FASA 2: Perubahan Hakiki Hanya dengan Seruan pada KHILAFAH
Kesan Meninggalkan Hukum Islam
‘Abdullah ibn ‘Umar (RA) berkata: Rasulullah SAW telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin! Kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya:
(i) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya.
(ii) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh penguasa mereka.
(iii) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka.
(iv) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan Rasul-Nya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (
v) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”
[HR Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadis 4019), 2/1332]
#KhilafahBringsRealChange
#بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki