RENUNGAN DARI PERISTIWA RUNTUHNYA INSTITUSI KHILAFAH
Pada bulan Rejab ini – bulan yang menandakan hari ulang tahun kehilangan institusi Khilafah – lebih 100 tahun yang lalu dalam kalendar Hijrah – marilah kita merenung betapa banyak kerugian kita apabila kita kehilangan institusi negara yang indah ini. Kita juga perlu berazam sebagai Umat Islam untuk menjadi sebahagian daripada pihak yang membawa transformasi besar ke dunia ini dengan melaskanakan DAKWAH untuk menegakkan Khilafah Rasyidah kedua – sebuah negara yang akan berusaha untuk mengeluarkan negeri-negeri kaum Muslim dari segala macam penindasan yang sedang menimpa mereka sekarang, menyebarkan cahaya Islam kepada manusia, menghapuskan rasuah dan ketidakadilan, serta melalui kembalinya institusi Khilafah itulah yang akan membawa fajar baru penjagaan, perlindungan dan keselamatan ke atas tanah umat Islam di bawah naungan sistem kepimpinan berdasarkan syariat Allah (swt).
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَجِيبُوا۟ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَقَلْبِهِۦ وَأَنَّهُۥٓ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan”. [Surah al-Anfal: 24]
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki