Khilafah Perisai Sejati Umat Islam
Penulis: Kholishoh Dzikri
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis dari jalur Abu Hurairah ra. bahawa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّمَا الإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ فَإِنْ أَمَرَ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَعَدْلٌ كَانَ لَهُ بِذَلِكَ أَجْرٌ ، وَإِنْ يَأْمُرُ بِغَيْرِهِ كَانَ عَلَيْهِ مِنْهُ [رواه البخاري ومسلم]
“Sesungguhnya seorang imam itu [laksana] perisai. Dia akan dijadikan perisai, di mana orang akan berperang di belakangnya, dan digunakan sebagai tameng. Jika dia memerintahkan takwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan adil, dengannya dia akan mendapatkan pahala. Namun jika dia memerintahkan yang lain, dia juga akan mendapatkan dosa/azab kerananya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Makna Hadis
Hadis di atas menggunakan lafaz “al-Imâm“, bukan lafaz “al-Amîr“. Nabi Shallalllahu ‘alaihi wa Sallam memilih dan menggunakan lafaz ini bukan tanpa maksud. Dengan menelaah berbagai hadis yang membahas bab al-khilâfah dan al-imâmah, jelas bahawa Nabi Muhammad shallalllahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat ra., dan para tabiin yang meriwayatkannya tidak membezakan antara lafaz “khalifah” dan “imam”. Dengan kata lain, lafaz “imam” di sini mempunyai konotasi khalifah.
Kerana kedua lafaz ini konotasinya sama, sehingga ketika digunakan lafaz “imam”, maka yang dimaksud adalah khalifah. Setelah Umar bin Khaththab ra. diangkat menjadi khalifah menggantikan Abu Bakar As-Shiddiq, para sahabat menambahkan lafaz “Amirul mukminin”. Kerana itu, para ulama kemudian menggunakannya dan menjadikan ketiga lafaz iaitu “imam”, “khalifah”, dan “Amirul mukminin” tersebut sebagai sinonim, dengan konotasi yang sama.
Imam an-Nawawi menjelaskan, “Untuk seorang imam (ketua negara), boleh disebut dengan menggunakan istilah: Khalifah, Imam, dan Amirul mukminin.” Penjelasan yang sama diberikan oleh Ibn Khaldun. Beliau menegaskan, “Ketika kami jelaskan hakikat jawatan ini, dan bahawa jawatan ini merupakan substitusi (pengganti) dari pemilik syariat dalam menjaga agama dan mengurus dunia dengan agama, maka disebut khilafah dan imamah. Orang yang menjalankannya disebut Khalifah dan Imam.”
Berangkat dari sini, Al-‘Allamah Najîb al-Muthî’i, dalam Takmilah al-Majmû’ karya Imam an-Nawawi menegaskan, “Imamah, Khilafah, dan Imaratu al-Mu’minîn itu adalah sinonim (kata yang berbeza, dengan konotasi yang sama).”
Imam Abu Zahrah juga menjelaskan hal yang sama, bahawa imamah dan khilafah, begitu juga imam dan khalifah itu sama, “Semua mazhab politik berkisar tentang khilafah, iaitu imamah kubra. Ia disebut khilafah, kerana yang mengurus dan menjadi penguasa tertinggi bagi kaum muslim itu menggantikan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallama dalam mengurus urusan mereka. Ia juga disebut imamah, kerana khalifah biasa dipanggil dengan sebutan imam. Kerana mentaatinya hukumnya wajib, kerana masyarakat berjalan di belakangnya, sebagaimana orang yang berada di belakang orang yang menjadi imam solat mereka.”
Kerana itu, jelas bahawa yang dimaksud dengan imam di dalam hadis Bukhari dan Muslim di atas, tak lain adalah khalifah.
Mengapa hanya imam/khalifah yang disebut sebagai junnah (perisai)?
Kerana dialah satu-satunya yang bertanggung jawab sebagai perisai, sebagaimana dijelaskan dalam hadis lain,
«الإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ».
“Imam/khalifah itu laksana penggembala, dan hanya dialah yang bertanggung jawab terhadap gembalaannya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Menjadi junnah (perisai) bagi umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya, menescayakan imam mestilah kuat, berani, dan terdepan. Bukan orang yang pengecut dan lemah. Kekuatan ini bukan hanya pada peribadinya, tetapi pada institusi negaranya. Kekuatan ini dibangun kerana asas peribadi dan negaranya sama, iaitu akidah Islam. Inilah yang ada pada diri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para khalifah setelahnya.
