[Fikrul Islam] Persoalan Terkait Pelbagai Parti/Jemaah lslam (Bahagian 4/4)
Penulis: Ahmad Mahmud
Allah Swt. berfirman,
“Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.” [TMQ Al-An’am (6): 159]
Berkaitan dengan ayat di atas, Ibnu Katsir menyatakan demikian, “Mujahid, Qatadah, Adh-Dhahhak, dan As-Sadi mengatakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani.”
Aisyah ra. menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda kepadanya,
“Mereka adalah orang-orang yang berbuat bid’ah.”
Mereka ada beberapa kelompok atau banyak firqah seperti para penganut berbagai agama, mazhab, hawa nafsu, dan kesesatan. Sesungguhnya Allah SWT. telah membersihkan Rasulullah SAW. dari apa yang mereka anuti. Di dalam qira’ah Hamzah dan al-Kisa’i yang bersumber dari ‘Ali bin Abi Thalib ra. disebutkan bahawa ayat Al-Quran yang ertinya, “Sesungguhnya orang-orang yang melepaskan diri dari agama mereka.” [TMQ Al-An’am (6): 159] mengandungi maksud bahawa mereka meninggalkan agama yang perlu mereka anuti; mereka adalah orang-oang Yahudi dan Nasrani.
Allah SWT. berfirman,
“Tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka.” [TMQ Al-An’am (6): 159]
Berkaitan dengan ayat di atas, Al-Baydhawi, berkata, “Mereka berlebih-lebihan dalam agama; mereka mengimani sebahagian dan kafir atas sebahagian yang lain; dan mereka juga berbeza pendapat di dalamnya.”
Memang, perbezaan dalam masalah ushul (akidah) berbeza dengan perbezaan dalam masalah furu’ (syariat). Dalam masalah ushul (akidah), ayat di atas dan beberapa ayat lain telah melarang adanya perbezaan pendapat.
Dengan begitu, keadaan kita tidak sama dengan keadaan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang berbeza pendapat tentang nabi-nabi mereka; yang meninggalkan agama mereka serta masuk ke dalam kesesatan dan bid’ah, serta yang terdiri dari banyak kelompok, agama, dan mazhab. Inilah tafsir yang benar bagi ayat di atas.
Ayat ini juga dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya sebagai berikut,
“Akan tetapi, mereka berpecah-belah, sebahagian mereka beriman dan sebahagian lagi kufur.” [TMQ Al-Baqarah (2): 253]
Ertinya, topik pembahasan pada ayat di atas adalah terkait iman dan kufur. Sebaliknya, daIam masalah furu’ (syariat, fikih), banyak dalil-dalil yang menunjukkan boleh adanya banyak pemahaman atas nas dan pengertian yang ditunjukkannya, tetapi tidak di luar itu.
Fakta separti ini telah diketahui oleh jumhur ulama kaum muslim. Oleh kerana itu, suatu hal yang berisiko sekaligus merupakan satu tindakan yang salah apabila dalil-dalil tentang larangan terhadap adanya perbezaan dalam masalah akidah digunakan pada larangan adanya perbezaan dalam masalah furu’ selagi jemaah kaum muslim masih tegak di atas hukum-hukum syariat.
Rasulullah SAW. memang bersabda antara lain sebagai berikut,
“Akan ada kehinaan demi kehinaan. Oleh kerana itu, siapa saja yang ingin memecah-belah urusan umat ini, sedangkan mereka dalam keadaan bersatu dalam satu jemaah, maka bunuhlah dia, walau siapa pun dia.” (HR Muslim)
Siapa saja yang memecah-belah jemaah, maka dia bukan dari golongan kami,
“Nabi saw. telah mengundang kami lalu kami pun membaiat beliau. Beliau kemudian berkata tentang apa yang perlu kami lakukan, iaitu agar kami membaiat untuk mendengar dan mentaati beliau di dalam keadaan senang mahupun susah dan dalam keadaan lapang ataupun sempit; agar kami mengutamakan beliau; dan agar kami tidak merebut kekuasaan dari yang berhak. Beliau berkata, ‘Kecuali apabila kalian melihat kekufuran yang nyata dan kalian memiliki bukti yang jelas di sisi Allah.’” (HR Muslim)
Dalil-dalil di atas sesungguhnya berkaitan dengan khalifah dan proses pembaiatannya, ketaatan kepadanya, dan larangan memberontak kepadanya: kecuali dalam satu keadaan, iaitu ketika telah tampak kekufuran yang nyata.
Apabila ada seseorang yang datang untuk merebut kekuasaan khalifah yang sah dan ingin memecah-belah jemaah kaum muslim, maka hendaklah dia dibunuh, siapa pun orangnya. Dalil-dalil ini tidak ada kaitannya sama sekali dengan jama’ah min al-muslimin yang tidak menggunakan hukum-hukum untuk khalifah dan yang disandarkan kepadanya. Akan tetapi, jemaah yang dimaksud adalah yang dituntut untuk mengangkat khalifah dan melakukan muhasabah/kritik terhadapnya.
Rasulullah saw. juga bersabda,
“Tangan Allah sentiasa bersama jemaah.” (HR Tirmidzi dan Nasa’i)
“Jemaah adalah rahmat sedangkan perbezaan adalah azab.” (HR Imam Ahmad)
Dua hadis ini tidak ada kaitannya dengan larangan adanya banyak parti/jemaah. Ini kerana baik hidup dalam jama’ah al-muslimin dan jama’ah min al-muslimin, kaum muslim akan merasakan adanya rahmat. Sebaliknya, perbezaan pendapat dan jauhnya kaum muslim dari jemaah akan mendekatkan syaitan dengan seorang muslim, sebagaimana sabda Rasulullah saw.,
“Sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan domba yang sendirian.”
Dengan demikian, baik secara tekstual (manthuq) mahupun kontekstual (mafhum), dalam kedua hadis di atas tidak terdapat petunjuk mengenai kewajipan adanya persatuan amal islami atau kesatuan jemaah untuk menegakkan hukum-hukum Allah.
Inilah sebahagian dalil-dalil syariat yang disebutkan sebagai dalil-dalil mengenai keharaman atau larangan adanya banyak parti dalam Islam, yang semuanya tidak sesuai dengan konteksnya. Sementara itu, justifikasi akal dan hal-hal negatif yang disebutkan sebagai akibat adanya banyak parti atau banyak jemaah tidak dapat mencegah, mengharamkan, ataupun mewajibkannya kerana yang berhak mengharamkan dan membolehkan hanyalah syariat saja.
Realiti yang buruk hendaklah difahami secara sempurna sebagaimana adanya dan dicermati hakikatnya. Setelah itu, dilakukan penelitian atas dalil-daliI syariat yang membolehkan atau mengharamkan untuk mengatasi reaIiti yang buruk tersebut. Oleh kerana itu, kita tidak mungkin mengambil hukum syariat apa pun dari realiti yang ada.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam
#fikrulislam #partipolitik #jemaahislam #harakahislam #pemikrianislam
Lihat juga bahagian 3/4 : https://wp.me/pdmUzG-1qP