BEKERJA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN SEBENAR MEMERLUKAN PENGORBANAN KERANA ALLAH (SWT)
Sahabat besar Nabi (saw) dan Khalifah kedua umat Islam, Umar bin Al-Khattab RA berkata:
“Segala puji bagi Allah yang memberkati manusia dengan memberikan, setelah terputusnya rangkaian Rasul, saki-baki dari orang-orang yang berilmu (Ahlul-‘Ilm) yang menyeru orang-orang yang sesat kepada Hidayah [Islam], bersabar terhadap bahaya yang ditimpakan kepada mereka, dan yang memperlihatkan kitab Allah kepada orang-orang yang buta [hatinya]. Berapa ramai mangsa Iblis yang telah mereka selamatkan dan berapa ramai yang sesat yang telah mereka beri petunjuk! Mereka mengorbankan darah dan harta mereka untuk mencegah kebinasaan hamba-hamba (Allah). Betapa hebatnya kesan kebaikan mereka kepada orang ramai! Oleh itu, janganlah gagal mengikuti jejak langkah mereka, kerana mereka berada dalam kedudukan yang tinggi.”
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki