[Fikrul Islam] Kaedah Pelantikan Khalifah (Ketua Negara Islam)
Penulis: Muhammad Husayn Abdullah
Pemilihan dan pelantikan khalifah dilaksanakan melalui tiga peringkat iaitu mengemukakan calon, sesi pemilihan, dan pembaiatan. Dalam hal ini terdapat tiga kaedah pelaksanaannya, iaitu:
- Calon khalifah dibatasi oleh ahlul halli wal ‘aqdi atau majlis syura. Ini dilakukan dengan cara memilih orang-orang yang tidak memenuhi syarat in’iqad.
- Pemilihan dilakukan oleh sebahagian dari umat terhadap seorang calon bagi menduduki jawatan ketua negara, sebagaimana yang dilakukan oleh Abdurrahman bin Auf selepas pembunuhan Umar bin Khattab.
- Pembaiatan kepada orang yang mendapat undian aterbanyak untuk menjadi khalifah, agar dapat melaksanakan kitabullah dan Sunnah Nabi.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Kajian Asas Pemikiran Islam