ISLAMLAH SOLUSI KEHIDUPAN, BUKAN YANG LAIN
Allah SWT telah mengutus Rasulullah Muhammad saw. dengan membawa risalah-Nya untuk seluruh umat manusia. Di situ ada jaminan dari Allah SWT bahawa risalah Islam akan mendatangkan rahmat bagi seluruh umat manusia. Kerana itu risalah Islam akan tetap relevan dan susai untuk seluruh umat manusia dan untuk segala urusan mereka hingga Hari Kiamat.
Allah SWT berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (TMQ al-Anbiya` [21]: 107).
Imam al-Baydhawi (w. 685 H) di dalam tafsir Anwâr at-Tanzîl wa Asrâru at-Ta`wîl atau Tafsîr al-Baydhâwî menjelaskan, “Tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam, kerana risalah yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad merupakan sebab untuk kebahagiaan mereka dan menjadi sebab untuk kebaikan kehidupan mereka di dunia dan akhirat mereka.”
Islam rahmatan lil ‘alamin bermakna bahawa syariahnya itu jalbu al-mashâlih wa dar’u al-mafâsid (mendatangkan kemaslahatan dan mencegah kemafsadatan).
Kerana itu “menuduh” Islam sebagai penyebab konflik dan sumber masalah merupakan suatu bentuk kelancangan luar biasa terhadap Allah SWT dan Rasul saw. Hal itu tentu tidak terbayang akan muncul atau keluar dari seorang Mukmin.
Sumber Konflik yang Sebenarnya
Banyak sekali konflik di dunia dan banyak pula masalah terjadi di tengah-tengah masyarakat saat ini. Faktor penyebab terbesarnya sesungguhnya adalah penerapan sistem sekularisme-kapitalisme. Islam sebagai ideologi dan sistem kehidupan—yang memang tidak diterapkan di dunia saat ini—tentu bukanlah penyebab semua konflik dan persoalan yang terjadi. Bahkan Islam tidak ada hubungannya sama sekali dengan semua persoalan dunia saat ini.
Perang Dunia (PD) I dan II, misalnya, sebagai konflik terbesar di dunia, bukan kerana faktor Islam. Semua negara utama yang terlibat dalam PD I dan PD II, majoriti penduduknya beragama Nasrani. Konflik Korea Utara-Korea Selatan, konflik Vietnam, konflik dan tragedi Balkan, konflik-konflik di Afrika, dan lain-lain di antara sebabnya adalah cita-cita dan kebijakan politik negara-negara besar yang mengguna-pakai ideologi sekularisme-kapitalisme dengan penjajahan sebagai metod bakunya. Begitu juga pencerobohan (invasion) Rusia terhadap Ukraine, konflik Korea, konflik Taiwan, dan lain-lain, puncanya adalah masih sama. Konflik di negeri-negeri kaum Muslim pula, seperti konflik di Iraq dulu, juga bukan disebabkan oleh Islam. Semua itu disebabkan oleh persaingan negara-negara besar dan cita-cita negara besar, khususnya Amerika, untuk menguasai kekayaan alam di sana. Hal yang sama juga terjadi dalam peristiwa konflik di Syria dan Yaman hingga saat ini. Sebabnya adalah persaingan negara-negara besar kapitalis, khususnya Amerika dan Britain, untuk menanamkan pengaruh dan kawalan mereka ke atas di negeri itu; juga akibat dukungan mereka kepada para penguasa zalim, autoritarian dan tirani yang telah menyengsarakan rakyat di sana.
Berbagai masalah yang dihadapi masyarakat di Indonesia juga bukan kerana faktor agama, apalagi Islam. Kekayaan milik rakyat, misalnya, terkonsentrasi di tangan segelintir oligarki kapitalis. Krisis ekonomi terus terjadi secara cyclic (berulang). Hutang Pemerintah makin menggunung yang mana sehingga akhir September 2022 lalu, telah mencecah Rp 7.420,47 trilion, (Cnnindonesia.com, 25/10/2022). Jutaan hektar lahan dan hutan dikuasai di tangan oligarki. Sebaliknya, jutaan rakyat tidak memiliki tanah. Harga-harga terus mengalami kenaikan. Demikian pula sejumlah besar masalah ekonomi lainnya. Semua ini tidak lain berpunca daripada penerapan sistem ekonomi kapitalisme di negeri ini. Sama sekali bukan kerana Islam.
Begitu juga nilai mata wang yang terus terkikis, yang berimplikasi pada makin turunnya nilai wang dan makin mahalnya barang, juga makin menipisnya nilai kekayaan masyarakat. Itu semua disebabkan adalah sistem monetari fiat money dan sistem ribawi, yang tidak lain merupakan sebahagian dari sistem sekularisme-kapitalisme.
Begitu juga banyaknya ahli politik yang culas dengan kemaslahatan rakyat. Mereka lebih mementingkan kepentingan sendiri dan kelompok. Rancaknya korupsi dan manipulasi oleh para pegawai. Ahli politik dan penguasa yang menabur janji, tetapi kosong sama sekali dari ditepati. Kecurangan penguasa dan pegawai dengan para oligarki. Dominannya korporatokrasi. Banyaknya undang-undang dan peraturan yang menguntungkan oligarki dan para kapitalis serta sebaliknya meminggirkan kepentingan kebanyakan rakyat. Demikian pula masalah politik lainnya. Semua itu sebab mendasarnya adalah penerapan sistem politik sekular demokrasi yang sarat dengan modal.
