[Nafsiyah] Apa yang Ada di dalam Poket Orang Soleh?
Dalam Tafsir al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, murid al-Hafidz Ibn al-Qayyim al-Jauziyah, disebutkan bahawa sebahagian ulama soleh selalu menyimpan secarik kertas di dalam poketnya.
Tahukah Anda apa isinya? Isinya adalah ayat Al-Quran yang berbunyi,
فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ
“Bersabarlah dengan keputusan Tuhanmu.” [TMQ Al-Insan (76): 24]
Ayat ini disebutkan dalam Al-Quran dua kali.
Pertama;
فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُن كَصَاحِبِ ٱلۡحُوتِ إِذۡ نَادَىٰ وَهُوَ مَكۡظُومࣱ (48) لَّوۡلَاۤ أَن تَدَ ٰرَكَهُۥ نِعۡمَةࣱ مِّن رَّبِّهِۦ لَنُبِذَ بِٱلۡعَرَاۤءِ وَهُوَ مَذۡمُومࣱ (49) فَٱجۡتَبَـٰهُ رَبُّهُۥ فَجَعَلَهُۥ مِنَ ٱلصَّـٰلِحِینَ (50)
“Maka bersabarlah engkau (Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu dan janganlah engkau seperti (Yunus) orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdoa dengan hati sedih. Sekiranya dia tidak segera mendapat nikmat dari Tuhannya, pasti dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela. Lalu Tuhannya memilihnya dan menjadikannya termasuk orang yang soleh.” [TMQ Al-Qalam (68): 48-50]
Kedua;
فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡهُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورࣰا (24) وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةࣰ وَأَصِیلࣰا (25)
“Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.” [TMQ Al-Insan (76): 24-25)
Setiap hari, setiap saat, ada keputusan Allah yang kita terima. Jika keputusan itu sesuai dengan harapan dan keinginan kita, maka kita anggap baik. Baik menurut persepsi kita. Jika tidak sesuai, maka kita anggap buruk kerana tidak sesuai dengan harapan dan keinginan kita. Padahal, kedua-duanya merupakan keputusan Allah. Sementara Allah Maha Tahu tentang kita.
Kadang-kadang, penilaian suatu hal baik atau buruk, dilakukan kerana terbawa perasaan atau emosi sesaat. Setelah berlalu, manusia akan mengerti bahawa keputusan Allah itu baik dan dapat mengambil hikmah atas apa yang terjadi.
Masalahnya, kita biasanya tidak sabar dalam menanggapi hal ini. Jadi, bersabarlah dengan keputusan Rabb-mu.
Sumber : https://muslimahnews.net/2022/11/24/14746/
#Nafsiyah #sabar #hikmah