Sebagai contoh, perlindungan negara kepada seorang muslimah yang dinodai kehormatannya oleh orang Yahudi Bani Qainuqa’ di Madinah, Nabi shallaLlahu ‘alaihi wa sallam sebagai ketua negara melindunginya, menyatakan perang kepada Yahudi Bani Qainuqa’, dan mereka pun diusir dari Madinah. Ini tidak hanya dilakukan oleh Nabi, tetapi juga para Khalifah setelahnya. Harun ar-Rasyid, semasa era Khilafah Abbasiyyah, telah menyumbat mulut Nakfur, Raja Romawi, dan memaksanya berlutut kepada khilafah. Al-Mu’tashim, pada era Khilafah Abbasiyyah, memenuhi jeritan wanita muslimah yang kehormatannya dinodai oleh tentera Romawi. Beliau menghancur habis Amuriyah, yang mengakibatkan 9000 tentera Romawi terbunuh dan 9000 lainnya menjadi tawanan. Demikian juga dengan Sultan Abdul Hamid pada era Khilafah Uthmaniyah, beliau melakukan hal yang sama.
Para khalifah tersebut adalah junnah (perisai) umat Islam. Khilafah dan khalifahnya sangat ditakuti oleh kaum kafir, kerana kekuatan akidahnya. Kerana akidah Islam inilah, mereka siap menang dan mati syahid. Mereka berperang bukan kerana material, tetapi kerana dorongan iman. Kerana iman inilah, rasa takut di dalam hati mereka sirna. Musuh-musuh mereka pun ketakutan luar biasa ketika berhadapan dengan pasukan kaum muslim.
Kata Raja Romawi, “Lebih baik ditelan bumi berbanding berhadapan dengan mereka.”
Sehingga terpatri di benak musuh-musuh mereka, bahawa kaum muslim tak boleh dikalahkan.
Inilah generasi umat Islam yang luar biasa. Generasi ini hanya ada dalam sistem khilafah.
Bagaimana dengan penguasa hari ini, apakah mereka layak menempati kedudukan sebagai perisai (junnah)?
Ketika muslim Uighur dibantai di China, umat Islam dibunuh dan diusir dari negerinya, dan para wanitanya diperkosa, semua penguasa negeri-negeri muslim diam tak bersuara. Ketika wilayah Palestin semakin menyempit kerana dirompak Yahudi Israel laknatullah, penguasa negeri-negeri muslim sebaliknya duduk manis berdampingan dalam berbagai perundingan damai dengan Yahudi. Dan masih banyak lagi penderitaan umat Islam, tetapi penguasa negeri-negeri muslim terkunci mulutnya, tak ada pembelaan kepada saudaranya. Bahkan mereka turut serta menghalangi kaum muslimin tersebut dari memasuki wilayah negaranya.
Belum lagi perompakan sumber daya alam di negeri-negeri muslim. Penguasa dengan penuh ketundukan menyerahkan kepada asing atas nama pelaburan, memperkaya mereka, dan menyebabkan rakyatnya sendiri merempat. Sungguh jauh dari sikap sebagai ra’in (pelayan) bagi rakyatnya.
Pembelaan para penguasa kepada agama Islam juga hampir-hampir tidak ada. Ketika Al-Quran dan Nabi-Nya dihina, sebaliknya negara dan penguasanya membela si penghina. Ketika orang kafir menyerang masjid dan membunuh jemaahnya, penyerangnya malah diundang ke istana. Giliran ada umat Islam yang menunaikan kewajipan dakwah menyerukan tegaknya syariat kaffah, mereka sebaliknya dihukum, ulamanya ditangkap, dan ajaran Islam dituduh radikal. Sungguh keberadaan penguasa hari ini sangat jauh dari tuntunan hadis tersebut, yakni sebagai junnah umat Islam.
Kerana itu hanya khalifah, imam, dan Amirul mukminin yang akan mampu menjadi pelindung yang menjaga agama, kehormatan, darah, dan harta umat Islam. Khalifah, imam, dan Amirul mukminin akan menjaga kesatuan, persatuan, dan keutuhan setiap jengkal wilayah kaum muslimin. Khalifah, Imam, dan Amirul mukminin hanya akan terwujud apabila dasar atau batu asas sistem pemerintahannya dibangun berlandaskan akidah Islam. Oleh kerana itu, hadis tersebut juga menegaskan bahawa keberadaan sistem pemerintahan Khilafah Islamiyah yang akan dipimpin oleh khalifah, amir, atau Amirul mukminin adalah satu keperluan mendesak bagi umat hari ini agar mereka terpenuhi keperluan dan terlindungi jiwa serta raganya.
————
#Rejab #KempenRejab2023 #PerubahanHakiki #Khilafah #demokrasi #kapitalisme #Islam #KrisisDunia #SistemIslam #khilafahawareness #islamicsystemawareness #kesedarantentangkhilafah #kesedarantentangsistemislam
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki