muhammad.
Menurut Anas, suatu hari, dia diminta untuk menyelesaikan sebuah urusan. Namun, dia melakukan kesilapan, malah Anas bermain-main bersama kanak-kanak di pasar. Tiba-tiba, majikannya yang mulia itu muncul dan memegang bajunya dari belakang. Kemudian, Anas melihat wajah baginda, bukan marah yang ditunjukkan, tetapi senyuman yang menghiasi bibirnya.
Dengan lembut baginda berkata, “Anas, pergilah ke tempat yang aku perintahkan.”. Selain Anas, Uqbah bin Amir Juhani (pembantu) yang lain juga merasakan sifat lemah-lembut anak lelaki Abdullah itu. Walaupun hanya pembantu bagi urusan rumah tangga, Rasulullah SAW tidak menginginkan Uqbah menderita.
Menurut Uqbah, dalam sebuah perjalanan, Rasulullah SAW meminta dirinya untuk berganti menunggang keldai yang dijadikan kenderaan. Ini kerana, baginda tidak ingin Uqbah keletihan berjalan kaki. Sopian Muhammad mengatakan, Rasulullah SAW bukan sekadar seorang majikan bagi pembantunya. Menurut Uqbah, baginda adalah suri teladan yang menjadi contoh ikutan oleh pembantu yang ikut dengannya.
Abu Hurairah mengatakan, tidak seorang pun solatnya mirip seperti Rasulullah SAW, kecuali anak lelaki Ummu Sulaim, iaitu Anas bin Malik. Tsaubah, salah seorang pembantu Rasul, sangat jatuh cinta kepadanya. Dia mengadu kepada Rasul bahawa dia merasa hampa jika tidak bersamanya. Dia khuatir jika di akhirat kelak tidak bertemu.
Tidak lama setelah apa yang dituturkan oleh Tsaubah tersebut, turun wahyu Allah yang menyatakan bahawa siapa saja yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka akan bersama orang-orang yang diberi nikmat Allah, iaitu para nabi, sidiqqin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang soleh.
Mencintai Nabi SAW Melebihi Segalanya
Seorang muslim sudah tentu mencintai Nabi SAW kerana di dalam Islam, cinta kepada Nabi SAW merupakan suatu kewajipan. Kecintaan kepada Nabi SAW merupakan salah satu pembuktian keimanan seseorang muslim.
Kecintaan kepada Nabi SAW merupakan sebahagian dari bekalan yang boleh menghantarkan seorang muslim ke syurga bersama baginda di akhirat kelak.
Menurut Anas bin Malik RA, seorang Arab berkata kepada Rasulullah SAW, “Bila akan berlakunya hari kiamat?” Rasulullah SAW kemudian bertanya semula kepadanya, “Apa yang telah kamu siapkan untuk menghadapi hari kiamat?” Dia menjawab, “cinta kepada Allah dan RasulNya.” Baginda bersabda, “ Kamu bersama dengan apa yang kamu cintai.” [HR Muslim, An-Nasa’I, Al-Bazzar dan Ibnu Khuzaimah]
Sudah pasti, cinta yang boleh menghantarkan seseorang untuk bersama Nabi SAW di akhirat kelak, bukanlah cinta yang biasa-biasa sahaja, jauh sekali cinta yang palsu, melainkan, cinta yang nyata dan sempurna.
Menurut Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dia cintai dari anaknya, ibu bapanya, dan manusia keseluruhannya.” [HR Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, An-Nasai, Al-Baihaqi, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban]
Para sahabat sentiasa berlumba-lumba menzahirkan kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW. Mereka sentiasa mendahulukan Rasulullah SAW dari segala urusan dan kepentingan mereka. Mereka sentiasa mengutamakan Rasulullah SAW dari sesiapa pun, termasuk saudara dan kerabat mereka, meskipun ibubapa mereka sendiri.
Sumber:
https://muslimahnews.net/2022/10/05/12408/