[Nafsiyah] Sehingga Bertemu di Pengadilan Akhirat
Penulis: Doni Riw
Kehidupan akhirat bukan cerita dongeng. Dikhabarkan oleh Pencipta kepada manusia dalam Kitab yang nyata: Al-Quran.
Masa itu pasti tiba untuk semua orang. Sama ada dia percaya atau menafikannya.
Kehidupan akhirat adalah pengadilan yang sangat adil. Diadili oleh Hakim Yang Maha Adil.
Segala dosa akan ditebus dengan penyeksaan. Walaupun hanya sebesar neutron, Allah tidak akan lalai.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Sebesar mana pun dosa maksiat kepada-Nya, ia dapat dihapuskan dengan taubat nasuha.
Tetapi dosa kepada sesama manusia, Allah tidak akan pernah mengampuni, selama pendosa tidak memohon ampun kepada orang yang dizaliminya, kemudian dia redha dan memaafkan.
Mungkin ketika di dunia ini anda mempunyai kuasa, sehingga boleh menzalimi orang sesuka hati. Bahkan sampai mati, orang yang dizalimi tidak mampu membela diri.
Tetapi dunia bukanlah satu-satunya kehidupan. Dunia hanyalah destinasi sementara. Ujiannya tidak lama; 60 atau 70 tahun sahaja.
Selepas itu akan ada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Suka atau tidak, percaya atau tidak, ia pasti akan terjadi.
Kehidupan yang kekal itu bermula dengan pengadilan besar ke atas semua manusia.
Segala kezaliman manusia kepada manusia lain selama hidup di dunia, akan dituntut di akhirat. Sebagai penebus, pahala kebaikan orang yang zalim itu akan diberikan kepada yang orang yang dizalimi. Dosa orang yang dizalimi akan ditimpakan kepada orang yang zalim.
Tetapi malangnya, di akhirat tidak ada penjara. Hanya di neraka diseksa sejuta kali ganda daripada penjara dunia.
Di sana penjaganya adalah Malaikat yang tidak boleh disuap untuk meringankan seksaan, seperti penjaga di penjara dunia.
Bayangkan jika kamu tidak sekadar menzalimi orang secara peribadi, tetapi menzalimi pendakwah yang sedang memperjuangkan misi Allah di dunia. Iaitu misi yang telah Dia sebutkan di dalam Al-Baqarah ayat 30, “Inni jaailun fil ardhi Khalifah.”
Sehingga bertemu di pengadilan akhirat, wahai kalian musuh syariat.
Tunggu sahaja. Waktu itu pasti tiba.
#Nafsiyah
#PengadilanAkhirat
#DuniaHanyaSementara
#AkhiratKekalSelamanya