[Nafsiyah] Politik dan Adab
Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah menyatakan,
الدين كله أدب
“Agama (Islam) ini semuanya merupakan adab.”
Oleh kerana itu, mulai dari ibadah, munakahat, muamalah, hudud, jinayat, dan jihad, semuanya tidak boleh dilepaskan daripada adab.
Islam dan ilmu itu ibarat nur (cahaya), tetapi cahayanya itu tertutupi oleh pemeluknya, sehingga cahaya itu tampak redup dan tidak boleh memancarkan sinar yang terang-benderang.
Guru Sultan Shalahuddin al-Ayyubi sampai menulis kitab khusus, an-Nahju al-Masluk fi Siyasati al-Muluk, untuk dipersembahkan kepada muridnya yang kala itu sudah menjadi penguasa.
Tidak hanya berisi politik dan hukum-hukum Islam tentang bagaimana mengatur negara, mengurus pemerintahan, dan mengurus rakyat, tetapi juga menjelaskan berbagai adab yang perlu dimiliki sang penguasa agar kekuasaannya dicintai oleh rakyat, dan diredhai oleh Allah.
Inilah pendidikan yang diberikan oleh para ulama di sebalik sosok hebat seperti Shalahuddin al-Ayyubi, Mudhaffar Qutuz, dan Muhammad al-Fatih. Mereka orang-orang hebat yang telah menempa sejarah bagi diri, umat, dan agamanya. Di balik kehebatan mereka ada sosok para ulama dengan keilmuannya yang luar biasa.
Dengan adab dan ilmu yang luar biasa, bukan hanya lisan, pena, bahkan pedang umat yang mulia ini pun memancarkan adab yang agung.
Dalam Sihir Bayan yang ditulis oleh Mushthafa Shadiq ar-Rafii, beliau menyatakan,
إنهم لا يغيرون على الأمم، ولا يحاربونها حرب الملك، وإنما تلك طبيعة الحركة للشريعة الجديدة، تتقدم في الدنيا حاملة السلاح والأحلاق، قوية في ظاهرها وباطنها، فمن وراء أسلحتهم أخلاقهم، وبذلك تكون أسلحتهم نفسها ذات أخلاق
“Mereka tidak mengubah bangsa-bangsa itu. Tidak pula memerangi mereka seperti perangnya para Raja. Namun itulah tabiat gerakan syariat baru. Terus melangkah di dunia dengan mengemban senjata dan akhlak. Zahir dan batinnya kuat. Di sebalik senjata mereka ada akhlak mereka. Bahkan, senjata mereka itu sendiri mempunyai akhlak.” (Wahyu al-Qalam, hal. 414-15)
Jadi, kalau kita ingin berjaya membangun peradaban Islam ke depan, jangan berhenti belajar kerana di sanalah kita akan menemukan ilmu, adab, dan peradaban Islam yang agung. Jika tidak, boleh jadi, justerulah kitalah yang menutupi cahaya Islam.
#nafsiyah #politik #adab