[Tarikh Khulafa] Pemimpin yang Kehilangan Rasa Takut
Penulis: Adi Victoria
Menjadi penguasa atau pemimpin (penjaga) bukan mudah, apatah lagi menjadi pemimpin yang memimpin ratusan juta manusia, sememangnya tidak mudah. Ini kerana setiap dari yang dipimpin iaitu rakyat sudah tentu memiliki pemahaman dan perilaku yang berbeza antara satu sama lain.
Oleh kerana amanah itu berat dan tidak mudah, maka seseorang itu hendaklah berfikir beribu kali sebelum menyerahkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin atau apabila dilantik untuk menjadi pemimpin. Salah satu fungsi pemimpin adalah melindungi orang yang dipimpinnya, termasuk dalam hal ini ialah melindungi nyawa rakyatnya.
Seorang pemimpin mungkin boleh merenung apa yang pernah dikatakan oleh Umar semasa menjadi pemimpin bagi umat Islam. Beliau ra. pernah berkata, “Sekiranya ada seekor keldai jatuh tergelincir di suatu jalan di Iraq, aku khuatir Allah akan meminta aku bertanggungjawab pada Hari Akhirat, ‘Kenapa aku tidak menyediakan jalan yang rata?’.”
Kenapa Umar ra. mengatakan itu? Ia adalah kerana dia takut dan sikap takut (al-khauf) adalah intipati dari ketakwaan kita kepada Allah Taala.
Benarlah apa yang pernah disampaikan oleh Ibnul Qayyim al-Jauzi yang hidup pada abad ke-14 M, “Laisal ‘ied liman labisal jadid, wa innamal ‘ied liman tha’atuhu wa taqwahu tazid. (Hari raya bukanlah dengan berpakaian baru, sesungguhnya hari raya itu bagi orang yang ketaatan dan ketakwaannya bertambah).”
Juga apa yang pernah disampaikan oleh generasi sebelumnya, iaitu Umar bin Abdul Aziz apabila anak-anak perempuannya datang kepada beliau dan meminta pakaian baru untuk menyambut hari raya, sedangkan kita tahu walaupun Umar bin Abdul Aziz adalah seorang Khalifah, tetapi dia seorang yang sangat sederhana.
Beliau berkata, “Laisal ‘Ied, liman labisal Jadiid, Innamal ‘Ied liman khaafa yaumal wa’iid. (Hari raya itu bukan bagi orang yang memakai pakaian baru, tetapi hari raya bagi mereka yang takut terhadap hari pembalasan).”
Ya, al-khauf itulah yang perlu kita miliki, khususnya oleh setiap orang yang merasa dirinya adalah pemimpin. Ketika Umar bin Khathab mendengar Uthman bin Ash membawa sekumpulan manusia menyeberangi lautan, beliau ra. berkomentar, “Dia membawa mereka, sedangkan antara mereka dengan laut itu hanya ada papan. Demi Allah, jika mereka cedera, aku akan menuntut diat mereka dari Tsaqif.”
Bagi Umar, tindakan Uthman itu adalah satu bentuk kelalaian kerana membawa rombongan naik perahu (kapal). Jangankan nyawa muslim lebih berharga apa yang disebutkan oleh Nabi saw berbanding hancurnya Kaabah, bahkan terhadap haiwan yang terperosok juga Umar takut kelak akan diminta untuk bertanggungjawab di hadapan Allah Taala.
Dari Salim bin Abdillah, bahawa Umar pernah memasukkan tangannya ke dubur unta untuk memeriksanya, seraya berkata, “Aku benar-benar sangat takut kelak akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang berlaku kepada kamu.” (As-Suyuthi, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 110). Wallahualam.
#Nafsiyah
#PemimpinTaat
#RasaTakut
#Bertanggungjawab
#TaatKepadaAllah
#PeringatanKepadaPemimpin