TUNTUTAN MENDESAK TERHADAP KONSEP POLITIK YANG TEPAT BAGI KEBANGKITAN UMAT ISLAM – Bahagian 2
- KONSTELASI INTERNASIONAL:
Definisi konstelasi internasional adalah “struktur hubungan-hubungan internasional yang berpengaruh antara negara”.
Memandangkan bahawa dunia diatur menjadi negara bangsa, tahukah kita ada berapa banyak negara bangsa di dunia pada hari ini? Menurut PBB, ada 206 negara bangsa. Namun poin kunci untuk difahami adalah bahawa kesemua 206 negara bangsa ini tidak setara dalam hal kebijakan (dasar) luar negeri mereka, yakni dalam berinteraksi dan bersaing satu sama lain untuk kepentingan mereka sendiri. Realitinya, beberapa negara bangsa memiliki kekuatan yang lebih besar untuk mempengaruhi berbagai peristiwa di luar batas persempadanan negara mereka demi mencapai kepentingan mereka sendiri. Untuk membantu memahami konsep kritis tentang konstelasi internasional ini, diperlukan adanya sebuah model untuk mengklasifikasikan negara-negara dunia menurut kemampuan mereka dalam mempengaruhi peristiwa di luar perbatasan mereka dan mencapai kepentingan mereka.
Berbagai jenis negara
Melalui model ini, kami katakan bahawa memahami konstelasi internasional, iaitu interaksi dan hubungan antara negara-negara bangsa melalui dasar luar negeri mereka, benar-benar bermuara pada fokus terhadap negara-negara bangsa yang paling besar mempengaruhi negara-negara lain dalam hal politik luar negeri. Negara-negara ini disebut sebagai adidaya (super power) yang memberikan pengaruh terbesar melalui dasar luar negerinya.
Negara-negara ini diklasifikasikan sebagai negara pertama. Dengan kata lain, memahami konstelasi internasional adalah untuk memahami dasar luar negeri negara-negara pertama dan negara-negara yang bersaing dengan negara-negara adidaya ini, kerana negara-negara adidaya inilah – bukan semua 206 negara di dunia – yang akan membentuk sebahagian besar peristiwa yang terjadi di dunia.
Mantan menteri luar negeri Perancis Hubert Védrine, dalam bukunya France in an Age of Globalization, membuat klasifikasinya sendiri tentang negara-negara terkait kekuasaan dan pengaruh. Menurut pendapatnya:
“Sesungguhnya AS menduduki kedudukan pertama di dunia tanpa pesaing. Setelah itu pada kedudukan kedua, adalah tujuh negara yang memiliki pengaruh global iaitu Perancis, Britain, Jerman, Rusia, China, Jepun, dan India, asalkan mereka mahu menetapkan untuk memperluas visinya yang selama ini masih regional (serantau)”.
Perlu diketahui bahawa kekuatan pengaruh negara-negara ini dalam dasar luar negeri mereka terhadap negara-negara lain untuk mencapai kepentingan mereka tidaklah tetap; maksudnya, masih boleh bergeser dan berubah. Sehingga negara adidaya dapat melemah, mundur, dan dapat menjadi negara bebas sahaja atau bahkan sebagai negara pengikut. Demikian pula, negara yang disebut sebagai pengikut, iaitu negara yang tidak memiliki kawalan ke atas politik luar negerinya, pada akhirnya dapat menjadi adidaya. Jadi, konsetelasi internasional tidaklah bersifat tetap, melainkan boleh berubah-ubah. Oleh kerana itu, dari model ini, kita merasakan bahawa adanya negara pertama, yang kita indera saat ini adalah Amerika Syarikat. Di dalam perkara terkait dasar luar negeri, AS memiliki pengaruh paling besar ke atas negara-negara lain dan negara-negara yang bersaing dengannya termasuk Britain, Perancis, Rusia, dan China, dll.
Kemudian, ada negara-negara merdeka yang bebas menjalankan dasar luar negeri dan dalam negerinya sesuai dengan keinginan dan kepentingannya sendiri, seperti Swiss, Sepanyol, Belanda, Itali, Sweden, Jepun, India (saat ini), dan sebahagian besar negara Eropah.
Selanjutnya, ada negara-negara pengikut yang terikat dengan negara-negara lain dalam dasar luar negerinya, bahkan dalam sebahagian masalah dalam negerinya. Inilah negara-negara yang paling lemah di dunia dalam hal kekuatan dan pengaruh berkaitan dengan konstelasi internasional dan dasar luar negeri. Sayangnya, kita dapat melihat bahawa sebahagian besar negara Muslim – jika tidak semuanya – beserta Afrika dan Amerika Selatan termasuk dalam kategori ini.
Untuk memahami model ini, mari kita lihat serangan militer Saudi ke atas Yaman baru-baru ini yang menewaskan ribuan kaum Muslim. Arab Saudi menyatakan bahawa mereka melakukan tindakan ini berdasarkan dasar luar negerinya untuk mempertahankan diri dari ‘pengganas’ di Yaman. Pertanyaan yang perlu kita ajukan atas peristiwa ini adalah, apakah Arab Saudi memandang dan mengambil tindakan ini berdasarkan dasar luar negerinya sebagai sebuah negara adidaya, atau sebagai negara merdeka yang bebas, atau sebagai negara pengikut? Dengan kata lain, apakah Arab Saudi melakukan serangan ini di luar sempadannya, kerana memiliki kekuatan untuk menentukan kepentingannya sendiri dalam hal dasar luar negeri, ataukah melakukan serangan tersebut dalam dasar luar negerinya demi kepentingan negara yang lebih besar? Apakah kita berfikir bahawa Arab Saudi memiliki kekuatan untuk menentukan dasar luar negerinya sendiri? Menggunakan kerangka kerja ini akan membantu kita untuk memahami apa yang sebenarnya terjadi di Yaman dan mengapa hal ini terjadi.
Ringkasnya, konsep dan model berbagai jenis negara ini akan membantu kita memahami bahawa bangsa-bangsa kuat yang hanya sedikit adalah pihak yang bertanggungjawab atas sebahagian besar peristiwa internasional yang terjadi di dunia. Majoriti peristiwa internasional yang terjadi seringkali disebabkan oleh segelintir negara kuat. Jadi, sebagai Muslim, kita hendaklah berusaha untuk fokus pada dasar luar negeri negara-negara bangsa yang memiliki kekuatan besar, kerana mereka lebih cenderung bertanggungjawab atas apa yang terjadi di dunia pada umumnya dan kaum Muslimin pada khususnya. Dan tidak diragukan lagi, merekalah yang paling mungkin menjadi hambatan terbesar, ketika kita berusaha untuk mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia.
- STRATEGI POLITIK
Konsep politik yang penting berikutnya adalah strategi (khithah) politik. Seperti disebutkan sebelumnya, dasar luar negeri dikembangkan oleh suatu bangsa untuk mencapai kepentingannya di luar perbatasannya sendiri. Ada banyak bahagian dari politik luar negeri. Bahagian terpenting dari dasar luar negeri adalah strategi politik dan taktik politik. Bangsa-bangsa dunia mengembangkan berbagai strategi politik, yang didefinisikan sebagai “sebuah dasar umum yang dirancang oleh negara bangsa untuk mewujudkan salah satu kepentingannya“. Oleh kerana itu, setelah mengidentifikasi kepentingannya, negara bangsa ini akan mengembangkan berbagai strategi politik untuk mencapai kepentingan tersebut di luar perbatasannya. Strategi-strategi politik yang dikembangkan oleh suatu negara bangsa akan memerlukan waktu untuk mencapai kepentingannya.
Oleh kerana itu, seringkali strategi politik ini bersifat jangka panjang dan tidak kerap berubah. Sebahagian besar strategi politik dirahasiakan. Negara-negara kuat jarang meninjau strategi politik mereka di khalayak umum. Negara-negara bangsa, terutama adidaya, biasanya memiliki banyak kepentingan di luar perbatasan mereka. Oleh kerana itu, mereka akan mengembangkan berbagai strategi politik.
