[Nafsiyah] Kuasa Iqra’
Penulis: Edgar Hamas
Tidak sedarkah kita bahawa “surat cinta” pertama Allah untuk kita adalah “bacalah”?
Itulah yang membuat para sahabat Rasulullah menjadi pembaca zamannya, pembaca realiti masyarakatnya, pembaca ilmu dari liku-liku hidup sang Nabi hingga mereka dapat menjadi pemimpin bumi.
Itulah yang membuat peradaban Islam di Andalusia semerbak wangi dengan ilmu. Ketika raja-raja Eropah tidak boleh menulis namanya, anak kecil dan petani Andalus telah mampu membaca buku-buku hebat.
Itulah yang membuat Baghdad menjadi kota metropolitan di masa Abbasiyah. Kerana ilmu, kerana membaca, kerana perpustakaan penuh, dan majlis-majlis ulama yang padat.
Bahkan, tersiar pepatah masyhur yang mengatakan, “Kairo yang menulis, Beirut yang menerbitkan, Baghdad yang membaca.” Banyak buku-buku ditulis dengan semangatnya. Hingga cerdaslah umat manusia.
Tidak sedarkah kita bahawa “surat cinta” pertama Allah untuk kita adalah “bacalah”?
Lalu mengapa kita banyak menutup buku dan lebih sering bermain-main? Padahal, mimpimu ingin mengulang kejayaan yang sama?
#nafsiyah #muhasabah #bacalah