[Nafsiyah] Harta Simpanan
Banyak manusia yang suka menimbun harta. Kerana itu mereka gemar berburu harta. Dengan berbagai cara. Kadang dengan cara-cara tercela. Yang tentu mendatangkan dosa. Dari mulai korupsi, suap-menyuap hingga riba.
Padahal jangankan harta yang haram, harta yang halal pun bakal musnah. Hanya harta yang disedekahkan yang bakal abadi. Berkaitan dengan hal ini Rasulullah saw. bersabda:
“Seorang hamba berkata, “Ini hartaku. Ini juga hartaku.” Padahal sungguh hartanya itu ada tiga bahagian: yang dia makan, lalu habis; yang dia pakai, lalu menjadi rosak; dan yang dia sedekahkan, itulah yang menjadi simpanannya (untuk kehidupan di akhirat)” (HR Muslim).
Dari hadis di atas jelas, harta simpanan kita yang sebenarnya bukanlah yang kita terus kumpul-kumpulkan di dunia. Harta sebenarnya adalah yang kita sedekahkan. Kerana itu seorang Muslim sudah selayaknya lebih suka menompokkan harta di akhirat, yakni dengan cara disedekahkan, berbanding menompokkan harta di dunia. Apalagi banyak keutamaan bersedekah harta, sebagaimana telah banyak dijelaskan di dalam al-Quran mahu pun as-Sunnah.
Salah satu sedekah harta terbaik adalah yang diberikan kepada fakir-miskin, orang-orang yang sedang mengalami kesulitan atau mereka yang sangat memerlukan bantuan. Terkait ini Nabi Muhammad saw. bersabda,
“Manusia yang paling Allah cintai adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia lain. Amalan yang paling Allah cintai adalah membuat Muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahannya, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang Muslim untuk memenuhi keperluannya lebih aku cintai daripada beritikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama sebulan penuh.” (HR ath-Thabarani).
Adanya kemampuan sekaligus kemahuan untuk bersedekah sebenarnya merupakan nikmat dari Allah SWT. Sebabnya, di situ tentu ada pahala yang besar yang Allah SWT sediakan untuk kita.
Kata Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah rahimahulLaah, “Andai saja orang yang bersedekah benar-benar faham bahawa sedekah yang dia berikan sampai terlebih dulu di tangan Allah sebelum sampai di tangan orang fakir (yang dia sedekahi), tentu nikmat orang yang memberikan sedekah jauh lebih besar daripada nikmat orang yang menerima sedekah.” (Ibnu al-Qayyim, Madaarij as-Saalikiin, 1/26).
Kerana itu ketika kita merasa jemu/bosan dan lelah diminta tolong/bantuan oleh orang-orang yang memerlukan bantuan/pertolongan, bermakna sama saja dengan kita jemu/bosan dan lelah dengan nikmat (berupa pahala yang besar) yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
Di sinilah pentingnya kita untuk selalu mengingat apa yang dinyatakan oleh Fudhail bin Iyadh rahimahulLaah, “Sedarilah oleh anda bahawa ketika orang memerlukan (bantuan/pertolongan) anda, itu adalah sebuah nikmat dari Allah SWT untuk anda. Kerana itu hati-hatilah, jangan sekali-kali anda merasa jemu/bosan dan lelah dalam memenuhi keperluan orang-orang yang memerlukan.” (Al-Baihaqi, Syu’ab al-Iimaan, 10/119).
Tak hanya tidak boleh jemu dan bosan, kita pun sejatinya tidak menunda-nunda untuk bersedekah atau membantu/menolong orang lain yang memerlukan. Terkait itu Sufyan ats-Syauri rahimahulLaah berkata, “Jika engkau berkeinginan untuk bersedekah, atau melakukan suatu kebajikan, atau beramal soleh maka segerakanlah untuk ditunaikan pada waktunya sebelum engkau dipisahkan dengan keinginan tersebut oleh syaitan.” (Al-Ashbahani, Hilyah al-Awliyaa’, 7/62).
Dengan demikian hendaklah kita tidak membiasakan diri menunda-nunda untuk bersedekah, untuk membantu fakir-miskin, untuk menolong orang-orang yang kesulitan serta untuk melakukan ragam amal kebaikan lainnya. Sebabnya, syaitan tak pernah lengah untuk mencegah kita dari meraih pahala dan keberkahan dari Allah SWT.
Banyak teladan dari generasi salafus-soleh dalam hal bersedekah, khususnya kepada fakir-miskin, atau membantu orang-orang yang kesulitan. Selain Rasulullah saw., dan para Sahabat, kita boleh meneladani generasi salafus-soleh setelahnya. Di antaranya Imam Abu Hanifah rahimahulLaah.
Suatu hari Imam Abu Hanifah pulang dari mengunjungi salah seorang sahabatnya yang sakit. Ketika dalam perjalanan, dia melihat seorang lelaki yang berusaha bersembunyi dan cuba menghindar dengan mencari jalan lain. “Fulan, tetaplah di jalan yang engkau lalui!” seru Imam Abu Hanifah dari kejauhan.
Ketika lelaki itu tahu bahawa Imam Abu Hanifah telah melihat dia, Dia pun terlihat serba salah dan berhenti. Lalu Imam Abu Hanifah menghampiri dia. Mengapa engkau membatalkan untuk berjalan melalui jalan yang engkau telah lalui?” tanya Imam Abu Hanifah.
“Abu Hanifah, saya kan masih memiliki hutang kepada anda 10 ribu. Dalam waktu yang cukup lama hingga saat ini saya belum mampu melunasi hutang itu. Kerana itu tatkala saya melihat anda, saya sangat malu kepada anda,” jawab lelaki tersebut.
“Mahasuci Allah. Keadaanmu sampai seperti ini. Jika engkau melihat aku, engkau bersembunyi. Jika demikian, aku telah merelakan hartaku itu untuk engkau dan engkau sekarang sudah bebas dari tanggungan hutangmu kepadaku,” jawab Imam Abu Hanifah (Al-Manaaqib al-Imaam Abi Haniifah, 1/206).
Contoh lainnya Imam Ibnu Sirin rahimahulLaah, seorang ulama besar dari kalangan Taabi’in. Suatu hari dia pernah bertanya kepada seseorang, “Bagaimana khabarmu?”
Orang itu balik bertanya, “Bagaimana jika ada orang yang memiliki hutang 500 dirham, sedangkan dia juga perlu menanggung nafkah keluarganya?”
Imam Ibnu Sirin pun faham. Orang itu sedang menceritakan dirinya sendiri yang sedang mengalami kesulitan dan memerlukan wang. Kerana itu Imam Ibnu Sirin segera masuk ke rumah dan keluar kembali dengan membawa wang 1000 dirham hingga tidak ada sisa wang lagi di rumahnya. Lalu dia berkata kepada orang tersebut, “Ini untuk melunasi hutangmu 500 dirham dan untuk menafkahi keluargamu 500 dirham.” (Al-Ghazali, Ihyaa’ ‘Uluum ad-Diin, 6/1052).
Semoga kita boleh mengikuti jejak keteladanan generasi salafus-soleh, seperti Imam Abu Hanifah, Imam Ibnu Sirin dan masih banyak yang lainnya, dalam bersedekah harta.
Alhasil, ayuh kita terus memperbanyak harta simpanan kita di akhirat. Caranya, sedekahkan harta kita sebanyak-banyaknya, terutama untuk menolong fakir-miskin dan orang-orang yang memerlukan pertolongan.
Wa mâ tawfîqi illâ bilLâh.
Sumber : ABI, Majalah Alwaie