UMMATAN WASATAN
Allah (swt) berfirman: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. …” [Surah Al-Baqarah: 143]
Ibn Kathir (RH), ulama besar Islam, dalam tafsirnya menjelaskan terkait ayat ini bahawa ‘UMMATAN WASATAN’ bermaksud umat yang terbaik dan paling mulia dan dia menjelaskan bahawa ini adalah kerana Allah (swt) telah MENGAMANAHKAN kepada kita hukum (sebagai perundangan) yang lengkap, Manhaj (jalan) terbaik dan Mazhab (metodologi) yang paling jelas dalam Al-Quran dan Sunnah-Nya.
Sebagai umat Islam, kita telah diamanahkan dengan syariah yang lengkap ini, manhaj terbaik, dan metod yang paling jelas untuk diterapkan di muka bumi ini supaya ia melindungi seluruh manusia daripada sebarang bentuk penindasan, menyelesaikan semua permasalahan mereka, menjaga keperluan mereka, dan membawa keadilan Islam kepada manusia sejagat.
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki