IMAM AL GHAZALI: AGAMA DAN NEGARA ADALAH SAUDARA KEMBAR
“Negara dan agama adalah saudara kembar. Agama merupakan dasar, sedangkan negara adalah penjaganya. Sesuatu yang tanpa dasar akan runtuh, dan dasar tanpa penjaganya akan hilang”.
Imam Al Ghazali dalam kitabnya Al iqthisad Fi Al I’tiqad menyatakan, agama dan kekuasaan adalah saudara kembar. Agama merupakan asasnya sedangkan kekuasaan adalah penjaganya.
Ditegaskan lagi oleh sang Hujjatul Islam tersebut bahawa: “Perlu diketahui bahawa kewajipan mengangkat imam adalah dari keperluan syariat yang tidak boleh kita tinggalkan.” Dia juga mengatakan bahawa dengan ketiadaan Khilafah: “Para hakim akan diberhentikan, Wilayaat (wilayah) akan dibatalkan… keputusan dari mereka yang memiliki kekuasaan tidak akan dilaksanakan dan semua orang akan berada di ambang keharaman (maksiat).”
Segala sesuatu yang tak memilki asas nescaya akan roboh. Segala sesuatu yang tak memilki penjaganya pasti akan musnah. Ini menunjukkan pada manusia “kaitan antara agama dan kekuasaan merupakan hal yang sangat mendesak, penting dan tidak terpisahkan“.
Islam adalah agama yang sempurna yang mengatur segala aspek kehidupan manusia termasuk di dalamnya bernegara. Rasulullah SAW sendiri mencontohkan, beliau sebagai ketua negara, mengangkat qadhi, menjadi Panglima Perang ,mengirim delegasi delegasi diplomatik , hingga mengatur Baitul Mal. Itu semua merupakan aktiviti politik bernegara.
#بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي #KhilafahMembawaPerubahanHakiki #KhilafahBringsRealChange #KebangkitanHukumAllah #HakikiDeğişimHilafetle