Maraknya pergaulan bebas, berbagai kenakalan remaja, perceraian, keganasan domestik, penyalahan penggunaan dadah dan kebejatan pergaulan sosial lainnya, juga jelas bukan disebabkan Islam. Sebaliknya, semua itu terjadi kerana kehidupan sosial yang diatur dan dijalankan mengikuti sekularisme, hedonisme, liberalisme.
Dengan demikian seluruh konflik di dunia dan masalah dalam masyarakat saat ini jelas bukan kerana faktor Islam. Islam bahkan tidak ada hubungannya sama sekali dengan semua itu. Sebaliknya, semua konflik dan masalah yang terjadi di seluruh dunia justru berpangkal pada penerapan ideologi sekularisme-kapitalisme.
Anehnya, justru hal itu tidak disentuh dalam berbagai forum global, termasuk dalam forum R20 lalu. Mereka malah menuding agama (Islam) sebagai sumber konflik dan sumber masalah. Tudingan bahawa agama (Islam) sebagai sumber konflik dan sumber masalah sebenarnya merupakan pandangan khas sekularisme. Sebabnya, sejak awal sekularisme menolak peranan agama (Islam) di dalam kehidupan. Kerana itu solusi yang ditawarkan oleh kaum sekular seperti pluralisme agama, dialog antara agama, moderasi beragama atau agama moderat dan yang lainnya merupakan solusi yang berasal dari sekularisme yang sebaliknya tidak menyentuh akar persoalan konflik dan masalah yang terjadi. Solusi tersebut malah banyak menimbulkan masalah baru.
Akibat Berpaling dari Syariah-Nya
Allah SWT telah mengingatkan bahawa berbagai kerosakan dan masalah di dunia terjadi kerana penyimpangan terhadap syariah-Nya. Allah SWT berfirman:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah menimpakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (TMQ ar-Rum [30]: 41).
Maknanya, semua kerosakan yang terjadi di dunia ini adalah kerana ragam kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia. Kemaksiatan manusia ditunjukkan oleh sikap mereka yang berpaling dari syariah Allah SWT. Allah SWT berfirman:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا
“Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran), maka sungguh bagi dia penghidupan yang sempit”. (TMQ Taha [20]: 124).
Kehidupan yang sempit itu tercermin dalam banyak masalah kehidupan, sebagaimana terjadi saat ini. Sebabnya jelas, kerana manusia berpaling dari al-Quran (syariah-Nya).
Syariah Islam adalah Solusi Dinamik
Islam diturunkan oleh Allah SWT untuk mengatur seluruh aspek kehidupan manusia. Islam mengatur akidah dan ibadah yang bersifat peribadi; termasuk mengatur akhlak, makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.
Islam juga mengatur aspek muamalah. Misalnya, dalam aspek monetari, Islam menetapkan bahawa monetari hendaklah berasaskan emas dan perak.
Dalam aspek ekonomi, Islam menetapkan sejumlah aturan/hukum. Islam, misalnya, melarang riba. Islam pun mengatur jenis dan pengelolaan kepemilikan; misalnya mengatur perlombongan dengan deposit besar, sumber tenaga (energy), prasarana awam, dan kepemilikan umum lainnya dengan melarang individu atau sekelompok individu menguasai semua kepemilikan umum tersebut, serta menyerahkan pengelolaannya kepada negara untuk kepentingan rakyat. Islam mengatur pertanahan. Islam mengatur hukum-hukum tentang pertanian, industri dan perdagangan. Islam turut menetapkan sejumlah hukum ekonomi lainnya.
Islam juga mengatur politik dan pemerintahan. Islam, misalnya, menetapkan bahawa kedaulatan (hak membuat hukum) ada di tangan Allah SWT; kekuasaan ada di tangan umat; penguasa adalah pelayan rakyat; rakyat wajib mengawal penguasa; dsb. Islam juga menetapkan undnag-undang jenayah dan hukumannya, baik hudûd, jinâyah, ta’zîr mahupun mukhâlafât. Islam juga turut mengatur kehidupan dan pergaulan sosial.
Semua ketetapan syariah Islam itu semestinya untuk mengatur kehidupan manusia dan mengatasi berbagai masalah mereka.
Hukum-hukum syariah Islam itu ada yang bersifat umum dan global, atau mengandung ‘illat syar’iyyah, dan merupakan kaedah-kaedah. Dari nas-nas syariah itu dapat di-istinbâth sejumlah hukum untuk menjawab masalah-masalah baru yang muncul. Dengan begitu solusi yang dibawa oleh Islam untuk masalah manusia itu bersifat dinamik. Dalam erti kata, semua masalah yang dihadapi manusia di manapun dan bila pun pasti dapat diselesaikan oleh syariah Islam.
Allah SWT menjamin semua persoalan manusia ada solusinya di dalam Islam. Sebab itu, Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai penjelasan atas segala sesuatu (tibyân[an] li kulli syai`[in]) (lihat: QS an-Nahl [16]: 89).
Dengan demikian syariah Islam merupakan solusi dinamik dan terbaik untuk segala masalah kehidupan manusia. Syariah Islam pastinya akan membawa rahmat, yakni mendatangkan kemaslahatan dan mencegah mafsadat, bagi manusia. Hanya saja, hal itu tidak akan menjadi real (benar) dan factual, kecuali jika syariah Islam diterapkan secara nyata dan secara kâffah. Ini menjadi tanggung jawab, tugas dan kewajipan kita semua. Alhasil, kita semua mestilah bergegas dan bersegera mewujudkan penerapan Islam dan syariahnya.
WalLâhu a’lam.
Sumber: Buletin Kaffah No. 269, 23 Rabiul Akhir 1444 H-18 November 2022 M