[Fikrul Islam] Pelucutan Jawatan Khalifah
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Umat adalah pihak yang berhak mengangkat seorang khalifah. Kepimpinan ini diberikan kepada khalifah, bukan untuk waktu yang tertentu. Umat tidak berhak mengakhirkan atau melucutkan jawatan khalifah, kecuali adanya salah satu di antara sebab-sebab berikut:
– Apabila terdapat kecacatan pada salah satu syarat in’iqadul-khilafah, seperti murtadnya khalifah dari Islam, gila, atau fasik yang kelihatan dengan jelas, dan lain-lain.
– Ketidaksanggupan khalifah dalam menjalankan tugas-tugas kenegaraan kerana satu sebab yang khusus atau sebab yang lain seperti sakit yang kritikal.
– Adanya tekanan yang menjadikannya tidak sanggup untuk menjalankan roda pemerintahan, seperti menjadi tawanan musuh dan tidak ada harapan untuk melepaskan diri, atau dikuasai oleh seorang atau lebih seorang yang berada di sekelilingnya sehingga dengan terpaksa dia melepaskan tugas dalam menjalankan pelbagai urusannya (dalam mengatur masyarakat, penerj.).
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam