[Kenyataan Media] Bahagian Wanita di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Melancarkan Kempen Global:
“Perubahan Hakiki HANYA dengan Seruan pada Khilafah”
Hari ini, dunia berada dalam keadaan huru-hara dan kegelapan, dari Timur ke Barat. Penderitaan dan kesengsaraan manusia semakin mendalam dari hari ke hari seiring jatuhnya negara-negara dunia ke dalam krisis demi krisis. Kemiskinan, krisis kewangan, kebuluran, pembunuhan beramai-ramai, penjajahan yang kejam, kediktatoran, peperangan yang tidak masuk akal, perpecahan keluarga, gaya hidup yang merosakkan, epidemik jenayah, keganasan terhadap wanita, krisis kesihatan dan pendidikan dan masalah lain yang melumpuhkan negeri di seluruh dunia, di bawah sistem buatan manusia yang tidak berfungsi dan kepimpinan yang tidak cekap yang tidak tahu bagaimana untuk menjaga hal ehwal rakyat mereka dengan berkesan dan memenuhi keperluan mereka. Sebaliknya dasar-dasar, undang-undang dan tindakan mereka hanya memburukkan penderitaan rakyat mereka.
Negeri umat Islam dan dunia tidak perlu berada dalam keadaan kegelapan, kemusnahan, bencana dan krisis yang berkepanjangan seolah-olah tidak menemui titik noktah pengakhirannya. Walau bagaimanapun, perubahan sebenar tidak dapat dicapai dengan hanya membuat beberapa perubahan kecil kepada sistem cacat yang sedang dilaksanakan saat ini, atau perubahan sebahagian kecil secara beransur-ansur – yang hanya membuang serpihan masalah, atau menyediakan penyelesaian tambal sulam, atau mengitar semula sistem demokrasi sekular yang gagal dengan wajah baru yang menerajui – sistem yang telah membuktikan untuk sekian kalinya, yang mana tidak mampu menyelesaikan masalah umat manusia, gagal melindungi mereka yang ditindas serta gagal memberikan keadilan – dan hanya menjanjikan kesakitan dan penderitaan yang berkepanjangan ke atas umat Islam dan kemanusiaan. Perubahan sebenar memerlukan kita sebagai umat Islam untuk menerima visi menjangkaui status quo semasa, tatanan dunia kapitalis semasa, sistem buatan manusia semasa. Ia memerlukan kita untuk meningkatkan pandangan kita menjangkaui cara pemerintahan dan pentadbiran yang diterapkan atas kita semua. Ianya memerlukan perubahan radikal, fundamental dan komprehensif. Ia memerlukan satu sistem alternatif yang mampu memberi penyelesaian sebenar kepada masalah manusia. Ia memerlukan kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada apa yang diperintah oleh Allah (SWT) kepada kita – Hukum-Nya, Sistem-Nya, dan untuk menerapkan segenap perintah-Nya, untuk mewujudkan kepimpinan yang sebenar bagi umat manusia: Khilafah yang berdasarkan metod kenabian. Ia adalah satu-satunya sistem Allah (SWT) yang akan membawa kejayaan kepada umat ini dan kepada seluruh manusia. Allah SWT berfirman:
﴿فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى * وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى﴾
“…maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu, nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada peringatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” [TMQ Taha (20): 123-124]
Rejab kali ini yang menandakan ulang tahun ke-102 kehilangan Khilafah, Bahagian Wanita di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir melancarkan kempen global bertajuk: “Perubahan Sebenar HANYA Melalui Seruan Khilafah”. Kempen ini akan mengkaji pandangan semasa mengenai bagaimana masa depan yang lebih cerah dapat dicapai untuk kesemua negeri umat Islam; bagaimana Khilafah akan mengubah keadaan yang huru-hara menjadi kebangkitan semula bagi rantau ini dan bagaimana ia menyelesaikan masalah-masalah manusia; dan juga akan membincangkan peranan umat Islam dalam mewujudkan perubahan sebenar dalam dunia Islam dan global; dan sama ada perubahan radikal dan penubuhan Khilafah atas metod Rasulullah adalah satu angan-angan atau ianya benar-benar boleh dilaksanakan.
Kempen ini boleh diikuti di:
http://www.hizb-ut-tahrir.info atau laman Facebook: https://www.facebook.com/womenscmoht.
Pautan ke video pengenalan kempen: https://youtu.be/zRk5dx2t1ew
Dr. Nazreen Nawaz
Pengarah Bahagian Wanita di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki