[Fikrul Islam] Pengaruh Akhlak
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Sesungguhnya akhlak mahu pun kewajipan-kewajipan syariat yang lain akan menjadikan seorang muslim memiliki keperibadian yang unik (syakhsiyyah mutamayyizah) bila mana dia bermuamalah dengan orang lain. Hal itu menjadikan orang lain mempercayai perkataan-perkataan dan tindakan-tindakannya. Akhlak Islam menciptakan rasa cinta kasih sayang dan saling hormat-menghormati sesama individu dalam keluarga secara khusus, dan antara individu dengan individu serta masyarakat secara umum.
Salah satu kesan dari akhlak Islamiah adalah pahala yang akan diberikan Allah SWT kepada seorang muslim di akhirat kelak. Orang-orang yang memiliki akhlak yang baik di dunia ini akan menjadi kerabat Rasulullah SAW di akhirat dan menemani baginda dalam merasakan kenikmatan syurga. Rasulullah SAW bersabda,
إِنَّ مَنْ أَحَبَّكُمْ اَلَّى، وَأَقْرَبُكُمْ مِنِّي مَجَلِّسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَا سِنُكُمْ أَخْلاَقًا
“Sesungguhnya yang paling kucintai di antara kalian, dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah mereka yang paling baik akhlaknya.” [HR Bukhari]
Ketika Rasulullah SAW ditanya tentang kebanyakan orang yang masuk syurga, maka Rasulullah bersabda,
تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ
“Yang paling bertakwa kepada Allah dan paling baik akhlaknya.”
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam