[Fikrul Islam] Kebebasan menurut Barat (Bahagian 1/2)
Penulis : Ahmad Mahmud
Apabila Barat berselindung di sebalik perisai idea memisahkan agama daripada kehidupan, maka pada masa itu barat telah memberi hak untuk membuat undang-undang. Mereka berpendapat bahawa manusia wajib menjalani hidupnya mengikut pendapatnya sendiri bukan mengikut pendapat orang lain dan berjalan mengikut keinginannya sendiri bukan mengikut kehendak orang lain.
Barat juga menganggap bahawa hal tersebut adalah mustahil melainkan manusia diberi kebebasan. Kebebasan tersebut seperti kebebasan berakidah, kebebasan kepemilikan, kebebasan bersuara, dan kebebasan peribadi (bertingkah laku). Mereka juga berpendapat bahawa idea kebebasan adalah perkara suci, yang tidak boleh disentuh (diubah-ubah). Setiap bentuk kebebasan mempunyai ciri-ciri tertentu.
Kebebasan berakidah, membolehkan setiap individu untuk menganut agama berdasarkan pilihannya sendiri dan boleh bertukar dari satu agama ke agama lain walaupun, hal itu dilakukannya setiap hari. Kebebasan ini juga membolehkan individu menjadi seorang ateis (menafikan kewujudan tuhan).
Kebebasan kepemilikan, membenarkan setiap individu untuk memiliki apa sahaja yang dia suka dalam apa jua cara yang dia mahu serta membenarkan dia membelanjakan hartanya sesuka hati. Jika seseorang ingin memberikan hartanya kepada anjingnya dan tidak mewariskannya kepada ahli warisnya. Maka, tiada siapa yang berhak melarang kes seperti ini.
Kebebasan berpendapat, membenarkan individu untuk berkata apa sahaja yang mereka suka sama ada betul atau salah tanpa sebarang sekatan atau pengawasan. Setiap individu berhak untuk membetulkan dan mengkritik mana-mana pendapat yang bertentangan dengan akal atau keinginannya dan tiada sesiapapun yang berhak melarangnya.
Sementara itu, kebebasan pribadi (bertingkah laku) membolehkan setiap individu untuk melakukan apa saja urusan pribadinya tanpa mengira nilai dan ikatan moral atau larangan agama.
Gagasan kebebasan yang menjadi keperluan dalam sistem demokrasi memerlukan pengikutnya meninggalkan nilai-nilai sehingga menjadikan penganutnya jatuh ke tahap yang lebih rendah daripada haiwan.
Kebebasan beragama telah meletakkan agama sebagai sesuatu yang tidak bernilai dalam masyarakat kapitalis. Mereka meremehkan agama dengan memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menukar agama semudah menukar pakaian.
Dengan tersebarnya pemikiran materialistik sementara itu, pemikiran yang bersifat agama menghilang, nilai moral, kemanusiaan dan kerohanian juga hilang. Kesannya, banyak jiwa yang kehilangan kasih sayang sehingga manusia hidup seperti serigala yang kuat memerintah yang lemah.
Kebebasan bersuara membolehkan seseorang manusia berkata apa sahaja yang mereka suka dan mengajak kepada apa sahaja yang mereka inginkan. Kesannya, muncul idea-idea yang menyimpang, aneh, dan palsu muncul di tengah-tengah masyarakat. Mereka yang terpisah daripada kebenaran dan tolak ukur kebenaran.
Bukan sesuatu yang menghairankan jika anda mendengar kenyataan seperti yang dibuat oleh Salman Rusydi. Dengan alasan kebebasan berakidah dan digabungkan dengan kebebasan berpendapat, dia bebas mencela Nabi Muhammad SAW. Malangnya, tidak ada satupun undang-undang yang melarangnya.
Kebebasan kepemilikan yang merujuk kepada penanda aras berdasarkan asas manfaat telah melahirkan raksasa kapitalisme. Penjajahan dijadikan sebagai kaedah untuk dia menguasai bangsa-bangsa lain, merampas kekayaan mereka, memonopoli kekayaan mereka serta menghisap darah rakyatnya. Selain itu di antara mereka sama-sama bersaing dan berebut untuk mendapatkan bahagian masing-masing. Itu sama saja dengan memperdagangkan darah bangsa, menyalakan fitnah dan peperangan antarabangsa.
Ini dilakukan supaya mereka boleh menjual komoditi yang dihasilkan oleh industri perang mereka. Jual beli ini akan memberikan mereka keuntungan yang besar. Negara-negara kapitalis ini telah dipisahkan daripada nilai-nilai agama, moral, dan rasa kemanusiaan. Sehinggakan mereka mempermainkan agama apabila berada dalam kejatuhan seperti kuda tunggangan yang digunakan untuk kepentingan mereka sambil berpura-pura menyerukan akhlak dan kemanusiaan untuk menutupi wajahnya yang hodoh dan bau yang sangat busuk.
Kebebasan bertingkah laku telah mengubah masyarakat di negara-negara demokrasi menjadi masyarakat seperti haiwan. Meletakkan mereka ke dalam permisif ( lebih membiarkan) yang tidak pernah dicapai oleh haiwan sekalipun.
Perundangan mereka telah membenarkan hubungan seksual yang menyimpang. Bukan perkara yang menghairankan jika anda dapat melihat di dalam masyarakat perkara yang tidak pernah dilihat walaupun di kalangan haiwan iaitu hubungan seksual dilakukan secara terbuka.
Tanpa rasa malu mereka melakukan hubungan seksual beramai-ramai tidak pelik juga dilakukan dengan ahli keluarga mereka seperti dengan ibu mereka, saudara perempuan mereka, dan anak perempuan mereka. Sehinggakan mereka melakukannya dengan haiwan.
Kesannya, muncul di kalangan mereka pelbagai penyakit yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Institusi keluarga pun hancur di dalam masyarakat mereka dan kasih sayang hilang antara ahli keluarga.
Kebebasan bertingkah laku adalah kebebasan yang bebas daripada semua ikatan dan bebas daripada setiap nilai. Kebebasan yang menghancurkan institusi keluarga. Kebebasanlah yang menjadi punca terjadinya semua malapetaka dan pelanggaran terhadap segala yang jelas diharamkan.
Mereka bebas melakukan zina, homoseksual, lesbian, berbogel, minum arak dan melakukan semua aktiviti keji, dilakukan dengan sebebas-bebasnya tanpa ada tekanan dan paksaan.
Rujukan : https://muslimahnews.net/2022/11/24/14741/
Sambungan ke bahagian 2: https://wp.me/pdmUzG-1Bw