[Nafsiyah] Melipatgandakan Amal Dakwah
Bagi pengemban dakwah yang sentiasa mencurahkan kemampuannya untuk melakukan amal dakwah, pastinya Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala. Pengemban dakwah yang banyak melakukan amal dakwah tidak akan mendapat kerugian, kerana sesungguhnya dia sedang “berjual-beli” dengan Rabb-nya. Kerana amal dakwah termasuk dari amalan kebaikan yang semestinya dilakukan oleh setiap Muslim.
Ulama mengatakan, “Balasan dari amal kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan, lalu dia melanjutkan dengan kebaikan lainnya, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu juga barangsiapa yang melaksanakan kebaikan, lalu dilanjutkan dengan amalan keburukan, maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.” (Latha-if Al Ma’rifah)
Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal tersebut. Siapa yang ingin melaksanakan kebaikan kemudian dia tidak mengamalkannya, maka dicatat di sisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Dan jika dia berniat melakukannya dan kemudian melaksanakannya, Allah akan mencatatnya sebagai sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang banyak. Dan jika dia berniat melaksanakan keburukan, kemudian dia tidak melaksanakannya, maka baginya satu kebaikan penuh, sedangkan jika dia berniat kemudian dia melaksanakannya, Allah mencatatnya sebagai satu keburukan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari hadis di atas, dapat kita fahami bahawa setiap kebaikan akan Allah catat sebagai sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang banyak. Cuba bayangkan, jika kita melipatgandakan amal dakwah, berapa banyak kebaikan yang tercatat di sisi Allah? Bukankah menjadi suatu keberuntungan besar bagi seorang pengemban dakwah jika dia sentiasa melipatgandakan setiap amal dakwahnya?
Dia akan menuai hasil yang sangat melimpah di akhirat kelak. Tetapi, hendaknya amal dakwah yang dia lakukan memang semata-mata untuk Allah SWT, bukan untuk meraih pujian atau balasan manusia. Setiap amal yang dilakukan kaum Muslimin berbeza-beza balasannya di sisi Allah sesuai dengan perbezaan ilmu dan pengagungan kepada Allah SWT.
Seorang pengemban dakwah mesti menyedari bahawa semakin besar tahap keikhlasannya dalam aktiviti dakwah, semakin berlipat ganda pahala dan ganjaran dari Allah SWT. Kunci utama agar pengemban dakwah boleh melipatgandakan amal dakwahnya adalah tawakal dan banyak berdoa kepada-Nya.
Firman Allah SWT, “dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” [TMQ At-Talaaq (65): 2]
Seandainya manusia betul-betul bertakwa dan bertawakal, sungguh Allah akan mencukupkan urusan dunia dan agama mereka (Jaami’ul Ulum walaupun Hikam).
Nasihat daripada Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani yang perlu kita ingat,
“Ketahui dan fahamilah, pengemban dakwah tidak akan mampu memikul tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tanpa menanamkan pada dirinya cita-cita untuk mengarah kepada jalan kesempurnaan, selalu mengkaji dan mencari kebenaran.”
Usaha untuk melipatgandakan amal dakwah merupakan jalan yang perlu ditempuh untuk segera meraih pertolongan dari Allah SWT agar Islam kembali menjadi aturan dan sistem dalam kehidupan manusia, agar kesatuan umat dalam satu institusi iaitu Khilafah dapat wujud dengan segera.
Tidakkah kita semua rindu untuk berada dalam riayah seorang Khalifah? Kerana itu, janganlah menahan-nahan diri untuk turut serta dalam perjuangan Islam. Bergerak bersama, tidak boleh ada satu pun dari pengemban dakwah yang menganggur (tidak melakukan amal dakwah) kerana Allah akan melipatgandakan pula pahala dari setiap amal yang kita lakukan. Masya Allah!
Usaha melipatgandakan amal dakwah merupakan jalan yang ditempuh untuk segera meraih pertolongan Allah Taala. Agar Islam kembali menjadi aturan dan sistem dalam kehidupan manusia. Agar segera terwujud persatuan umat dalam satu institusi yakni Khilafah.
Sumber : https://muslimahnews.net/2022/11/17/14382/
#Nafsiyah #jomdakwah #amarmakruf #nahimungkar #dakwahislamkaffah #TegakKhilafah