Memandangkan bahawa kita perlu fokus pada dasar luar negeri negara-negara besar, sudah jelas bahawa kita mestilah berusaha mengidentifikasi strategi politik negara-negara seperti AS. Tidak diragukan lagi bahawa AS memiliki kepentingan di seluruh dunia. Dengan demikian, AS tentu memiliki strategi-strategi politik yang khusus untuk kawasan seperti Eropah, Rusia, Timur Tengah, Timur Jauh, dan Afrika. Jadi, apa yang mungkin menjadi strategi politik Amerika untuk wilayah-wilayah ini, sementara mereka berusaha merahsiakannya? Beberapa contoh umum dari strategi politik yang telah dikembangkan oleh bangsa-bangsa menurut sejarah untuk mencapai kepentingannya adalah sebagai berikut:
1) Pendudukan/penjajahan fizikal ke atas negara lain atau pengilhakan sebahagian wilayahnya;
2) Merompak kekayaan suatu bangsa;
3) Mewujudkan (menetapkan) sebuah paksi ke atas beberapa negara;
4) Mengubah keadaan suatu bangsa dari negara merdeka yang mandiri menjadi negara pengikut, dsb.
5) Pemasukan dan pembatasan pengaruh bangsa maju atau independen lain di suatu wilayah atau kawasan dunia;
6) Dukungan terhadap bangsa lain untuk meningkatkan pengaruhnya demi mencapai kepentingan bangsanya sendiri. Ini adalah beberapa contoh strategi politik.
- TAKTIK POLITIK
Aspek penting berikutnya dari dasar luar negeri adalah taktik (uslub) politik. Ini adalah “suatu dasar khusus mengenai salah satu rincian yang membantu dalam mencapai dan memperkuat suatu strategi politik”. Dengan kata lain, taktik politik adalah tindakan khusus yang akan dilakukan suatu negara untuk mencapai sebuah strategi politik. Banyak negara yang pragmatik; oleh kerana itu, mereka akan mengikuti taktik-taktik politik yang seringkali melanggar prinsip mereka sendiri setelah mencapai tujuan [tujuan menghalalkan caranya]. Beberapa contoh taktik politik adalah:
1) Peperangan;
2) Penanaman atau perlucutan penguasa boneka (ejen);
3) Kudeta militer;
4) Tindakan tertentu untuk mempengaruhi pilihan raya;
5) Bantuan ekonomi berasaskan pinjaman, projek-projek pembangunan dengan menggunakan kepakaran;
6) Solusi militer, drone, dan pendudukan;
7) Perikatan/kerjasama ketenteraan, perjanjian, dan pangkalan militer
8) Perjanjian ekonomi
9) Kesepakatan senjata
10) Gencatan senjata;
11) Tindakan memicu, mendorong, dan mendukung revolusi di berbagai negara dll.
Poin umum yang perlu diingat tentang strategi (khithah) politik dan taktik (uslub) politik adalah bahawa kedua-duanya digunakan untuk mencapai kepentingan suatu bangsa dan merupakan bahagian penting dari dasar luar negeri negara tersebut. Strategi dan taktik politik dirancang untuk dilaksanakan dalam tindakan-tindakan segera. Taktik boleh berubah ketika terdedah atau tidak sesuai dengan situasi di lapangan, sementara strategi politik juga boleh berubah jika menjadi tidak berguna atau menyebabkan masalah yang tidak perlu/diinginkan bagi negara bangsa yang bersangkutan.
Negara bangsa, terutama negara-negara adidaya, tidak akan pernah berhenti mewujudkan, merancang, atau mengkaji ulang, mengubah strategi serta taktik politiknya hingga menjadi lemah dan merosot dari levelnya di tengah konstelasi internasional, seperti yang terjadi pada Jepun, Itali, Belgia, Belanda, Portugal, yang secara sejarahnya pada asalnya merupakan negara/kekuatan besar.
Kelima-lima konsep politik ini merupakan bahagian dari kerangka kerja yang akan membantu kita untuk memahami hubungan internasional dan dasar luar negeri yang sebenar dari negara-negara besar yang ada; untuk membantu kita merumuskan dasar luar negeri negara Islam yang akan melindungi dan menjaga kepentingan umat; serta untuk memungkinkan kita mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia yang saat ini hidup sebagai negara-negara bangsa.
(bersambung ke Bahagian 3)