BERPEGANG TEGUHLAH PADA SUNNAH DENGAN GIGI GERAHAMMU!
“Peganglah kuat-kuat sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah ajaran-ajaran yang baru (dalam agama) kerana semua bid’ah adalah sesat.” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
Dari Abu Najih ’Irbadh bin Sariyah (radhiyallahu ‘anhu) ia berkata, “Rasulullah SAW pernah menasihati kami dengan nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan air mata. Kami bertanya, Wahai Rasulullah, sepertinya ini adalah nasihat perpisahan, kerana itu berilah kami nasihat. Beliau bersabda,
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk tetap menjaga ketakwaan kepada Allah ‘aza wa jalla, tunduk taat (kepada pemimpin) meskipun kalian dipimpin oleh seorang budak (Habsyi). Kerana orang-orang yang hidup sesudahku akan melihat berbagai perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnah-ku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang diberi petunjuk (Allah). Peganglah kuat-kuat sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah ajaran-ajaran yang baru (dalam agama) kerana semua bid’ah adalah sesat.” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
Rasulullah SAW telah menjangkakan keadaan umat sepeniggalan beliau nanti. Akan terjadi perselisihan yang besar pada umat Rasulullah SAW. Kerana itu beliau juga berwasiat kepada para sahabatnya sebagai pegangan dikemudian hari. Wasiat ini pun berlaku untuk kita, dan seluruh umat Rasulullah SAW.
#بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي #HakikiDeğişimHilafetle #KhilafahBringsRealChange